Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Monday, June 03, 2019

Mood Republik 2019


Hi semua. Nak share lepas join Mood Republik dekat MITEC haritu. Nak dijadikan cerita, Nisa join hari Jumaat. Apply Birthday leave dan macam ber "me time" kat sana. Bukan pergi shopping tapi jaga booth. Sampai husband pun ingat nak gi shopping. Tu yang dia pelik kot, isteri dia tak mintak duit lebih. Rupanya nak pergi buat duit.

Mood Republik official bukak pukul 11 pagi macam tu. Dah launching tu, berpusu-pusu diaorang masuk dewan. Depan booth NIQA haritu, Dato Alif Syukri dan ramai lagi lalu depan tu. Haishh lain macam jugak aura bila jumpa depan-depan.

Buat bisnes offline, fuhh mencabar betul.. Masa nak 'break the ice' tu bukan main susah yang amat. Alhamdulillah lepas 3 ke 5 customer, dapat close sale. Time tu, takut tapi dalam hati fikir sampai bila. Lama-lama dah tahu taktik, daapat close lagi dan lagi. dalam masa 2 jam. InsyaAllah apa yang belajar masa Mood Republik akan buat kat luar jugak.

Banyak benda Nisa belajar, InsyaAllah upgrade lagi ilmu didada. Terima kasih NIQA untuk kesempatan yang tak boleh Nisa lupakan.

Berminat jadi team NIQA? Boleh cari Nisa ataupun kenalan yang dah pun dalam team NIQA.



Wednesday, May 08, 2019

Guardian Of MINOC #GOM2019


Hi everyone. For this entry I will write about event happening at my work place. The event was called Guardian Of MINOC with hashtag #GOM2019 (sounds like there will be more next year huh?)

So basically on this day which we did it 1st May 2019 on Malaysia Labour Day, we can bring our parents to work. We will explain to parents what we are doing and how can we develop with MINOC. We also do Mini Explorace for the parents to learn how we work here in Nielsen.

I was in charge for Reference Data or RD booth. Eventhough that is not my department but I take this as my opportunity to learn and how I can link to my daily job basis. Usually I learn it via online training or slides but with #GOM2019 sure give me knowledge for others department.

I love to hear the feedback from parents that they want their children to contribute more to Nielsen. Some of them feel more blessed that their children have a great place to work.


volunteers involve (yes me too)


handle for RD Booth



Thank you for the opportunity for me to learn and grow here in Nielsen.

Monday, December 11, 2017

Jannah Cosmetic Meet & Greet


Sabtu yang lepas, 9 Disember 2017 diberi kesempatan dan rezeki untuk join Jannah Cosmetic meet and greet. Dapat belajar banyak perkara dan paling best sesi sharing untuk kami bertukar idea. Nisa dapat up kan knowledge make-up, facebook ads dan ilmu bisnes yang Nisa perlukan. Berbeza kalau buat sendiri sebab idea macam tak berapa nak berkembang. 

Jadi kenapa Nisa pilih Jannah Kosmetik?

Nisa suka nak make-up tetapi mostly yang ada tak tepati citarasa Nisa yang lebih prefer - natural, nude colour and less is more concept. Bila dah cuba tu, terus la jatuh cinta. Siapa kata mustahil untuk cinta pandang pertama. Ni dah berlaku kat depan mata.

Ada apa dengan Jannah Kosmetik?

Jannah Kosmetik buat masa ni ada foundation yang berasaskan Magnolia Stemcell - 60% foundation dan 40% serum. Foundation ada 3 jenis - Light, Medium dan Dark Medium. Ada juga lipsmatte and yes semua colour nude. Ada 3 colour code - Jasmine, Justica & Jane.

Meet and greet ni pun Nisa bawa sama Maira. Alhamdulillah Maira supportive sangat. Tak sangka dia pun enjoy herself. Maira pun macam nak belajar sama je. Kalau besar nanti, dia ikut jejak langkah ni - of course ibu akan support. Apa-apa pun let her choose her own path.

Terima kasih founder - Jannah Kissmi, Tuan Amir, awesome team untuk meet and greet ni.




Friday, July 14, 2017

Nisa at Stress Management Training

 
So, yes I was there yesterday hoping to find answers or maybe other people point of view on stress.
 
