Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, October 25, 2020

Jalan-jalan Cari Makan @ Ayang Cafe, Kota Bharu

 

Hi semua. Post kali ni cerita jalan-jalan cari makan di Ayang Cafe, Kota Bharu. Walaupun sekarang dengan covid-19 ni, Alhamdulillah berpeluang jugak pergi. Ini pergi sebelum bermulanya wave yang ketiga ea (tanda-tanda kes naik bermula). 

Asalnya tak pasti nak makan mana. Kita mintak suggest dengan family in law, katanya jom try makan sini. Maklumlah tak familiar sangat Kota Bharu. Taw situ banyak makanan sedap. Kalau duduk KB ni mau naik badan citer dia. Jadi kita ke AYANG CAFE. Lebih senang, guna waze nak cari kedai ni. Jangan terlajak selekoh taw nak cari tu. Paling senang, kedai AYANG CAFE ni kaler PINK. Iye pink. Senang nak cari. 

Kami sampai pun dah pukul 9 lebih, mostly nasi berlauk dan nasi dagang dah habis. Sempat la grab satu untuk si anak dara sorang ni. Suka betul makan masakan Kelantan ni. Boleh tahan la ramai jugak tapi jangan risau SOP tetap jaga. Jarak meja tu ada. Kalau kedai makan best, customer tu silih berganti. Satu meja dah bangun, selang berapa minit dah ada orang yang duduk gitu.

Menu femus kat Ayang Cafe

Nisa pilih menu Roti Ayang (ala Roti titab tapi kaler pink). Rare kn kaler pink tu.Try la dulu baru taw sedap ke tak. Harga RM5 satu tu. Haaa... tak lupa, roti titab yang biasa pun Nisa makan taw. Yelah baru taw beza Roti Ayang dengan yang biasa. Dua-dua sedap dan kenyangggg... Lepas makan ni, cerita dia lunch lewat sikit sebab kenyang. Yang pasti berbaloi dan puas hati gituuu..

Korang pun ada JJCM jugak ke? Jom la share jugak. Boleh Nisa tengok jugak. Mana tahu lepas reda dah covid19 boleh pergi sana pulak. Apa-apa pun stay safe taw. Standby handsanitizer dengan korang, jangan lupa pelitup muka.





