Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Monday, November 13, 2017

Jom baca buku


Hi semua. Sejak kebelakangan ni, Nisa dah berjaya habiskan baca buku. Alhamdulillah, tapi itulah nak upgrade lagi dan best kalau ramai lagi kita boleh exchange buku. Nisa pun exchange buku dengan office mate, "Dah habis baca dah...nahh baca lah..."

Kalau benda baik, buat ramai-ramai lagi best. Takyah jauh, antara kenalan rapat pun takpe. Ataupun kalau u olls takde siapa nak exchange, jom kita buat kita-kita je..antara sedara-mara, antara officemate, antara kawan belajar...hahaha namakan la sendiri, jenuh nak list kan nanti.

Ni juga salah satu cara nak support minimalist. Apa tu? Pendek cerita, "less is more". InsyaAllah Nisa akan buat full list, buku yang Nisa nak let go atau nak exchange. Ohhh sebelum tu nak explain. Kalau let go tu maknanya akan bertukar owner, jadinya bukan Nisa lagi ownernya. Dari buku tu, terperap dalam almari dan terbiar je, ada baiknya Nisa bagi orang lain yang boleh baca.
Exchange tu Nisa masih lagi owner buku tu. Sayang la kiranya buku ni. Depends jugak nak bagi ni.
Satu lagi term, Swap buku. Nisa ada buku nak let go dan u olls ada buku yang Nisa nak. So, swap la best solutionnya. Swap ni juga perlu ada kata sepakat dari dua-dua belah. Seperti mana nisa swap buku Mat lutfi tempoh hari. Nanti boleh baca sini..

Poyo je nak buat semua ni? Hahaha tak rugi mana la. jimat duit, ilmu pun dapat, kawan baru pun dapat...silap hari bulan, jodoh pun dapat... opppsss hahaha over nau.. Nisa dah kahwin, yang ni Nisa excluded ya..

Ajak je sesiapa yang nak.. tiada paksaan. Boleh email buku yang u olls ada kat anisaanuar@gmail.com ataupun terus komen di ruangan post ni.

Booklover and support minimalist,
Anisa Anuar.

Antara buku yang Nisa nak let-go



Monday, June 06, 2016

Hadirkan diri 1 Belia 1 Property


Hai semua..Assalamualaikum. Cerita ni way back masa sebelum bersalin. Dah lama save the date untuk event ni dan alhamdulillah ada rezeki nak hadirkan diri bersama suami tersayang. Kenapa pergi? Simple. Sebab saya dan suami ada letakkan goal setting untuk memiliki rumah. Sekarang  memang dah ada...tapi kami berimpikan untuk ada landed house. Masing-masing tak ada ilmu lagi berkaitan hartanah dan kami pilih 1 Belia 1 Property as our first step.


Belajar jenis rumah yang boleh dibeli. Apa boleh dan tak boleh buat masa nak beli rumah. Mesti lah best. Nanti InsyaAllah buat post khas untuk sharing ilmu. InsyaAllah hasrat nak beli rumah tercapai.

Dengarnya nanti ada 1Belia1Property 2.0... Nanti kalau nak join sama, boleh contact ea.. 

Salam sayang dari penulis,
Anisa ♡♡♡

Saturday, July 20, 2013

Kini sudah bekerja



Hey semua... Ingat tak hari tu ada citer pasal Interview ... syukur alhamdulillah, lepas je interview terus dipanggil untuk berkerja.. Mula berkerja minggu ni hari isnin yang lalu, 15 Julai 2013.
Kerja kat mana?? Company Tokio Marine. aah berkaitan insurans..maybe ada yang familiar..

Belum permanent lagi la.. ada percubaan dalam 6 bulan, baru la nanti tukar status permanent pulak..Boleh dikatakan kerja ni dapat memang berkaitan dengan course masa belajar kat UiTM dulu..

