Showing posts with label valuable. Show all posts
Showing posts with label valuable. Show all posts

Monday, July 22, 2019

SENANGNYA NAK KE AIRPORT



 
Kat Kuala Lumpur ni segala-galanya ada darilah tempat shopping yang banyak choice, tempat makan yang best, hotel-hotel yang sesuai dengan semua jenis bajet, dan banyak lagi korang boleh buat kat KL. Untuk orang KL atau orang dari luar KL senang gak sebenarnya kalau nak naik flight sebab ada KLIA. Nak pergi ke KLIA pun dah senang kalau kita takde transport macam kereta sendiri kalau nak drive. Korang boleh naik KLIA express. And dekat Traveloka korang boleh terus book KLIA Express online sesenang yang mungkin. Simple kan?
KLIA Ekspres ialah perkhidmatan kereta api lapangan terbang yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengangkutan ini hanya memerlukan 30 minit untuk menghantar penumpang dari KLIA dan KLIA2 ke stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), atau sebaliknya. Lebih tepatnya, perjalanan dari KLIA ke KL Sentral mengambil masa 28 minit, manakala perjalanan dari KLIA2 ke KL Sentral mengambil masa 33 minit. Dengan ini, KLIA Ekspres menjadi perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, bahkan turut dikenali sebagai yang terpantas di Asia Tenggara. Fuhhh, hebatnya!! Proud to be Malaysian.
KLIA Ekspres beroperasi setiap hari dari jam 04:55 – 01:28, bergantung pada stesen perlepasan. Kereta api ini berlepas setiap 15 minit semasa waktu puncak dan setiap 20 minit semasa luar waktu puncak. Kini, pembelian tiket KLIA Ekpres dipermudah melalui tempahan dalam talian di Traveloka. Tempah tiket KLIA Ekspres secara dalam talian di Traveloka dan mudahkan perjalanan anda dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan proses yang mudah, pantas, dan selamat. Selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, KLIA Ekspres juga menawarkan kemudahan lain untuk memastikan keselesaan penumpang. Kereta api ini tersedia dengan ruang penyimpanan bagasi yang luas dan skrin digital yang memaparkan maklumat pelancong. Penumpang dapat menikmati sambungan WiFi 4G sepanjang perjalanan. Ini yang lagi seronok you guys!!
Dalam pelaksanaan perkhidmatan bersepadu, KLIA Ekspres menyediakan kemudahan daftar masuk untuk penerbangan di Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT) di dalam stesen KL Sentral. Kemudahan ini tersedia untuk penumpang yang menaiki pesawat Malaysian Airlines, Cathay Pacific, Cathay Dragon, dan Malindo Air. Sebelum tiba di lapangan terbang, penumpang KLIA Ekspres boleh menggunakan tiket kereta api untuk mendaftar masuk, serta mencetak tag bagasi dan pas masuk. Daftar masuk melalui kemudahan ini mestilah dibuat selewat-lewatnya 3 jam sebelum penerbangan antarabangsa, atau 2 jam sebelum penerbangan domestik. Dah siap awal, boleh lepas tu nak buat apa-apa - iyelah tak ada nanti rushing semacam kan?
last year Raya trip to Mecca/Madinah
Korang tau tak kat Traveloka punya apps selain nak book hotel atau flight korang boleh find kl sentral to klia ticket. Caranya korang pergi kat menu dan cari book KLIA transport. Dari situ korang boleh pilih destinasi korang dari mana, kemudian nak ke KLIA. Akan kluar harga dan korang boleh book. Lepas korang buat payment melalui debit card atau kredit card korang akak dapat voucher yang akan send ke email korang. Melalui voucher tu nanti korang boleh pakai untuk naik tren. Senang kan? Takyah naik teksi kalau teksi tak available and korang pun boleh elak jam and sampai cepat. Kalau korang nak naik ke KLIA2 pon boleh. Tapi voucher ni nanti korang tak boleh jual balik so make sure kalau korang beli tu nanti pakai la ye.
Zaman sekarang ni kita kena jimat masa yang banyak kalau nak travel. Selalunya Airline low cost check in dia sangat awal so korang kena sampai awal. KLIA express la jawapannya kalau korang nak sampai awal selain plan awal-awal. So nanti takdelah kes terlepas flight lepas ni. Korang kena plan siap-siap pukul berapa semua. Selalunya antara tren lebih kurang 15 minit ke 20 minit. So plan masa korang betul-betul so nanti kalau terlepas flight tak dapatlah korang nak pergi bercuti. Kan dah rugi banyak benda. Selain tu, kat Traveloka pun korang boleh book teksi. Whatever it is Traveloka adalah korang punya travel booking yang relevan and legit pada zaman skang ni.