Monday, July 22, 2019

SENANGNYA NAK KE AIRPORT



 
Kat Kuala Lumpur ni segala-galanya ada darilah tempat shopping yang banyak choice, tempat makan yang best, hotel-hotel yang sesuai dengan semua jenis bajet, dan banyak lagi korang boleh buat kat KL. Untuk orang KL atau orang dari luar KL senang gak sebenarnya kalau nak naik flight sebab ada KLIA. Nak pergi ke KLIA pun dah senang kalau kita takde transport macam kereta sendiri kalau nak drive. Korang boleh naik KLIA express. And dekat Traveloka korang boleh terus book KLIA Express online sesenang yang mungkin. Simple kan?
KLIA Ekspres ialah perkhidmatan kereta api lapangan terbang yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengangkutan ini hanya memerlukan 30 minit untuk menghantar penumpang dari KLIA dan KLIA2 ke stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), atau sebaliknya. Lebih tepatnya, perjalanan dari KLIA ke KL Sentral mengambil masa 28 minit, manakala perjalanan dari KLIA2 ke KL Sentral mengambil masa 33 minit. Dengan ini, KLIA Ekspres menjadi perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, bahkan turut dikenali sebagai yang terpantas di Asia Tenggara. Fuhhh, hebatnya!! Proud to be Malaysian.
KLIA Ekspres beroperasi setiap hari dari jam 04:55 – 01:28, bergantung pada stesen perlepasan. Kereta api ini berlepas setiap 15 minit semasa waktu puncak dan setiap 20 minit semasa luar waktu puncak. Kini, pembelian tiket KLIA Ekpres dipermudah melalui tempahan dalam talian di Traveloka. Tempah tiket KLIA Ekspres secara dalam talian di Traveloka dan mudahkan perjalanan anda dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan proses yang mudah, pantas, dan selamat. Selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, KLIA Ekspres juga menawarkan kemudahan lain untuk memastikan keselesaan penumpang. Kereta api ini tersedia dengan ruang penyimpanan bagasi yang luas dan skrin digital yang memaparkan maklumat pelancong. Penumpang dapat menikmati sambungan WiFi 4G sepanjang perjalanan. Ini yang lagi seronok you guys!!
Dalam pelaksanaan perkhidmatan bersepadu, KLIA Ekspres menyediakan kemudahan daftar masuk untuk penerbangan di Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT) di dalam stesen KL Sentral. Kemudahan ini tersedia untuk penumpang yang menaiki pesawat Malaysian Airlines, Cathay Pacific, Cathay Dragon, dan Malindo Air. Sebelum tiba di lapangan terbang, penumpang KLIA Ekspres boleh menggunakan tiket kereta api untuk mendaftar masuk, serta mencetak tag bagasi dan pas masuk. Daftar masuk melalui kemudahan ini mestilah dibuat selewat-lewatnya 3 jam sebelum penerbangan antarabangsa, atau 2 jam sebelum penerbangan domestik. Dah siap awal, boleh lepas tu nak buat apa-apa - iyelah tak ada nanti rushing semacam kan?
last year Raya trip to Mecca/Madinah
Korang tau tak kat Traveloka punya apps selain nak book hotel atau flight korang boleh find kl sentral to klia ticket. Caranya korang pergi kat menu dan cari book KLIA transport. Dari situ korang boleh pilih destinasi korang dari mana, kemudian nak ke KLIA. Akan kluar harga dan korang boleh book. Lepas korang buat payment melalui debit card atau kredit card korang akak dapat voucher yang akan send ke email korang. Melalui voucher tu nanti korang boleh pakai untuk naik tren. Senang kan? Takyah naik teksi kalau teksi tak available and korang pun boleh elak jam and sampai cepat. Kalau korang nak naik ke KLIA2 pon boleh. Tapi voucher ni nanti korang tak boleh jual balik so make sure kalau korang beli tu nanti pakai la ye.
Zaman sekarang ni kita kena jimat masa yang banyak kalau nak travel. Selalunya Airline low cost check in dia sangat awal so korang kena sampai awal. KLIA express la jawapannya kalau korang nak sampai awal selain plan awal-awal. So nanti takdelah kes terlepas flight lepas ni. Korang kena plan siap-siap pukul berapa semua. Selalunya antara tren lebih kurang 15 minit ke 20 minit. So plan masa korang betul-betul so nanti kalau terlepas flight tak dapatlah korang nak pergi bercuti. Kan dah rugi banyak benda. Selain tu, kat Traveloka pun korang boleh book teksi. Whatever it is Traveloka adalah korang punya travel booking yang relevan and legit pada zaman skang ni.

Monday, December 18, 2017

Review Movie : Pokemon I Choose You!


Hi semua. Entry kali ni nak share movie Pokémon I Choose You! Well, ini unplanned request dari adik-adik. Kita layankan aje. Maira follow her grandparents, that can make her enjoy herself.

Back to the movie plan, jadinya MBO je ada tayangkan cerita ni. Kami pilih MBO Viva Home, Cheras dalam 35minit dari rumah. Dalam hall tu, mostly yang lahir 90-an. Surprisingly ramai la jugak pergi tengok. Mengimbau bila layan cerita ni.

Rating? 4.5 out of 5. Kenapa? Ada sikit-sikit lari dari yang seriesnya. But it's okay. Apa yang lari? Aipp, tengok sendiri. Pastu cakap...ohhh ni kot. Pada yang tak pernah tengok seriesnya..tak akan effect pape, for sure. Boleh layan sehabisnya.

Akhirnya hasrat nak layan movie, tercapai...at least untuk tahun ni. Rezeki adik-adik kita tumpang. Ada yang dah tengok ke? Haritu check minggu ni last tayangannya. Not sure lepas ni, akan continuous tayang kan..

Korang tak expect entry ni nak bagi spoiler? Hahaha sorry to disappoint. But that is not me. Kena tengok sendiri dan nilai sendiri. Rate ini hanyalah pendapat individu saya sendiri.

