Salam semua. Post kali ni Nisa nak ceritakan salah satu kedai makan yang kami sekeluarga makan di DPulze Shopping Centre. Pada asalnya, kami hanya redah sahaja. Iyelah first time jejak ke situ walaupun tak jauh mana pun dari rumah kami. Lunch kali ni dipilih gara-gara Maira nampak ada board tulis "Free Salad" bukan sebab dia makan salad tu, tapi dalam gambar tu ada timun. Favorite Maira tu. Jadi terus kami cari tempat duduk dan pilih menu untuk order.
Bila bab order, huihhh jadi rambang mata la korang. Banyak sangat. Jadi dalam 5 minit jugak nak bincang makan apa.
Pada pandangan Nisa, makanan sedap sangat...mungkin korang rasa ye ke sedap... tapi serious sedap. Butter chicken not too sour or spicy. Ayam dah tersedia banyak, nasi pun banyak jugak. Serious kenyang. Hahaha okay banyak na serious.. Masa tengok tu, baca balik betul ke harga ni..? Selalunya harga RM20 lebih...untuk kedai makan kat shopping mall.
Ohh minuman pulak beli 1 aje. Sebab BESAR, itu pun dah kongsi tak habis jugak. Harga pun not bad, sesuai dengan saiznya. Ingat tak tadi, ada mention Free Salad kan.. Itu pun mesti la kami grab jugak. Dah la free tak ada limit berapa kali boleh isi.
Nak rate kan kedai ni? Bagi 4 out of 5.
Ayam Bakar Rice (makanan pilihan husband) Harga : RM14.06 |
Butter Chicken Rice (makanan pilihan saya) Harga : RM15.00 |
Sirap Limau Harga : RM5.57 |
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more