Thursday, October 18, 2012

telemovie : Neraka Abah


Assalamualaikum semua...dan hye...semalam tengok cerika cerita Neraka Abah kat TV9.. bagi saya, penceritaannya bagus..ada permulaan dan klimaks yang menyayat hati.. pelakon yang berlakon pun memang mantap, betul-betul menjiwai watak...


sinopsis
Drama Neraka Abah (Ayah) malam ini mengisahkan tentang Kimi, seorang remaja yang terpaksa menanggung derita selepas kematian ibunya. Pak Kamil seperti hilang akal dan terus menyalahkan Kimi di atas pemergian isterinya yang tercinta. Sejak itu, Pak Kamil terus mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, menjadi seorang pemabuk dan kaki judi sehingga menyebabkan Kimi terpaksa menguruskan hal adiknya, Acik sendirian dan menempuh pelbagai kesukaran.

Lakonan Azhan Rani (Kamil), Syafie Naswip (Kimi), Rykarl Iskandar (Acik), Zarina Zainoordin (Cikgu Saadah), Liza Abdullah (Esah), Amyza Aznan (Nab).

Lagu latar, Anugerah Terindah - Aril AF
 
sumber

tambah dengan lagu Aril yang sayu bertambah nangis saya dibuatnya... part yang menyayat hati bagi saya ialah bila Kimi dan Acik kena tempuh hidupnya tapi pada masa yang sama masih ceria bersama.. Bila tengok Kimi yang merupakan anak sulung jadi saya memahami untuk jaga adik yang masih kecil..endingnya pun ada impak,pengajaran...

p/s : punya la tahan air mata...sebab bukan tengok sorang-sorang...


9 comments:

  1. mcm best jer....nak tgk la mlm ni

    ReplyDelete
  2. pasti banyak pengajaran.

    xyah tahan sangat air mata tu,nangis je :P

    ReplyDelete
  3. sy pun tonton sama.. memang sangat sedih + marah + bengang... tetapi akhirnya berjaya jugak budak itu masuk U

    ReplyDelete
  4. bdk kecik tu,, kecik2 dah pndai berlakon.. hidup je watak dia... hee

    ReplyDelete
  5. tahu xpe korang...hilang macho kalau nanges time tgk citer ni...

    ReplyDelete
  6. kalau remy..... dah tacing tu....buat2 pi ambik air ker.....pi toilet ker...he3

    ReplyDelete
  7. anisa!!! haha. sedih kot. ak tengok skip2 je kat internet. tpi dok ingat abg dia jumpa handphone dlm poket adik dia tu buat aku sedih je.. damn!! =D

    ReplyDelete
  8. betul la citer tu...adusss...betul2 nanges gk ni

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Keputusan Birthday Giveaway Anisa Anuar official blog

Hi semua.. Alhamdulillah selesai sudah Birthday Giveaway yang Nisa buat baru-baru ni. Terima kasih kepada semua yang join simple Giveaway. ...

Popular Post