Sebelum kerja kat sini, sebulan saya kerja kat kedai topup area rumah je.. Best la kerja situ. Pada pandangan saya, tak kisah dari mana kita nak bermula tapi kita yang kena mula bertindak. Dah dapat peluang, jangan lepaskan..

Sebenarnya nak jugak share berita baik ni kat facebook. Tapi bagi mengelak ada yang beranggapan saya show-off dan memahami kawan-kawan yang belum ada rezeki dapat kerja, saya batalkan saja niat tu. Hanya kongsikan berita gembira kepada kawan yang rapat.

Saya dah berada peringkat seterusnya selepas digelar graduan UiTM. I need to catch up with the environment,yang saya pasti bukan perkara mudah dan banyak kena lalui..
Kepada yang masih mencari kerja atau baru je macam saya ni, saya belajar sesuatu...kita tak boleh nak memilih sangat nak berkerja. Saya berharap dapat menyumbang sesuatu walaupun tak pasti mampu menyumbang pada masyarat tapi cukup la dapat menyumbang pada diri sendiri dan keluarga.

p/s : kagum dengan orang-orang KL yang gagah menempuh trafik hari-hari...sungguh ni..

Saturday, June 22, 2013

INTERVIEW


Hey semua...Apa khabar? Sihat? Saya? Sihat je...dan tengah struggle untuk mencari kerjaya..
ecehh..bukan apa...sementara menunggu tawaran kerja dan lebih lagi panggilan untuk interview...saya sekarang berkerja kat kedai area rumah je.. well...we have to start from somewhere kan?
saya fikir yang saya perlu lebih lihat dunia luar...memandangkan hampir 6 bulan duduk di rumah dan menyebabkan diri ni mental breakdown.. okay..nak terus cerita pasal interview hari tu..

Interview kali ni saya buat lebih sikit homework dan syukur sangat apa soalan yang jangka interviewer tanya ternyata ada.. antara soalan common ditanya ialah :-

Tell me about yourself, What are your strength and weakness, Why should we hire you, What do you know about your position

cuma ada jugak yang unexpected punya soalan, "why do you put that amount of expected salary?"
nasib baik otak masa tu bergeliga dengan baik dan dicampurkan dengan Oh My English.. tak tahu la apa jadi time tu, tawakal banyak-banyak.. Yang saya excited pasal interview ni sebab sikit sebanyak related dengan coursework yang saya belajar kat UiTM..dream job? lebih kurang..antara choices..

Mencari kerja ni la saya rasa....realiti memang menarik..describe menarik? hehehe....subjektif la tu..

study dengan gigih walaupun tengah jaga kedai

bapak datang bawak coklat kat kedai...pastu ada customer ngecek sikit la..


Thursday, November 29, 2012

Malaysia lawan Laos


Assalamualaikum semua...nak jugak update pasal game semalam..


tengok kat TV je la..tak pergi stadium tu..

Malaysia 4 Laos 1

masa first half dapat gol pertama dalam hati mula berdetik
"boleh menang hari ni...banyak gol.."
tiba-tiba....Loas bagi gol cantik pulak...tak pe..tunggu nanti time second half..

Bila masuk second half...rasa macam team Malaysia stress..
banyak aje foul nyer...memang time tu "korang..cool2.."
mampu doa dari rumah saje la..hehhe..

pastu...jerit "GOLLLLLL!!!!"
masuk goal yang kedua...mula saya teriak "nak lagi...kasi 3-1 Malaysia!!"
tak lama pastu 3-1...lagi la saya teriak "bagi 4-1"
dan....GOOOLLLL!!! lagi...
time tu saya rasa...masin betul ayat-ayat saya..
nak cakap kasi 5-1...tapi...tengok player semua macam dah penat..
dalam kata-kata saya, "tak pe la...cukup ni pun dah memadai"

Ini baru kata Hero Kalah dulu..
time ni je boleh aplikasi...pasni...susah nak dijangka..
apa-apa pun tahniah team Malaysia..
good team work, semangat yang tinggi...teruskan lagi..
pape pun game semalam memang good game...
sama ada dari Laos mahupun Malaysia

p/s: nampak saya terlebih semangat ke...ehehehe..