Tuesday, May 29, 2018

Stokin Soka sebagai hadiah


Hi semua. Assalamualaikum. Anyeooonggg~~

Nape tiba-tiba berbahasa Korea ni? Okay macam ni.. Nisa ada kenalan di Korea - kawan kerja. Speaking Korea ke dengan diaorang? Ehh Tak adalah. Speaking English lagi, ada la sikit-sikit cakap Korea atas ajaran dan fokusnya bila tengok K-drama. Boleh sebut "Kamsamida", "Arasso" - basic perkataan.

Nak dijadikan cerita, kawan kerja lain stream datang PJ minggu lepas. Mereka pun bagi hadiah untuk kami. Facial mask, makanan la..macam-macam bagi. Murah betul rezeki diaorang, suka memberi ni. Dah mereka memberi, kita balas memberi jugak kn.. bukan selalu pun. Nisa pun mengambil kesempatan nak beri something jugak.

Fikir punya fikir apa la nak beri kat mereka. Tanya direct kat diaorang, dijawabnya taknak apa-apa. Aihhh mana boleh. Malu kot nak meminta. Kalau Nisa pun jawab taknak apa-apa walaupun dalam hati kata nak. Clishe complicated nya seorang perempuaan. Apa lagi, mulalah sel-sel berhubung untuk cari idea sambil mengaru-garu kaki yang bersarungkan stokin soka favorite pair - plain grey.

Tingg!!

"Laaaa...apa susah stokin Soka kan ada..diaorang pakai pun selesa bila time sejuk ke..dalam office ke..lain dari yang lain jugak.. ada corak-corak..stokin bukan aurat semata-mata tapi untuk keselesaan jugak.." bermonolog sorang-sorang di meja office.


"Hi...can you give this to the Output team.. Say that it is from Anisa.. Thank you.." tersipu-sipu nak bagi beg comel penuh dengan stokin Soka ni. Nervous tu macam nak jumpa buah hati pula.

Alhamdulillah tercapai hajat, bila dapat tahu stokin tu dah selamat sampai dengan diaorang semalam.
Tak kira apa jua hadiah kita nak berikan pada orang lain, yang penting ikhlas dari hati. Itu lebih bermakna. Tak perlu mahal, tak perlu terlalu exclusive tetapi cukup hadiah itu sendiri ada added value nya yang tersendiri.

Thursday, August 03, 2017

My unsent letter to Chester


Dear Chester,
I am writing this letter to you as a fan of your art, gift from god. I've been grown up listen to your songs which basically I'm not a rock-type fan but it's exceptional for Linkin Park. I have one of LP album - Minutes to Midnight (even my brother also bought one for himself and I don't know why he don't want to share with me..weird huh?)

Your songs always be in my must have in playlist. I even set one of your song - What I've Done as my phone ringtone. My friends like this kind disbelieve expression. Everytime I watch Transformers, reminds me of LP.

I feel sorry for what you had been through. I believe it's tough for you. I don't know that you need help like serious help.
When I listen to your songs after you left and know that you had been through, now it all make more sense.. Somewhere I belong..