Nothing like just listen and do nothing training.
I like when we get to know each other (which sometimes we don't take chance to get to know others),
do sharing about on what to do you think about stress,
what is stress give meaning to you?
why do you stress?
 


how do you handle stress? which I think most of us have unique ways to handle it.
and surprisingly most of us, like no stress with our job but more on outside of our workplace.
We are more into on money issue, unexpected incidence, heavy traffic something like that.
 
We agree that it is better to put stress in positive way instead of negative
which later can harm you - mentally, physically and emotionally.
 
Change to positive way by make a list of what you are thankful of,
get some space of your own, blog what do you like to do and there's a lot of other thing that we can do. But what if your friend said, "I have nothing else today and I am stress about it?"
Well, hopefully not you guys and if you do, feel free talk to me or get connected with anyone that you like.
 
So how about you guys?
listing on how we handle stress
 


Tuesday, July 11, 2017

My weekend for July


 
Just take quick look on my tight schedule for July - ONLY for weekend,okay?
Invitation for wedding, open house and don't forget responsibility to teach the kids.
On top of it, I try to clear my schedule just to be at my hometown.
Even though, just for one night but that should be enough to be with my mom and siblings..
 
After I post this picture on my instagram, I have receive another invitation open house.
I try to make it.. I mean for my family to be there.
 
Fuhh, I feel so blessed with this tight schedule.
 
July weekend, BRING IT ON!!!
 
 


Sunday, February 21, 2016

Charity For Beauty 3.0


Charity For Beauty (CFB) 3.0 kali ni diadakan di Taman Layan-Layang, Kepong pada hari Sabtu yang lalu. Untuk CFB 2.0, saya melibatkan diri sebagai volunteer yang sama-sama memeriahkannya. Kali ni ambil challenge untuk jadi sebahagian dari pihak penganjur, Millionaire Mentor Group (MMG) - sekumpulan belia yang bergerak aktif dalam keusahawanan & aktiviti dekatkan dengan sosial.

Objektif CFB adalah memberi awareness kepada warga kota terutama di sekitar Lembah Klang betapa penting meluangkan masa fokus untuk sihat, disamping meluangkan masa dengan orang yang tersayang. Ramai yang terlepas pandang untuk kekal sihat boleh juga dibuat dengan santai tambah luangkan masa sebaiknya dengan anak-anak & kawan-kawan.
Turut memeriahkan CFB, Syuk dari program Maharaja Lawak Mega yang berkunjung di CFB 3.0 kali ni. Sporting Syuk sama-sama support CFB 3.0.


Bergambar dengan Syuk MLM

Orang ramai di sekitar merasakan keajaiban teh hijau Yerba Mate dengan direct beli Yerba Mate dan sebahagian dari pembelian akan disalurkan ke charity yang terpilih. Ada juga sudah mencuba time CFB 2.0, datang memberi support untuk CFB 3.0.

Diharapkan initiatif Menderma untuk Cantik akan memberi kesedaran dan sokongan dari ramai pihak bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Thumbs up kepada organizer Millionaire Mentor Group. Dengarnya ada lagi akan datang, kat mana pulak lepas ni? Jom sama-sama,be a part of this awesome team!!!

Credit picture from : Facebook page Journey To Beautiful Skin

Salah satu booth yang ada disana

Monday, February 01, 2016

Free Market Putrajaya


Hi semua.. Kalau siapa ada nampak event happening kat Facebook pasal Free Market Putrajaya tu, sama la kita geng. Nampak terus tekan "Going". Padahal tak tanya suami dulu. Rupanya dia pun tak kisah. Nape nak sangat pergi sana? Cuma nak rasa suasana event komuniti ni. Kami datang waktu agak lambat tapi dapat tengok gelagat orang tengah angkat barang ke dalam kereta masing-masing. Ada yang dapat beras, barang-barang DIY dan bundle baju.

Dalam hati, "Ya Allah, murah rezeki orang tu".. Tak kira orang yang memberi atau pun menerima.

Ohh lupa nak cerita, Free Market Putrajaya ni syaratnya tiada jual beli, tiada sistem barter dan hanya kena memberi dan terima. Best kan?? Nak tahu apa kami dapat daripada Free Market ni. Jap eh, nak bagi gambar satu...

Baju baby & pasu terpakai
Memang dah lama mencari sebenarnya. Alhamdulillah dipermudahkan pulak time tu nak dapat. Baju baby ni dapat dari ada seorang kakak ni, tak sempat pulak nak tanya nama dia. Masa nak ambil ni pun, dapat bajunya je. Seluar takde. Dah nak kehabisan stok pun waktu tu.