Tuesday, November 27, 2012

bila course degree amat membantu


Assalamualaikum semua...harap semua sihat..
korang tahu ke saya ni amik degree apa??
Saya amik Statistik dan sekarang semester akhir.

Apa yang membantu course saya ni..
mula-mula saya nak tunjuk ni..


haaa perasan tak research for others tu..
dah lama dah berkecimpung bagi consultant especially untuk student yang nak buat 
Final year Report (FYP) yang ada berkaitan dengan Statistik.
buat Descriptive Stats, ANOVA Table, t-test semua tu la..
bermula saya semester 3...dan semester lepas paling banyak dapat sambutan..
Saje nak tambah pengalaman...sebab saya bercita-cita nak buat research paper sendiri..
tu yang cari pengalaman dengan cara begini..

antara yang menjadi pelanggan khidmat saya:
budak Business, Textile, Sains Sukan...banyak la..dah lupa..
owh budak fakulti sendiri pun ada..
nak kata pro guna SPSS tu...tak la sangat tapi...memang tu dikira macam playground saya..
harap dapat lagi la permintaan tu semester ni, sebab report saya dah SIAP!!
woooohoooo!!! *melompat kegembiraan*

bila buat benda ni...baru saya rasa memang betul la pilihan saya nak ke arah 
course ni... yang saya mula bertekad dari zaman Matrikulasi..

Monday, November 12, 2012

Jangan Berhenti Untuk Mulakannya


Assalamualaikum kepada semua.. post kali ni hasil sharing knowledge seorang kakak di tempat saya tengah internship ni...minta kebenarannya untuk share jugak apa yang dikatakan..

suka dengan jawapan kakak tu,

"Tak pa diizinkan dan boleh je kongsi benda2 tu...kan antara 3 perkara yang ditinggalkan bila kita tak ada lagi nanti adalh ilmu yang dimanfaatkan...."

tanpa blog,kak S namanya memberi knowledge sharing kepada rakan-rakannya diselit dengan lagu yang kena dengan apa dibincangkannya...Song of the Week slotnya... #admire
"kenapa asyik kita??" itu mungkin akan bermain difikiran kita.. contohnya: kalau kita nak orang lain ubah sesuatu untuk kita, adalah lebih baik kalau kita mulakan dulu. Tabiat saya akan ringankan mulut untuk ucap terima kasih, saya pasti mungkin ada jugak akan berubah untuk berbuat demikian.

jangan pula kita berburuk sangka kalau seseorang itu memulakan dulu.. 
"alaaa....dia tu nak pujian agaknya..."

dan pesanan kak S juga, jangan takut untuk sentiasa memberi..kan memberi lebih mulia daripada yang menerima.. maka dengan ini...sempena Maal Hijrah yang bakal menyusul tiba, tanamkan semangat untuk memulakan sesuatu (yang baik) terlebih dahulu..


klik gambar untuk tahu saya ambil dimana..

"Jangan Berhenti Untuk Memulakannya"

Friday, November 09, 2012

Burn 200 Calories Gangnam Style!!


Hye guys.. How are you? not feeling well?

I have something to share with all of you..
(I saw this when I was stalked using NuffnangX)
since we here in Malaysia now always rain because of change monsun season,
so it is recommend to do some exercise

with Gangnam Style!!!

According to American Council on Exercise, the Gangnam-Style dancing really workout
can burn 150-200 calories per half hour that is same like 
you went for aerobic dance or 30 minutes basketball (which I always do during my studies)
single tennis or leisurely cycling.

the secret is the beat do really help a lot,
Watch the video once and you're bound to spring into action, 
imitating those invisible-horse-riding/backward-walking/hey-sexy-lady-lunging motions, 
every time you hear it. 


source Fit Like Us

Sunday, October 28, 2012

I'm back..