I want to heal, I want to feel,
What I thought was never real
I want to let go of the pain I felt so long (erase all the pain 'til it's gone)
I want to heal, I want to feel
Like I'm close to something real
I want to find something I've wanted all along
Somewhere I belong


Thank you for inspiring song and it's a good-bye then to Chester Bennington.

source from google image

Sunday, June 18, 2017

Ginger si kucing yang manja



Seekor kucing yang dengan sendirinya datang ke rumah kami. Kiranya tiada tuan dan seperti tiada tempat berlindung. Kami sekeluarga susah untuk membela haiwan peliharaan seperti kucing, sebab tak ada orang yang mahu bersungguh membela. Tetapi lain pula buat Ginger. Mula singgah ke rumah kami, sama hari bermulanya hari saya berpantang di kampung selepas bersalin. Pada mulanya syak, kucing ni sesat ataupun kepunyaan orang lain dan hanya mahu menyinggah.
Hari berganti minggu dan bertukar bulan, kucing ni masih disini dan kami bercadang untuk belanya. Nama Ginger diberi oleh adik saya, entah kenapa. Sebelum Ginger hantar ke vet, bapak saspek dia ni betina. Terkejut bila balik dari vet, katanya Ginger ni jantan. Kata bapak, gelagat macam betina pemalu gitu, main pun sopan sangat. Terus kena kasi (sunat) si Ginger.




Bermula episod manja, Ginger dan kami sekeluarga yang anggap Ginger seperti adik saya. Bahasakan Bapak dan Mummy macam mana saya bahasa kan Bapak dan Mummy, jadi kiranya Ginger ni adik saya la kan? Bila Nisa bahasakan kakak, macam paham je hahaha...bertuah Ginger..
Bila ditegur, Ginger menyahut. Bila kata jangan kacau Maira, Ginger seperti faham apa Bapak cakap. Waktu itu, saya rasa pertama kali kasih sayang kucing dengan keluarga saya. Selalunya tengok orang lain bela kucing, tak sama rasa bila sendiri yang bela. Secara teknikal, saya tak jaga dia sangat. Cuma bila balik kampung, dapat main dengan Ginger. Itu pun takut-takut berani nak main. Pelik kan suka kucing tapi takut main dengan kucing. Takut diaorang (dia-ekor) gigit atau cakar aje.

Saturday, January 14, 2017

Coklat memanjang kat ofis

Minggu lepas memanjang aje dapat coklat. Australia mari... syok kan??
Siapa yang bagi? Yang pasti bukan husband walaupun dia kerja base kat Australia.
Trainer kat tempat kerja yang bagi. Semoga dimurahkan rezeki selalunya..
Sebenarnya coklat tu cara dia nak ajar buat sampling method. Kalau belajar statistik mungkin pernah dengar dan belajar.
Kerja Nisa kena buat kira-kira contoh ea... untuk merangkumi central region macam mana nak represent..taknak berat sebelah. Result tak accurate lagi. Hahaha okay rasanya ada dah kerut dahi membaca...tapi tu lah nak implikasikan guna coklat tu...hebatkan statistik ni..

I feel blessed for everyday I work there..


Thursday, May 05, 2016

Family Goal Setting // Istanbul Kami Datang

Hai semua. Assalamualaikum.
Bila dah ada goal setting nak pergi bercuti dengan family, submit doa siap-siap. Last time pergi bercuti luar Malaysia, sebelum berkahwin. Tengok kawan-kawan yang baru kahwin, honeymoon luar negara.. Ada jugak terdetik
"Bestnya mereka.. Bercuti oversea..
Rezeki mereka.. "
Bila datang rasa tak best, cepat-cepat twist feeling tu.. Kalau rasa tak lepas, si suami la tempat luah rasa.
"InsyaAllah rezeki pergi luar negara. Maaf tak pergi honeymoon jauh luar negara.. InsyaAllah kita bercuti bertiga, okay? "
Suka bila hati ni dipujuk. Bukan nak bercuti tu sebab tengok orang bercuti tapi feeling bercuti...semua tahukan macam mana rasanya.. So yes technically takde honeymoon tapi kami ada rezeki gather dua family di Cameron Highland..
Dengan ini, submit doa untuk bercuti dengan suami & anak ke Istanbul. Aaaminnnn..