Sunday, October 08, 2017

Makan @ Campur Campur Kitchen DPULZE Cyberjaya


Salam semua. Post kali ni Nisa nak ceritakan salah satu kedai makan yang kami sekeluarga makan di DPulze Shopping Centre. Pada asalnya, kami hanya redah sahaja. Iyelah first time jejak ke situ walaupun tak jauh mana pun dari rumah kami. Lunch kali ni dipilih gara-gara Maira nampak ada board tulis "Free Salad" bukan sebab dia makan salad tu, tapi dalam gambar tu ada timun. Favorite Maira tu. Jadi terus kami cari tempat duduk dan pilih menu untuk order.

Bila bab order, huihhh jadi rambang mata la korang. Banyak sangat. Jadi dalam 5 minit jugak nak bincang makan apa.

Pada pandangan Nisa, makanan sedap sangat...mungkin korang rasa ye ke sedap... tapi serious sedap. Butter chicken not too sour or spicy. Ayam dah tersedia banyak, nasi pun banyak jugak. Serious kenyang. Hahaha okay banyak na serious.. Masa tengok tu, baca balik betul ke harga ni..? Selalunya harga RM20 lebih...untuk kedai makan kat shopping mall.

Ohh minuman pulak beli 1 aje. Sebab BESAR, itu pun dah kongsi tak habis jugak. Harga pun not bad, sesuai dengan saiznya. Ingat tak tadi, ada mention Free Salad kan.. Itu pun mesti la kami grab jugak. Dah la free tak ada limit berapa kali boleh isi.

Nak rate kan kedai ni? Bagi 4 out of 5.

Ayam Bakar Rice (makanan pilihan husband)
Harga : RM14.06

Butter Chicken Rice (makanan pilihan saya)
Harga : RM15.00


Sirap Limau
Harga : RM5.57
P/s : Post ini berdasarkan pengalaman saya. Jika peristiwa buat anda berbeza, mohon tidak dikecam ea. Terima kasih.

Friday, September 22, 2017

Holiday Trip @ Residence Inn, Cherating


Hi semua. Akhirnya berkesempatan nak menulis kat blog. 
Trip 3 Hari 2 Malam sememangnya seronok buat kami. 
Plan nak ke Cherating, jadi mula pencarian hotel. 
Dengan bantuan review dan ranking di Tripadvisor,
Alhamdulillah dapat cari 1 bilik - King Bed guna Agoda.com. 
Reasonable price sekali include breakfast. 

First impression bila masuk je kat kawasan parking. 
Ohh biasa-biasa je ni. Lobi hotel tak berapa luas tapi okay la. 
Dah dapat nombor bilik, masuk je...apa lagi tergamam la jugak. 
Cantik...jap ni ha ada gambar.

King bed size

Ada TV. Channel Astro, selected channel je ada. Okay la kan, dari tak ada.

Bagi kami yang 3 beranak, cukup selesa dan just nice. 
Lagi pun masa kami, banyak spend dia luar dan swimming pool. 
Haah ada swimming pool. Sorry tak ada gambar kat sana. 
Tak bawak phone, spend family time together. 

So, recommended tak Resience Inn?
Semestinya.. cuma bagi beberapa masa sedikit,
sekarang pembaharuan dan pembaikan mereka sedang buat.


Monday, January 09, 2017

Review My Turkish House


Hai semua. Macam biasa untuk spontaneous plan makan-makan dengan kawan. Kali ni kami pergi My Turkish House, tahu pun dari facebook Rizal Hakimm.

entah kenapa kat sini tak mau rotate
Jadi base on alamat tu, waze terus ke Medan Selera Pandan Jaya pada yang tak familiar dengan tempat ni. Kedai ni berdekatan dengan Maybank. Ingat nama kedai taw, nanti tercari-cari pulak korang.

Okay semalam Nisa order Grill Chicken Cheese. Kita yang yan order yang lain terliur beb. Jap ea, nak bagi gambar ni...

tadi edit dah rotate, upload sini jadi gini
 so boleh dikatakan makanan sedap and puas hati dengan price. Suka dengan service, lepas dah settle semua dapat makanan ada yang akan tanya, "semua okay kan?"
kiranya yang pastikan semua dah dapat.