Assalamualaikum semua...hye jugak...yea awak tu.. sihat? Alhamdulillah saya okay aje.. Mana saya menghilang sejak dua menjak ni? Maklum la raya ni kan...blog harus direhatkan...rindu dah? Aiseh maaf la ek...
terima kasih kepada yang singgah blog ni...datang la jenguk-jenguk post yang suka ok...bak pepatah, tak kenal maka tak cinta...

gambar raya? tak ada la pulak... balik Perak.. masak rendang bergotong-royong dengan bapak..
bangga dengan diri sendiri...sebab saya ni...takut sikit nak memasak...takut nak mencuba sebenarnya...macam-macam pulak alasan saya ek... dah makin meningkat dewasa, kena la ke dapur kan...

So, I'm back for more blog-walking... mood : keletihan tapi seronok sebab balik kampung of course..

p/s: blog baru kena review dari miz ruha ----> SINI
terima kasih yea miz ruha sebab review kan Anisa's Corner ni... cakap omputih tu...boleh la..tapi still bapak kata grammar teruk2... *sedih-sedih*

Saturday, October 13, 2012

Happy Birthday to Ameer!!


Assalamualaikum kepada semua...dan hye jugak..
makin meriah orang berkunjung kat sini yea...selamat berkenalan semua...
jangan malu-malu nak tegur saya balik..
jangan risau saya ni tak makan orang...tapi makan burger, ais-krim..*telan air liur* lapar pulak tiba-tiba...hehehe...
okay2...cukup dengan mukadimah...

saya nak wish happy birthday kepada adik saya, Ameer

Ameer and my bapak

"good luck in what ever you do... 
kalau nak suruh akak call, gtaw je...insya-Allah akak call yea..
pasal akak lebih ingat umur Justin Bieber dari umur adik akak sendiri...
tu berlaku secara tak sedar..maaf kan kakak..

belajar elok2 kat UTP tu...terima kasih sebab selalu dengar 

apa je yang akak ceritakan...Ameer memang seorang pendengar yang baik..
rindu nak dengar bebelan akak kan...taw sangat...
nanti jumpa nanti boleh dengar bebelan akak sepuas2nya..
kalau ilham melukis tu datang, lukis je...
walaupun akak pernah la tegur sebab asyik terperap duduk dalam bilik mengalahkan anak dara..
one more thing..be yourself..jadi adik yang memang akak kenal..
be good, be safe...take care of yourself.."

SWEET 18!!

present claim kat bapak taw...kakak nye...nanti la..insya-Allah ada la tu..

Friday, October 05, 2012

Wake Up Text!!


Assalamualaikum...hye semua...
apa wake up text ni....selalu kan ada wake up call macam radio Fly.Fm pernah buat satu ketika dulu..
so..memandangkan malam tadi, saya guna Whatchuwant..
still dengan favourite package saya..

Talk and Text Pack

400 minit dan 400 sms selama 12jam
 (10 mlm (semalam) sampai 10 pagi (hari ni))
dengan hanya RM2
jadi saya hantar la message yang berbunyi begini

"ceriakan jumaat anda dengan senyuman...moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar
pesanan ikhlas ni dari cik nisa"

memandangkan kat contact list tak ramai...habis cousin, kawan matrik,uitm...
semua jadi mangsa...dan yang paling best...
macam-macam reaksi saya dapat...
apa la demamnya saya ni..hehehe...apa alasan saya..
"saje rindu...boleh kan..."
"saje...nak bagi baca message ni...suh sengeh sorang-sorang"

kalau korang yang jadi mangsa...ni la alasan saya...
korang pun nak?? bak bagi nombor tepon...tapi celcom je la..

ada tips utk package Talk and Text pack
pandai budget time...kan 12jam...andai kata korang subscribe pukul 7 malam sampai la 7 pagi..
so...ha...tu yang kena kasi adjust sikit...okay??