Hasil nukilan,
Anisa Anuar

Saturday, January 03, 2015

Unexpected reunion

Hai semua. Pernah tak korang jumpa kawan lama yang dah tak jumpa dengan cara yang tak tercapai akal macam mana boleh jumpa. Over sangat eh describe? Sebab saya dah alami. Kawan masa sekolah rendah. Kami selalu jadi backup satu sama lain. Kawan satu group tarian. Kalau dia tak boleh perform, saya ganti tempat dia dan begitu sebaliknya.

Nak dijadikan cerita, jumpa kawan kat event ilmu yang saya attend dan dengan memberanikan diri... Saya mula tegur dulu. Keciknya dunia ni. Masih tak berubah macam tu je. Dulu cantik bertambah cantik.. Sekarang makin selalu berjumpa daaaa...

Nak taw ke kawan saya tu macam mana orang nya.. Jap ea nanti saya selitkan gambar kat bawah tu. So kepada yang kat luar sana, nampak je macam kenal je... Pernah nampak... Tegur aje.. Dan mana lah tahu, yang tersalah tegur tu jadi teman sejati dan semua bermula dengan tindakan kita ni.
Lagi ramai kita kenal orang, lagi mudah kita nak faham diri sendiri dan orang lain.

Tuesday, December 30, 2014

Dah lama tak check gigi

Hai semua.. Ni nak cerita pasal pergi check gigi kat klinik kesihatan Juasseh. Ni semua berlaku tanpa dirancang. Mulanya pergi sebagai penjaga tapi dah alang-alang buat terus la kan.. Bila lagi ada kesempatan nak buat check up gigi. Ramai tak pandang serious dengan penjagaaan gigi. Kepada kakak, abang, pakcik, mak cik yang jarang buat check up. Saya sarankan supaya lakukannya. Yang kita pandang remeh itu lah yang akan menyusahkan kita kelak.

Saya buat check up sekali dengan scalling dan polish.. Ikut kan aje apa saranan doktor. Terima kasih yea doktor :)

Hasil taip,
Anisa Anuar

Saturday, December 13, 2014

Let's make friends

Most of us don't know how to start to make  friends and this is how I do it. Look simple and just nice.

The first conversation start at pantry. We both make our own breakfast. I drank coffee and Yvonne just took hot water. She suddenly saw how I was handling my cup. Looks hard to hold because my cup don't have holder. I told her it's a bit tedious for me especially when I pour hot water.

A few days later, I have received paper cup to wrap around my cup with notes. That's so sweet of her. Even we just give that to a person, the impact who knows.

Mission : make more friend whenever I can. And so are you!!!

Friday, August 29, 2014

Ohh beg ku

Hey semua. Ni tengah otw nak balik kampung. Bayang eh budak perempuan bawak beg kiri kanan penuh dengan kepit kn beg sambil menaip nak tulis blog guna smartphone.
That's a lot going huh... Okay tengok post. Baru je tadi beg yang beli time belajar dah rosak. Zip la rosak. Walaupun dah banyak jahitan still lagi guna, sayang punya pasal..

Not now please...waaaaa~~ okay la nak naik train jap lagi. Jangan rindu ea...hahaha..

Nukilan mengada dari empunya blog,

Anisa Anuar

P/s : gambar tu nak tunjuk guna pin tudung nak bagi tutup..no more zip..

Sunday, August 17, 2014

Umpan guna selfie

Salam syawal semua.. Mood raya lagi niehh..tajuk post over sangat eh? To make it short, sebenarnya nak tangkap gambar si kecik ni (gambar pertama).