Paling orang nak makan kat sini, Pizza Sampan. Alamak time tu tak sempat nak snap gambar, ramai yang bedal siap-siap. Tak pe korang cari ke, kat instagram kedai ni ada yang upload. Gambar customer yang datang pun nanti ada featuring dalam instagram diaorang. Masa datang, diaorang mintak bergambar tu...sporting sikit..bukan selalu kita famous..orang mintak nak bergambar.

Rate dari Nisa 4 out of 5. Ohhh by the way ada menu goreng-goreng jugak plus dengan western.. Tak macam goreng-goreng yang lain.

Monday, December 26, 2016

Top 3 Google Search untuk Shellout Kampung Baru


Assalamualaikum semua.. fuhhh banyak entry kali ni bercurah-curah. Terima kasih sebab keep on reading it. Tengah-tengah tengok stats blog, nak tengok apa keyword orang search sampai boleh terjumpa blog..so latest one sebabkan Shell Out @ Stadium Kg Baru. Boleh pergi terus pada link atas atau tulis keyword macam dalam gambar tu ea.

Okay lah baru-baru ni pun Nisa pergi lagi sebenarnya. Belanje lagilah gambar makan shell out tu ea.. Siapa yang belum try pergi pakat-pakat try. Bawak kawan-kawan aritu pun diaorang tak sangka ada tempat best plus sedap and harga reasonable untuk tengah KL tu.

Monday, November 21, 2016

Ber-Shell Out @ Stadium Kg Baru


Salam semua. Sekarang shell-out ni dah trend, jadi Nisa tak terkecuali nak cuba sendiri. Itu pun lepas dengar bapak Nisa cerita sedapnya dia pergi shell-out. Aishhh Nisa ni pantang sikit bab-bab makan ni, mesti nak try.

flavor Curry Thai
Sebabkan bapak Nisa dah try kali ketiga dengan Nisa ni, so dia dah try semua flavor. Semua sekali ada 3 flavor - Curry Thai, Thai Spicy & Butter.
Kenapa bapak sampai 3 kali? Panjang cerita dia, tapi long-story-short 2 minggu ni dia sibuk menanda kertas SPM kat area KL (tempat meeting), entertain orang & kawan dia semua kat sini. And owner Stadium Kg Baru, kawan kepada bapak. Tu lagi la dia datang sini. Katanya jumpa kawan sekolah.

So back to the story, memang recommended. Price murah sangat, sedap kuahnya plus isi banyak. Ada bagi buah jugak tu. Tu portion 3 ke 4 orang makan.
Nasihat Nisa nak datang sini, better datang lewat petang pukul 6 lebih kalau tak nak sesak. Lepas maghrib je, full house tempat ni. Kat Stadium Kg Baru ni ada Yong Tau Fu, western, ayam goreng. Kalau nak makan berat-berat atau ringan pun semua ada.

Memang Nisa suggest korang cuba sendiri, dan Nisa akan pergi lagi kat situ. Insya-Allah.

Hasil nukilan blogger yang suka spontan buat jalan-jalan cari makan.

Monday, August 29, 2016

Reward Pergi ke IKEA


Alhamdulillah setelah penat berhempas pulas seminggu ni dengan non-stop order arissalicious cake & Yerba Mate, gunakan hari Sabtu sebaiknya bawa CEO arissalicious cake pergi reward kan diri.
Walaupun dah banyak kali pergi tapi tak pernah jemu. Ada rasa macam dah expert tempat tu. Boleh tahu apa yang ada & takde.
Seperti yang dijangka, Maira memang behave bila datang IKEA ni. Entah la, dah macam 'rumah' dia agaknya. Tak meragam. Senang nak bawak. Favorite ibu Maira kalau pergi IKEA antara dapur, living room dan bilik tidur.

Rambang mata dibuatnya. Buat goal setting nak furnish rumah macam mana. Impian keluarga kami sememangnya ada rumah landed sendiri. Ada tempat nak gardening, tempat Maira nak main.
InsyaAllah dipermudahkan. Jangan berhenti meminta dari Allah, tu pegangan saya. Bila dah capai impian kami ini, akan ku throwback post ini. Itu sudah pasti.
Habis semua kami nak try kat siru. Sofa, meja makan, kerusi...korang pun sama kan?? Hehehe tak nak ngaku la tu...
test katil nanti boleh mintak kat ibu

selfie sikit lepas try sofa ni

Next goal setting : Buat home-office sendiri. 