Pasu tu pulak, dah lama kami mencari yang sesuai dengan yang apa kami ada sekarang. Pokok tu makin membesar,dah tak muat dengan pasu yang ada, tu kami perlukan pasu yang lain. Alhamdulillah dah jumpa yang sesuai. Dapatkan pasu tu dari family asal Sabah. Satu family datang. Mak susunkan barang atas tikar, anak-anak main disekitar kawasan situ.

Semoga murah rezeki kepada yang memberi. Makin bertambah rezeki mereka ada, itu doaku kepada mereka. Next time ada Free Market, giliran kami pulak memberi. Seronok buat event ni...

Nak kongsi gambar lagi ni. Selfie satu kali.

Selfie dengan encik husben..Thank you layan kan kerenah nak ke sana haritu..
Ada yang pergi ke? Nampak saya tak? nanti ada rezeki, boleh jumpa lagi kan?

Daripada empunya blog,

Anisa Anuar

Thursday, August 06, 2015

House warming and open house raya Zulnisa

Hi semua.. Baru sempat nak update blog hari ni. 2hb Ogos, Ahad kami buat open house Raya untuk sahabat-sahabat dan keluarga yang datang. Dengan bantuan kakak dan adik ipar, semuanya berjalan dengan lancar.

Mula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 9 malam. Plan asalnya target 50 orang. Alhamdulillah ramai yang datang, lebih dari 50.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Walaupun first time buat open house untuk rumah sendiri, insya Allah kalau ada rezeki akan kerap kami buat.

Saturday, July 11, 2015

Berbuka Puasa @ Bora Ombak, Ampang


Hi semua.. Review makanan buffet datang lagi.. Lately dapat banyak jemputan kawan-kawan berbuka puasa sama. Agaknya ini dinamakan rezeki pengantin. Jadi kali ni berbuka puasa di Bora Ombak, Ampang. Kawan suami yang ajak.. Yg automatik jadi kawan saya jugak.

Untuk ke tempat ni, senang pakai waze. Yang pasti sebelahnya ada tempat indoor futsal. Makan sampai lebam dan tak ingat dah round yang ke berapa....

Harga individu puasa sempena promosi raya ialah rm45 tapi jika datang lebih 10 orang dewasa dapat free seorang. Untuk kanak- kanak price promosi rm30. Kapasiti yang boleh muat dengan hampir 500 orang.

Tempat ini sesuai untuk majlis besar dan juga perkahwinan. Kawasan yang membuat kita lupa akan hidupan di bandar.

Selagi tak menang tangan nak ambil semua makanan. Itu pun encik suami tak percaya saya boleh makan banyak tu (nanti tengok gambar makanan kat bawah).. Kata buffet, makan kena kasi dasyat..

Nah tengok sendiri, ada dapat snap gambar sebelum masa berbuka.. Multitasking la katakan..

Thursday, July 09, 2015

Berbuka Puasa @ The Gravy Factory, NU Sentral


Aisehh mannn... Lambat sehari nak citer ni, baik tulis sebelum basi citer ni.  First sebelum nak further citer, nak ucapkan terima kasih kepada Syatirah sebab recommend tempat yang best. Katanya taw pun sebab blog review. Sape kata tak membantu review tempat dan share kat blog.
Details berbuka puasa @ The Gravy Factory, NU Sentral
Package berbuka puasa.
RM 45 per person (Buffet style)
Tingkat 5, NU Sentral
Highly recommended kepada sesiapa tak pergi lagi. Sangat berbaloi dari segi harga dan menu. And yes kitaorang makan sampai lebam.. When I say lebam, I do mean it hehehe..
Selalunya saya agak memilih makanan terutamanya kambing sebab tak semua tempat pandai dengan masakan kambing. Ternyata tanggapan meleset memang rasa just nice. Ada grilled lamb, kambing masak kicap.. Okay nak senaraikan menu memang banyak.. Dan paling best, mereka sentiasa refill buffet which is tak banyak tempat sangat menjaga quota makanan.
Kami paling awal sampai kat tempat tu dan keluar paling last.. Kan cakap tadi makan sampai lebam.. Nak tambah lagi satu, pelayan diaorang sangat friendly.. Tip top dalam buat kerja. Bagi 4 bintang untuk servis.
Meh saya hidangkan sikit gambar makanan.. Ohh ada sikit selitkan selfie kitaorang eh.. So, apa lagi siapa yang dah dekat tu, pergi serbu ea...