Disebabkan dia ni sangat lincah dan genius tak bagi gambarnya ditangkap...terpaksa umpan dia guna selfie nak bergambar (gambar kedua) haishhh... Jangan tak tahu budak-budak zaman sekarang kecik-kecik dah tahu selfie...jauh beza zaman kita yea dak.

Apa? Ohhh...korang fikir cerita dasyat sangat ke? Waduh..waduh..jangan begitu dong~~

BTW, tahniah sahabatku merangkap dulu housemate merangkap geng budak foodcourt yang sekarang dah jadi tunangan orang. Semoga dipermudahkan urusan untuk ke jinjang pelamin dan seterusnya membina mahligai indah (ewaaahhh...ayat curlass gitu)



Salam sayang dari penulis,
Anisa Anuar
xoxo

Sunday, June 15, 2014

Happy "Bapak's" Day to you


Thank you bapak for being such awesome dad for me. Of course you are my first lover. I remember when you don't allowed me to go out with guys except you. I cannot take public transport just you who can pick me up. You pay everything from food, clothes, education, medical.. Most of my secrets in your pocket and yours is with me.

And now I can pay your meal when we go out. I don't have to ask you pocket money as I can survive on my own.

Thank you for all the lessons you give to me. I love all the plan you have do for us one family. Please take care of your health and keep younger day by day.

This is all for you.

From your beloved daughter,
Anisa Anuar

- the first daughter of Anuar's -

Sunday, June 08, 2014

Cerita Kawen Nad

Sabtu yang lalu (7/6/2014) pergi ke majlis perkahwinan kawan satu kelas masa belajar di TKS. Bertemankan adik sedara dan adik kecik pergi lah saya ke sana.. Alhamdulillah tak susah nak cari sebab Dewan Datuk Bahaman laluan yang selalu saya pergi..

Sempat jumpa si kembar - Adilah & Adibah. Bavanee tumpang masuk sekali sebab segan, katanya.. Jumpa cikgu Shida, yang merupakan mak kepada pengantin dan cikgu seni masa tingkatan 2 & 3. Tak lupa cikgu hanizah yang sangat sporting layan request saya nak selfie dengannya.

Jadi untuk Nad, si pengantin baru..
Semoga berkekalan hingga akhir hayat..you guys look sweet together. Your mummy seems want grandchildren bila borak dengan nisa hari tu (oppsss)
And....sedihnya tak sempat nak bergambar dengan pengantin...sebab time tu, you tengah karaoke bersama suami.

This entry dedicated to Nad...

With love,
Anisa Anuar

Saturday, May 10, 2014

Last Day for her | Farewell Entry


Hey everyone.. This entry dedicate to my dear friend.
Let just say, my same age officemate which turn out to be same faculty.


So, last Thursday we met for last time before she's resign yesterday.
Farewell dinner at Madam Kwan..love the food,of course..

Although I'm working almost 10 months but she's the only friend with same age left....that I know.
Most of my friend, much older than me..already married..
and they have their own tribe..
 
 Good luck my dear friend at your new job and environment.
Let's meet again sometime.. I wish..
Thank you for always be my lunch date =)

Sincerely,
ANISA ANUAR

Tuesday, March 04, 2014

Hadiah birthday untuk adik (Dedicate to Atiya)

Hey semua.. minggu lepas saya mintak opinion nak belikan hadiah apa untuk adik. Ramai jugak bagi suggestion,terima kasih semua. Akhirnya saya belikan hadiah kat Candylicious,KLCC. Lepas balik kerja tanpa plan,terus beli..sekali untuk mummy dan adik lelaki saya.

Sesuai dengan Atiya yang suka coklat dan...sukakan duit syiling. So,hadiah saya combinekan dua element ni..walaaaa dapat hadiahnya.

To my dear little sister,
Eventhough we are 17 years different in age...but your attitude and character doesn't show that you are 7 years old. Be a good sister, love yourself and don't be shopoholic,okay? I'm serious on last statement.
And...be a good student too.