Sejak dah jadi full time housewife and businesswoman ni, kena ada nak feeling2 kerja sendiri. Buat masa ni, saya la manage semua benda dari operation, SOP, Marketing dan macam-macam lagi. Seronok bila buat. Satu kepuasan sebab serba boleh gitu. Nanti kita citer lebih na... harap ada la masa nanti nak curi-curi update blog.

Okay la, nak out dulu. Banyak benda nak citer ni dan banyak benda nak buat. Tak cukup 24 jam niehhh... See you guys later.

Daripada empunya blog,
Anisa

Sunday, July 13, 2014

Post Bergambar di Laman Seni Seksyen 7

Hey semua. Salam ramadhan dari saya. Kali ini saya nak share gambar saya posing ala-ala model (ewahhh model sangat curlasss mak jemah) di... Laman Seni Seksyen 7. Lebih banyak daripada Laman Seni Sekyen 2 dan lebih menyeronokkan.
Laman Seni Seksyen 7 ini berdekatan kawasan butik online shopping dan landmark yang famous - Wisma Jakel, Shah Alam. Asalnya shopping raya. Teman-teman saya yang lebih shopping sebab saya shopping kat SincerelyByUs (SBU) di Padang Jawa.
Saya bagi gambar yang saya share kat laman sosial saya yea..Pada pendapat saya, kalau dah sampai Laman Seni Seksyen 7, singgah sini dan bergambar puas-puas. Saya dan kawan-kawan saya bergambar sampai nak sejam jugak la..hehehe..okay la..
 
 
#LamanSeni #lorongbelakang
With love,
Anisa Anuar

Wednesday, June 04, 2014

#55 Wordless Wednesday : Chopstick

I bought this at Bugis Street, Singapore. Just 1 dollar Singapore.. I hope I can master using it..

No more ashamed to use it.

Saturday, May 24, 2014

Post Bergambar di Laman Seni, Seksyen 2 Shah Alam


Akhirnya impian tercapai untuk bergambar kat Laman Seni, Seksyen 2, Shah Alam. Mulanya hanya mampu tengok kawan-kawan post gambar lukisan-lukisan dinding tu. Terus menjadikan tempat ini sebagai senarai pendek untuk dilawati.

Walaupun panas terik namun tu tak mematahkan semangat untuk bergambar pada hari itu. Mungkin ada kata tak siuman tengah hari dan panas terik mahu bergambar tapi tak dihiraukan semua tu.

Lukisan yang berbentuk abstrak dan mural ini ala-ala lukisan yan terkenal di penang dan sebenarnya ini adalah hasil pelajar UiTM Shah Alam jurusan Art & Design.

Harap tempat ni akan terjaga dan mungkin lagi banyak lukisan seperti ini??
Kepada yang belum pergi, apa lagi pergi sana kat Seksyen 2, Shah Alam, area KFC dan Medan selera Seksyen 2.

Ohhh lagi satu, jangan segan bergambar nanti sendiri yang rugi...dan jangan over sangat sebab mungkin ada perhati.

Ikhlas dari empunye blog, Anisa Anuar.


kerusi dan meja sekolan dalam bentuk 3D
lukisan mural yang ada 'deep' message yang tersendiri
sebenarnya masih ada lagi...tapi cukup yang ini sahaja yea..

Saturday, May 17, 2014

Post bergambar : Kenduri Azman & Aimi


Hai semua.. Hari ni pergi kenduri senior UiTM merangkap orang kampung. Hari ni jugak baru berkesempatan untuk ke rumah dia. Sampai je tak ada coverage phone, dalam hati "haaa...dia pernah cakap tak ada coverage..."

Selamat Pengantin Baru Man.. Thanks masa tolong aku time belajar dulu..selalu jadi doktor laptop aku. Ajak aku main basketball wakil fakulti untuk 3 tahun. Sampai sape jadi kawan aku terus jadi kenalan kau. Jadi suami yang soleh, semoga bahagia sampai ke akhir hayat.

