Akhir-akhir ini saya terfikir banyak benda.. memang salah satu mengenai pelajaran...tp tah la..saya suka tengok keadaan sekeliling, orang2 sekeliling..mcm mana dia respond pada kita kalau kita senyum kat dia. Walaupun xkenal tapi masih senyum kn best tu.. Ignore la kalau ada orang cakap kita ni gila ke apa ke..tp pd pendapat peribadi saya la kn kalau kita senyum pada orang yang tak kenal,percaya la boleh buat orang lain senang hati walaupun dilanda masalah,dilema,gundah-gulana. Ada juga aku terfikir, kenapa kita suka cakap kosong..sama saja saya ni. Saya nak buat perubahan untuk tu.. maksud saya,kita tak semestinya kena cakap mengenai pelajaran, ada banyak lagi boleh dibualkan. contohnya perkara kita boleh luangkan dengan sepenuh jiwa dan bersungguh-sungguh dan akhirnya kita akan rasa puas hati. Memang saya berani cakap,ramai di antara kita banyak yang suka mengeluh, mengeluh dengan nasib kita yang teruk dan yang buat saya terbuka hati adalah kadang-kadang kita akan cakap siapa yang lebih bernasib malang. contohnya,"alarh aku lg teruk, kne buat itu kne buat ini" dan kita akan terus komplain2... Saya mengaku saya selalu memberi banyak-banyak alasan..walaupun saya berpegang pada kata-kata senior saya,"Alasan satu penipuan terancang"... Perasaan untuk memberi alasan selalu saja ada...kenapa kita beri alasan?? sedangkan tak mencuba lagi.. saya mahu ubah ini juga. tapi..ada kala juga terfikir,jika saya tidak memberi alasan, orang akan mengambil kesempatan.. biasa la asam garam kehidupan ada yang suka mengambil kesempatan di dalam kesempitan hidup orang lain.
Saya rasa kita perlu sama-sama ada rasa bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan buat dengan ikhlas tanpa ada apa-apa balasan. Saya tahu saya tidak mempunyai banyak pengalaman tapi saya yakin dengan niat untuk mempelajari perkara yang bermanfaat dan saya tidak akan sia-sia kan usia remaja saya. Walaupun diuji dengan kegagalan,kekecewaan dan rintangan, saya percaya saya boleh harungi nya..
Akhir kata, semua perkara di atas saya tidak rujuk kepada sesiapa yang berkenaan.. Saya cuma insan biasa yang hanya mahu berubah untuk melakukan perkara luar biasa.. Saya mahu melakukan semua tanggungjawab diberi dengan sebaik mungkin walaupun ramai yang akan kritik.. Saya akan jadikan kritikan mereka sebagai satu kekuatan untuk memperbaiki kelemahan diri. Saya banyak mempelajarinya dalam menguruskan satu projek khidmat masyarakat. Saya akan buat yang lebih baik dari event sebelumnya.. bagi menambah lagi pengetahuan dan sosial networking..
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more