Monday, February 03, 2014

When only me at the office

Hey everyone. CNY is here and it is also mean that I am going to be alone at the office. Why? Because all my officemates are chinese. They will use this celebration to be at home for sure.

The thing is...when just me and the furniture,PC and documents feel quite okay for me to do work actually. Some of other department came along and said how lucky I am that I can do like my own office..hahaha in my dream.

No emails,phone call..quite alone some at the time.. So, I do turn on the music,avoiding me to be sleepy.

How about you guys? Have been in the same situation like mine?

With lots of thoughts,
ANISA xoxo

Sunday, October 27, 2013

Doodle Dari Cik Amal


Post kali ni nak ucapkan terima kasih kepada Cik Amal untuk doodle yang kiut sangat..
hujan macam ni..best jugak kalau pakai macam ni..hehhee~~


seperti yang saya mintak dalam Segmen Random by Cik Amal
alahai nampak sangat saya jarang bukak facebook..
baru tengok inbox dari Cik Amal bagi dah lama yang amat (18 Oktober)
hari ni baru nak bukak?? ayoyo Anisa..
Nasib ada niat nak usha facebook untuk Anisa's Corner..

Terima kasih yea Cik Amal...and please everyone keep on support this cool blog
dia banyak tolong saya dari segi cantikkan blog saya sekarang ni..dapat doodle lagi..
keep up your good work, Cik Amal.. you go girl!!!

Thursday, June 27, 2013

Perkara yang boleh terjadi Sebelum Exam (waktu study week)

 
Post ini lebih kepada pengalaman hidup sebagai mahasiswa dan kejadian sebegini tak pernah lari dalam menjadi sebahagian hidup mahasiswa.. Post ini juga bukan untuk menakutkan bakal mahasiswa tetapi sebagai persediaan mental yang perkara ini adalah perkara biasa akan berlaku dan harus diingatkan untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih bijak.

Perkara ni boleh berlaku dalam tempoh sebelum dan semasa exam yea..
1. Assignment mengejut atau Projek menimbun2 boleh jadi apabila lecturer bagi assignment tambahan yang due date boleh jadi sebelum atau selepas exam. Ini akan menyebabkan study tergendala dan kurang tidur gara-gara untuk siapkan assignment. Waktu ini kita akan mula mempersoalkan "aku datang universiti ni untuk buat projek ni je ke...bila nak habis..?" percaya la..projek itu sebenarnya membantu proses pembelajaran dalam kelas. Hanya orang yang memandang remeh, mungkin menyatakan projek dan assignment yang menimbun tu tidak mendatangkan faedah.

2. Pergaduhan atau bertikam lidah hanya perkara salah faham dan stress dengan exam dan projek..perkara sebegini memang akan berlaku..kalau kita matang, just moving forward dan abaikan pergaduhan remeh-temeh..

3. Tikam belakang kawan bila dapat nota tambahan dari lecturer atau hint dari lecturer. Ada segelintir akan menyembunyikan dari rakan kelas yang lain.

4. Soalan dan statement yang boleh buat kita annoying
"Ko dah habis study ke belum?"
"Elehh, senang je tu...tak kan tu pun tak reti.."
"Ko tidur ke dalam kelas..masa belajar bab ni?"
"Apa je yang ko tahu ha?"
"pergi la tanya orang lain..aku tak senang ni"
Kalau nak buat list...memang banyak la..tak terkira..

5. Kawan makan kawan lebih kurang macam bertikam lidah dan tikam belakang kawan tetapi boleh juga terjadi antara rakan sekelas ataupun serumah atau sebilik.. Bila perkara ini berlaku, harus motivasikan diri balik untuk tidak terjejas pelajaran dengan memikirkan masalah ini.. Mungkin ada di antara kita akan rasa tak tenang sebab bergaduh dengan rakan baik...fikirkan mana yang terbaik untuk saat itu.. Luahkan rasa itu kepada yang rapat agar dapat membantu untuk lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan.