Saturday, July 04, 2015

Diari Ramadan, Cerita Semalam : Gather di Putrajaya

Seronok punya semalam, terus rasa nak Update.. Pada mulanya hanya plan dalam whatsapp seminggu yang lepas. Saya uruskan Update event je and technically menguruskan main hantam sajalah... Tangkap muat orang panggil tapi janji jalan..

Beli makanan berbuka puasa kat bazaar Putrajaya, Presint 2. Saya ni pulak jenis tak kisah makan apa dan makanan yang pertama yang berjaya menarik hati ni : Nasi Tomato. Encik suami kena pusing hampir satu bazaar nak cari apa dia nak..

For long story short, group terpecah dua : gather dalam masjid dan kat tasik. Selesai maghrib, kami semua jumpa kat dataran padang depan bangunan kehakiman. Berbuka puasa di sana, ada sesi open table sikit, event wajib : SELFIEEEE

Dalam post ni nak cakap terima kasih yang wish announcement satu Putrajaya boleh dengar "Untuk Anisa Nadhira Binti Anuar dan Zulfadli Hilmi, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru....."

Sweet taw korang.. Ingatkan masa sebut nama tu, ada barang hilang.. Hahahaha.. Kan dah cakap, tak yah plan sangat... Hidup ni kena rempuh.. Dan sebenarnya lagi spontan hidup kita, lagi seronok taw... That's what my life is.... Spontaneous

Thursday, February 26, 2015

Aktiviti CNY 2015

Hai semua.. Dah lama tak tulis kat blog. Sihat ke tu? And yes I am doing great. Kali ni nak cerita kan aktiviti apa je saya buat time CNY aritu.. Majoriti semua orang balik kampung tapi bukan saya.. Sebab kampung yang datang kat saya, that's why...

1. Mandi kat sungai pisang

2. Beriadah di Armanee Duplex condominium

Seronok semua aktiviti ni. Pergi dengan kawan-kawan... Rasa nak jom pergi lagiiii

Monday, January 12, 2015

Super Fast Bowling


Hai semua... Event yang panas lagi untuk update. Cerita semalam main bowling di Selayang Mall. Happening sangat bila dapat main dan berkumpul dengan semua rakan seperjuangan yang pelbagai background kehidupan. Bertemakan baju warna merah.

Dibahagikan satu group seramai 4 orang. Lane untuk event ni dalam 14 lane. Warming up dulu sebelum main supaya tak ada yang cramp.

Saya ni tak ada la pandai sangat main bowling. Semalam syaf iaitu salah seorang team saya ajar yang saya tak pernah guna sebab dah biasa dengan style sendiri. Perghhhh dapat double strike in a row.. Seriously untuk pemain amateur seperti ku, satu achievement yg besar. Masuk longkang tak lebih 5 kali la.

Ada anugerah untuk ratu dan raja longkang, ratu dan raja bowling dan the best group. Walaupun tak menang any of the award tapi spend time dengan mereka sangat tak boleh dikatakan dengan kata-kata. Tak lupa bergambar sampai lebam ea..

Ada orang terlalu sibuk sampai lupa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan. Ada yang terlalu lapang, tapi memilih untuk tidak buat apa-apa. Itu semua pilihan masing-masing. Setakat mana pilihan itu bawa kita lebih jauh dan menghargai nikmat kurniaan-Nya. Walahuallam.

Salam karya daripada tuan blog,

Anisa Anuar

Saturday, January 10, 2015

Saya Hadirkan diri untuk Seminar Kuasai Potensi Diri @ SACC


Hai semua.. Alahai lamanya tak update blog.Okay saya nak citer pasal event saya pergi 3hb Januari yang lepas. Ini merupakan kali ketiga saya hadiri Seminar Dr.Azizan dan setakat ini tidak menghampakan saya.
Keadaan dalam dewan SACC sangat penuh dengan orang dan kita sendiri boleh rasa dewan tu penuh aura positif. Semua yang hadir,mahukan sesuatu untuk diri mereka tapi tidak tahu dimana nak mulakan.

