Wednesday, March 30, 2011

perkara yg akan membimbangkn aku adalah...

time assignment+projek berlambak..lebih2 lagi dh nk exam...projek knfm nk kne siapkan..sejujurnye aku ckp..sem ni bru aku rse wat assignment tu sambil2 aku belajar...bkn just setakat nk siapkan dan dapat carry mark. dah pun kata group work kn...so penat sama2,paham sama2..tu lebih bermakna.. Once sorg dlm group kita yg sleeping partner mule la ada konflik dan sebagainye..bagi aku melalui wat kn projek ni kita dpt develop soft-skill kita,project-management.. "Work as a team", "There's no 'I' in team" itu semua bru semester ni aku rasai dan hayati. Bile kita dalam satu kumpulan,elak bercakap serta mengungkit kelemahan orang lain(utk aku jgk,,muhasabah diri) tapi kita sebagai kawan seharusnya membantu dia utk jd lebih baik dari hari ke hari..dari xpernah turun utk discussion,dia turun.. kenal perangai kawan2 kita. terima dia seadanye. contohnya, kalau kawan kita tu jenis yg slow buat kje..buat follow-up selalu so dia x ketinggalan. jgn blame dia totally..kalau perlu beri teguran,pe la salahnye...tapi ada cara..mengikut bersesuaian dengan orang tu... Yg aku perasan la kn..kalau perempuan nk tegur perempuan xle sgt...terutama kalau jenis yg cepat sentap..bahaya2 nnt boleh buat gaduh..aku bercakap melalui pengalaman aku sendiri...so,,mmg perempuan adalah jenis yang suka simpan kat hati lama2 sampai jadi daki...hehehe
setakat ni je la nk tulis..


"Susah dan senang harungi sama-sama.. back-up one another..jangan menjatuhkan orang lain"


sekian
-a.n.a-

Saturday, March 05, 2011

Apa yang saya fikirkan...

Akhir-akhir ini saya terfikir banyak benda.. memang salah satu mengenai pelajaran...tp tah la..saya suka tengok keadaan sekeliling, orang2 sekeliling..mcm mana dia respond pada kita kalau kita senyum kat dia. Walaupun xkenal tapi masih senyum kn best tu.. Ignore la kalau ada orang cakap kita ni gila ke apa ke..tp pd pendapat peribadi saya la kn kalau kita senyum pada orang yang tak kenal,percaya la boleh buat orang lain senang hati walaupun dilanda masalah,dilema,gundah-gulana. Ada juga aku terfikir, kenapa kita suka cakap kosong..sama saja saya ni. Saya nak buat perubahan untuk tu.. maksud saya,kita tak semestinya kena cakap mengenai pelajaran, ada banyak lagi boleh dibualkan. contohnya perkara kita boleh luangkan dengan sepenuh jiwa dan bersungguh-sungguh dan akhirnya kita akan rasa puas hati. Memang saya berani cakap,ramai di antara kita banyak yang suka mengeluh, mengeluh dengan nasib kita yang teruk dan yang buat saya terbuka hati adalah kadang-kadang kita akan cakap siapa yang lebih bernasib malang. contohnya,"alarh aku lg teruk, kne buat itu kne buat ini" dan kita akan terus komplain2... Saya mengaku saya selalu memberi banyak-banyak alasan..walaupun saya berpegang pada kata-kata senior saya,"Alasan satu penipuan terancang"... Perasaan untuk memberi alasan selalu saja ada...kenapa kita beri alasan?? sedangkan tak mencuba lagi.. saya mahu ubah ini juga. tapi..ada kala juga terfikir,jika saya tidak memberi alasan, orang akan mengambil kesempatan.. biasa la asam garam kehidupan ada yang suka mengambil kesempatan di dalam kesempitan hidup orang lain.
Saya rasa kita perlu sama-sama ada rasa bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan buat dengan ikhlas tanpa ada apa-apa balasan. Saya tahu saya tidak mempunyai banyak pengalaman tapi saya yakin dengan niat untuk mempelajari perkara yang bermanfaat dan saya tidak akan sia-sia kan usia remaja saya. Walaupun diuji dengan kegagalan,kekecewaan dan rintangan, saya percaya saya boleh harungi nya.. 

Akhir kata, semua perkara di atas saya tidak rujuk kepada sesiapa yang berkenaan.. Saya cuma insan biasa yang hanya mahu berubah untuk melakukan perkara luar biasa.. Saya mahu melakukan semua tanggungjawab diberi dengan sebaik mungkin walaupun ramai yang akan kritik.. Saya akan jadikan kritikan mereka sebagai satu kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Saya banyak mempelajarinya dalam menguruskan satu projek khidmat masyarakat. Saya akan buat yang lebih baik dari event sebelumnya.. bagi menambah lagi pengetahuan dan sosial networking.. 

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post