Sunday, July 27, 2014

Pre-raya 2014


Tak ada nya photo shoot bagai. Cuma preparation untuk raya esok. Raya tahun ini tak sama macam sebelumnya. Kehilangan kedua-dua atok dan nenek pada tahun yang sama cukup memberi kesan kepada kami semua. Dari saya lahir sehingga dah berumur 25 tahun di sini la saya sambut hari raya Aidil Fitri.

Sebagai cucu sulung, saya meneruskan tugas saya dan berikan terbaik untuk sambut hari raya tahun ni..
Saya yang pertama yang sudah bekerja haruslah beri duit raya. Dah pun sediakan untuk sepupu tercinta.

Dengan rendah dirinya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali diri ini. Andai terkasar bahasa, harap dimaafi. Bersederhana dalam menyambut Syawal ini. Ziarah-menziarahi jika berkelapangan. Dan hey, try to stay away from your gadget for awhile and do connect with others.

With love,
Anisa Anuar

Post a Comment

Platemat pinggan untuk kanak-kanak

  Hi semua. Pernah tak korang mengalami,  susah nak bagi si kecik kita makan sebabkan dia nak campak pinggan dia ke bawah? Boleh jadi...