Event yang hanya setengah hari dan dapat percuma jika daftar 3 orang. Bagi saya, ini saya peluang yang sangat baik. Gunakan masa hujung minggu untuk berguru dan pelajari sesuatu. Ilmu adalah sesuatu yang kita kena timba dan aplikasikan dalam kehidupan sebenar. 

Saya suka dengar cerita yang boleh bagi saya inspirasi tentang kehidupan dan potensi diri. Dengan itu, saya akan mula beranggap, "kalau orang itu boleh buat..kenapa tidak aku? dan apa kurangnya diri ini."
Dalam Seminar Kuasai Potensi Diri , saya belajar tnetang kenali POTENSI diri yang saya sendiri tak sedar yang saya dalam diri ini. Walaupun event yang singkat tapi banyak benda saya pelajari dan saya boleh bagi jaminan sangat seronok dan bermanfaat. Pada yang tak pernah pergi, sila daftarkan diri dan cuba alami sendiri. Bila anda keluar sahaja dari event tu, anda boleh rasa satu perubahan diri anda tengah berlaku.

Jadi,anda pula bagaimana?? Dare to be different.. 

Boleh daftarkan diri ke www.SKPD2015.com untuk hadirkan diri ke negeri berdekatan dengan anda.

 




Wednesday, July 30, 2014

Raya 2014


Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca dan yang terus singgah di blog ini. Maaf salah dan silap kalau ada buat secara sengaja atau tak sengaja.

Blog ini in sha Allah akan kurang cerita yang boleh buka aib orang dan terus menulis kerana minat dan bukan kerana nama.

Salam sayang dari penulis,

Anisa Anuar

Sunday, July 27, 2014

Pre-raya 2014


Tak ada nya photo shoot bagai. Cuma preparation untuk raya esok. Raya tahun ini tak sama macam sebelumnya. Kehilangan kedua-dua atok dan nenek pada tahun yang sama cukup memberi kesan kepada kami semua. Dari saya lahir sehingga dah berumur 25 tahun di sini la saya sambut hari raya Aidil Fitri.

Sebagai cucu sulung, saya meneruskan tugas saya dan berikan terbaik untuk sambut hari raya tahun ni..
Saya yang pertama yang sudah bekerja haruslah beri duit raya. Dah pun sediakan untuk sepupu tercinta.

Dengan rendah dirinya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali diri ini. Andai terkasar bahasa, harap dimaafi. Bersederhana dalam menyambut Syawal ini. Ziarah-menziarahi jika berkelapangan. Dan hey, try to stay away from your gadget for awhile and do connect with others.

With love,
Anisa Anuar

Saturday, May 17, 2014

Post bergambar : Kenduri Azman & Aimi


Hai semua.. Hari ni pergi kenduri senior UiTM merangkap orang kampung. Hari ni jugak baru berkesempatan untuk ke rumah dia. Sampai je tak ada coverage phone, dalam hati "haaa...dia pernah cakap tak ada coverage..."

Selamat Pengantin Baru Man.. Thanks masa tolong aku time belajar dulu..selalu jadi doktor laptop aku. Ajak aku main basketball wakil fakulti untuk 3 tahun. Sampai sape jadi kawan aku terus jadi kenalan kau. Jadi suami yang soleh, semoga bahagia sampai ke akhir hayat.

Tadi nak tangkap gambar dengan kau..tapi tak kesampaian..

Haha jangan nak terharu pulak aku buat post ni untuk kau yea Man.. Anggap je ni hadiah aku buat kau...


berarak masuk
bersanding

Sunday, October 27, 2013

Kenduri Kahwin Semalam : Zulfadli dan Atie


Assalamualaikum semua...dan hai..
Semalam pergi kenduri kahwin kawan...memandangkan saya ni susah sangat nak pergi wedding kawan..
tu yang rasa nak update jugak..memandangkan kawan saya pun dah update (SINI)

kendurinya di Rembau most wanted yoo~~
memandangkan dah duduk Pilah tak pergi wedding kawan..memang la kan..
so, terima kasih to my parents sebab membenarkan anak kesayangan mereka ke kenduri ni.
and to my chaperon a.k.a bodygouard my cousin,Alan sudi temankan.

sebab tak berapa familiar dengan tempat, dah sampai je rumah pengantin
tanya la mak pengantin, "ini...rumah Zulfadli kan..."
dengan supporting maknya cakap, "aah la..rumah dia la ni..."
tarik nafas lega...takut salah wedding.. syukur sangat masa tu..