Tadi nak tangkap gambar dengan kau..tapi tak kesampaian..

Haha jangan nak terharu pulak aku buat post ni untuk kau yea Man.. Anggap je ni hadiah aku buat kau...


berarak masuk
bersanding

Friday, May 16, 2014

Blogging dalam KTM

Hey semua...sekarang saya on the way balik ke kampung. Esok ada wedding kawan..dah sekampung tak pergi apa pulak kan..

Banyak bawak barang ni. Baju yang tak guna sangat, nak bawak balik hehehe..ohh, hadiah tak beli lagi ni haiyaaaa..nasib la..

Naik KTM dengan bertemankan sumbat earphone dengar lagu Korea...sambil baca buku...hamik kau multitasking..ecehhh..okay jangan rindu-rinduan yea.. Terima kasih yang datang singgah blog yang tak seberapa ni..


Salam sayang dari tuan blog,
Anisa Anuar

Monday, May 12, 2014

Table topic from Ben's Restaurant


I was amazed with this table topic when I arrived at Ben's, Pavilion. I mean we always wonder what topic we want to have as our conversation. I believe this will make bond between family and friends much stronger.
And....trust me our moment together will be precious while wait the food to be serve..

Put aside all those gadgets and do the real conversation with real people, okay guys? You gonna love the idea. Besides, we can see the facial expression and laugh as loud as we can..that's what I loved most.

Ohh...not to forget, they also provide simple recipes to try it out...

I am so in love with the idea.. Brilliant idea!!

Saturday, April 12, 2014

Cerita Minggu Lepas : Jalan-jalan @ Zoo Negara


Hai semua... Selamat berhujung minggu. Post kali ni cerita weekend yang lepas tanpa plan..main tangkap muat je. Sebelum pergi, kami buat survey pasal Zoo Negara. Print screen la kerjanya nak tahu info, macam tak biasa pulak korang..





Kami berempat pergi ke Zoo Negara dalam waktu tengah hari. Walaupun hujan, tu tak mematahkan kami semua nak berjalan disana. Tiket harga RM30 untuk seorang bagi dewasa. Bila pergi ke kaunter, dah diberitahu ada beberapa haiwan dalam proses pemindahan. Gara-gara Zoo Negara dalam proses pemulihan dan naik taraf. Kami tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Beruang, Kuda Belang...

Boleh dikatakan kami pergi ke setiap pelosok kawasan di Zoo Negara.
Paling suka dengar singa mengaum...bunyinya macam kat hutan rimba betul dah..sounds childish huh?? but...it's true.. Let just say I learn a lot from this trip and I was enjoyed with my lovely buddies.

I want to share some of my pictures with my buddies.


Bukti yang kami masuk sana..nak tangkap gambar main enterance tak boleh sebab dalam construction. ada lagi la gambar..kejap yea..

Comel kan monyet tu...sempat tangkap gambar sebelum monyet tu teruskan aktiviti gayut

sekeluarga monyet..

nampak tak yang tonggang terbalik...kawan Keluang Man..

dapat tengok Zoo Keeper bagi makan kat burung ni..

nguap besar harimau putih ni..

tak berapa aktif sangat harimau hari tu..duduk aje kejenye

posing Puma ni..ha..ni la kasut korang pakai tu..Puma ni..

tah apa la penguin ni pandangkan..ada gaya bergosip pun dah ada dah

kalau boleh tahan nafas sama macam penguin ni...best jugak

Masa tu tah kenapa nak sangat cari Buaya..susah jugak nak cari..asyik salah jalan, pusing jalan yang sama. Mungkin kitaorang tak pandai baca peta..gitu la rupanya..last-last tanya Zoo Keeper untuk direction. Sampai Zoo Keeper tu cakap, "ehh bukan korang dari pukul 2 petang tadi ke.."

gelak aje la...sampai Zoo Keeper pun perasan kehadiran kitaorang..lama jugak kami disana sebenarnya..sampai la 5 jam..

Dengar khabar, nanti ada Panda...tunggu la Panda tu datang..mesti lagi best time tu.