Memang semuanya berlaku pada saya..pada tahun pertama, saya sangat naif..dan mula belajar dari pengalaman dan menganggap itu semua pelengkap sebagai hidup seorang mahasiswa. Harap sedikit sebanyak dapat membantu...Jangan stress perkara sebegini masa musim exam..kalau boleh elakkan amat la digalakkan..Semoga berjaya.. No Stress,okay? (^_^)

okay nak selitkan overall dalam lukisan yang sangat geometrik dari saya.. alahai, budak 6 tahun pun boleh buat ni..next time saya perbaiki lagi yea...


apa pandangan korang? boleh kongsi kalau ada kelainan sikit..ohh hey, jangan komen gambar je...hehehe..segan la..sebab drawing ni bukan la 'watak utama'


Saturday, June 22, 2013

INTERVIEW


Hey semua...Apa khabar? Sihat? Saya? Sihat je...dan tengah struggle untuk mencari kerjaya..
ecehh..bukan apa...sementara menunggu tawaran kerja dan lebih lagi panggilan untuk interview...saya sekarang berkerja kat kedai area rumah je.. well...we have to start from somewhere kan?
saya fikir yang saya perlu lebih lihat dunia luar...memandangkan hampir 6 bulan duduk di rumah dan menyebabkan diri ni mental breakdown.. okay..nak terus cerita pasal interview hari tu..

Interview kali ni saya buat lebih sikit homework dan syukur sangat apa soalan yang jangka interviewer tanya ternyata ada.. antara soalan common ditanya ialah :-

Tell me about yourself, What are your strength and weakness, Why should we hire you, What do you know about your position

cuma ada jugak yang unexpected punya soalan, "why do you put that amount of expected salary?"
nasib baik otak masa tu bergeliga dengan baik dan dicampurkan dengan Oh My English.. tak tahu la apa jadi time tu, tawakal banyak-banyak.. Yang saya excited pasal interview ni sebab sikit sebanyak related dengan coursework yang saya belajar kat UiTM..dream job? lebih kurang..antara choices..

Mencari kerja ni la saya rasa....realiti memang menarik..describe menarik? hehehe....subjektif la tu..

study dengan gigih walaupun tengah jaga kedai

bapak datang bawak coklat kat kedai...pastu ada customer ngecek sikit la..


Saturday, June 01, 2013

Hadiah Konvo


Cerita konvo tak habis lagi ke... aiseh.. tak la.. ni kasik tunjuk la sikit hadiah konvo yea..


mintak adik kesayangan yang giler camera jadi model pegang hadiah..
bunga+winnie the pooh tu hadiah dari Fad..siapa dia tu?
ada la...hehehe.. *blushing*

yang hand made bantal ada macam character android tu
siap ada nama NISA tu, kawan yang buat.. Faaizah namanya..
dah addicted buat hand made tu..dan yang paling best, lepas penat konvo tu..
tidur dalam kereta beralaskan bantal Faaizah bagi..
puas la cari bantal yang best dalam kereta..ni baru namanya gunakan sepenuhnya kan..

ni je ke? ohh ada lagi satu..
Wani ada bagi tempat letak handphone..tapi dah kena kidnap dengan adik tu ha..
sibuk je nak kakak dia punya barang..
Mak Teh pulak bagi blaus..macam tahu je anak sedare dia perlukan banyak lagi baju cantik.
tak pandai nak beli baju lawa... gitu la jadinya..

apa-apa pun terima kasih sebab bagi hadiah..
sebenarnya, dah warning siap-siap tak nak bunga hidup..sebab tak pandai jaga..
dari membazir begitu saje..jadi tak pe la..ni pun memadai..

p/s : suka benor si Tiya ni...bila dapat 19 like kat facebook untuk gambar dia ni..
 

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post