memang niat nak tengok pengantin sampai...dan dapat tengok dua mempelai ni..


jumpa jugak kawan-kawan yang lain. Kawan sama-sama jadi Seketeriat Mahasiswa Fakulti (SMF)


sempat 'kidnap' pengantin untuk bergambar.. kena beratur ni nak tangkap gambar..
Ini kenduri kedua saya pergi untuk sebanyak-banyak yang invite.
Harap saya dapat pergi kenduri kawan saya yang lain.

suka sangat door-gift untuk guest...boleh curi idea tak ni..hehe


Kepada Zulfadli (Stinson) dan Atie,
Semoga kalian berdua bahagia sehingga hujung nyawa..
Be nice to each other, love each other..
Live with the fullest that you both can.. Harungi onak duri perkahwinan bersama-sama..
Doakan yang terbaik untuk kalian..

wahhh panjang pulak ucapan.. tahniah kalian berdua..
(This post dedicate to both of you)

Saturday, June 22, 2013

INTERVIEW


Hey semua...Apa khabar? Sihat? Saya? Sihat je...dan tengah struggle untuk mencari kerjaya..
ecehh..bukan apa...sementara menunggu tawaran kerja dan lebih lagi panggilan untuk interview...saya sekarang berkerja kat kedai area rumah je.. well...we have to start from somewhere kan?
saya fikir yang saya perlu lebih lihat dunia luar...memandangkan hampir 6 bulan duduk di rumah dan menyebabkan diri ni mental breakdown.. okay..nak terus cerita pasal interview hari tu..

Interview kali ni saya buat lebih sikit homework dan syukur sangat apa soalan yang jangka interviewer tanya ternyata ada.. antara soalan common ditanya ialah :-

Tell me about yourself, What are your strength and weakness, Why should we hire you, What do you know about your position

cuma ada jugak yang unexpected punya soalan, "why do you put that amount of expected salary?"
nasib baik otak masa tu bergeliga dengan baik dan dicampurkan dengan Oh My English.. tak tahu la apa jadi time tu, tawakal banyak-banyak.. Yang saya excited pasal interview ni sebab sikit sebanyak related dengan coursework yang saya belajar kat UiTM..dream job? lebih kurang..antara choices..

Mencari kerja ni la saya rasa....realiti memang menarik..describe menarik? hehehe....subjektif la tu..

study dengan gigih walaupun tengah jaga kedai

bapak datang bawak coklat kat kedai...pastu ada customer ngecek sikit la..


Wednesday, May 22, 2013

Konvokesyen UiTM 78 dan Belated birthday!!!


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah saya sudah graduate dengan jayanya dalam Bachelor Science of (Hons.) Statistics. Terima kasih kepada semua secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya bergelar mahasiswa. Hanya Allah sahaja yang balas jasa baik kalian semua. A huge shout out to my parents because of their hard work and patient for me.

sempat bergambar kat belakang dewan ni.. tengah line up nak susun orang kan.. maklum la sesi pagi, hujan lebat pulak haritu..

bergambar dengan classmate dan siapa-siapa yang kenal...thanks semua.. muka happy je semua orang waktu ni kan..
Bila ditanya dengan kawan-kawan, "ko sekarang buat apa?"
dengan nada slamba saya jawab, "jadi maid...practice menuju alam perkahwinan.."
konon kalau jawab macam tu...bunyi berkerjaya la dari jawab, "tanam anggur je kat kampung tu.."

Terima kasih kepada yang datang, wish bagi hadiah (Fad dan Faaizah) masa konvo saya. Tahniah kepada yang konvo sama-sama...


14 mei 2013 birthday saya celebrate dengan simple. Birthday sama dengan adik tercinta, Aslam. Terima kasih bapak belikan kek secret recipe ni.. dah 23 tahun memang tak perlu celebrate macam budak-budak lagi.

Terima kasih kepada semua yang wish birthday.. ada yang call, message, menyanyi... ada jugak tanya, "nape tak letak kat facebook tarikh lahir..?"
jawapan saya, "saje je...nak trick best friend...ingat tak birthday saya.."
lagipun wall facebook pun tak la susah nak uruskan...semua wish kat gambar kek ni...hehehe..nampak tak permainannya..


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post