Best jugak beriadah dengan kawan-kawan..ohh when you are plan for it...just go for it...and enjoy every second of it.. Actually, this is one of my bucket list.. I want to go to the zoo with my friends. Consider this as done.. I can't wait for other of my bucket list to complete. That's all from me.. Weekend kali ni lebih pada rehat aje..hehehe~~

With love,
Anisa Anuar

Saturday, March 29, 2014

Post Bergambar : All about me

Okay tah kenapa asyik tak boleh nak publish...kalau post ni dapat publish syukur sangat..kalau tak nasib la. Tajuk pun dah tertulis kat situ post bergambar..
Gambar 1: selfie dengan cermin mata besar dan topi beach. Dua-dua item ni kawan punya. Bosan tunggu bot kat pulau tioman..macam ni la jadinya.
Gambar 2: photo shoot dengan family kat Borneo Highlands Resort. Ni kat golf site. Tak pandai pun main golf tapi hahahaha pedulik..
Sikit-sikit la dulu saya update. Bercuti aje dua minggu ni...walaupun ada yang tak plan dan plan,semuanya best. Terima kasih kepada semua.

Sunday, March 16, 2014

Blogging @ Pulau Tioman

Hey semua.. ni curi-curi blogging kat Tioman. Jap lagi dah nak perjalanan pulang. Datang kat sini hari jumaat sampai la hari ni,Ahad. Pergi dengan kawan-kawan sama berpersatuan. Walaupun last minute decision,thanks to my parents sbb bagi permission..dapat la have fun sini..
Stay kat Sun Beach Resort..pada pendapat personal saya, tempat ni best..snorkling pun puas hati sampai merah la muka ni. Keadaan bilik pun okay. Saya dapat blog pun sebab ada wifi...sedih u-mobile tak de coverage...tapi semalam kat atas air sempat je nak tweet..huihh amaze la kejap time tu..
Okay la..nanti saya update kn gambar ea..phone dah penuh dengan gambar je..nak tapis dulu gambar mana nak letak kat blog. Sampai sini je..bye korang~~


Nukilan ringkas dari Tioman,
ANISA ANUAR

Sunday, January 26, 2014

Cerita Lama | Bukit Saga


Hey semua.. Cerita ni dah agak lama tapi tak sampai lagi seminggu. Plan ad hoc (secara spontan) nak daki Bukit Saga. Kami semua berkumpul dalam pukul 10 pagi. Kawan membawa kenalan kepada kenalan jadi banyak kawan baru masa pergi Bukit Saga. Starting point di Taman Bukit Saga dan mula pendakian kami.
Pendakian pada mulanya agak okay, tetapi semasa di bahagian curam saya mula rasa loya dan nak muntah. Jadi saya mengambil keputusan untuk teruskan pendakian untuk buat diri ni dengan sendirinya muntah..Pelik kan.. Akhirnya, sampai di satu perhentian melakukan hajat dan rasa diri lega.

Dah sampai di air terjun, kami semua sangat excited dan terus nak amik gambar di situ. Lama jugak kami di sana, makan lunch dan yang paling kelakar bila ada yang bagi cadangan nak buat Ice Breaking. Walaupun sound silly tapi berjaya menambah kawan-kawan baru.

Picture from Aja





Sepanjang pendakian tu, saya rasa impress dengan aunty and uncle chinese yang sangat rileks daki Bukit Saga tu. Macam dah selalu pergi sana. Saya yang muda ni pun cepat rasa mengah, segan pulak time tu yang muda rasa tak larat.

Lepas ni ingat nak pergi Bukit Tabur..tapi hari tu ada berita ada yang meninggal dunia masa hari kami pergi Bukit Saga. Best jugak pergi aktiviti outdoor ni..

Post with picture | Me & LINE character

Hey everyone.. It's me again for today's update. 
For this time around is going to be just picture with this 
bunch cutie LINE character at Pavillion,KL.
Credit for the pictures to my friends (not sure which phone is it from hhehee~~)
My apologize if pictures of mine look silly to you. 
I love being silly some of the time. 

okay..I look chubby in here..

act cute huh??

From the blog's owner,
Anisa Anuar
xoxo

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post