harap boleh menang.. baca INI

Monday, July 16, 2012

dah habis final exam


Semalam berakhir la sudah exam ku... dan berakhir jugak stage di mana nak kena tempuh exam...wooohoooooooooo (bertapa girang nya hati ku ini)

lepas ni, tengah tunggu update dari tempat praktikal.. 3 bulan praktikal, pastu buat report,presentation...dan graduate la diri ku ini....insya-Allah... tak sangka dah hampir 3 tahun ada kat zaman universiti ni...
lepas ni banyak lagi yang mendatang, harapnya diri ini dapat tempuh segalanya...

okay la nak gi siap-siap mengemas...sekarang ni betul-betul saat terakhir ku di kolej kediaman.. sayang pulak rasanya nak tinggalkan.. owh yea sebelum pergi, nak ucapkan terima kasih kat semua kawan-kawan kelas ku... terima kasih tak terhingga jugak pada yang selalu ajak diri ini sama-sama study...

aduhhhh...rindu dah kat korang...hihihihii...okay la chow dulu..
p/s: entry pendek lagi...

Saturday, July 07, 2012

update pantas :bila musim exam menjelma...



bila musim exam menjelma, tak sempat langsung nak jenguk blog, update blog, layan facebook...aduhaii...jadi ni curi-curi update entry...
tak lama lagi berakhirnya saya nak menghadap exam ni...insya-Allah dengan keizinan-Nya..
tinggal lagi 2 paper nak tempuh... tempat praktikal...masih lagi tunggu jawapan...


bila musim exam ni juga, ramai yang akan jiwa kacau...rasa kan tidur lebih seronok dari belajar, keluar bersiar-siar untuk release kan tension...apa-apa pun...just keep focus...


bila musim exam jugak, semua sibuk nak tahu carry mark yang boleh buat kita tak keruan...
nak jawapan past year dengan apa cara sekali pun...bila dapat sesuatu, ada juga yang tak nak berkongsi...sedihnya kalau ni berlaku...


macam-macam berlaku akan terjadi time exam.... take care of yourself...be prepared...that's all...

Tuesday, May 22, 2012

tinggal berapa minggu je lagi...


         As-salam dan hye2!! tinggal bebrapa minggu je lagi ni bukan la countdown nak cuti atau tarikh nak kahwin atau apa-apa yang menarik...TAPI..tinggal beberapa minggu je lagi dah nak FINAL EXAM..
dan merupakan semester yang terakhir untuk saya mantapkan pointer saya..

        tolak cuti seminggu yang bakal datang ni, tolak study week yang 4 hari tu.. tolak waktu tidur yang melampau.. aduii... memang time management guwa terjejas.. owh dan tidak la akan ku salah kan ber-blogging.. hal ini kerana saya tak banyak update entry sangat pun..

        jadi kepada yang senasib dengan saya...sama-sama la kita berusaha..menaikkan pointer..walaupun ada yang bunyi-bunyi malas+almost give up..sama-sama la motivate kan diri.. just hang in there..we almost done..
banyak-banyak buat latihan, jumpa lecturer, kalau nampak kawan yang dah down...ajak belajar sama.. rajin pergi library.. <in progress semua ni>

Monday, May 07, 2012

feel inspire..


hye everyone..
for this time, I feel so inspire every time I read all the posts from my schoolmates..


support school event...live to be inspired..

never bored to read about them...

Friday, May 04, 2012

menang anugerah!!


salam kepada semua...dan salam Jumaat juga..
hari ni nak post entry pasal kemenangan Persatuan saya (dah mantan)


anugerah program terbaik asia pasifik karpesky competition+anugerah persatuan mahasiswa terbaik

rasa sangat berbangga dengan kejayaan kami semua..

event yang menjadi taruhan ialah
 sangat bermakna bagi saya.. bersyukur kerana saya dapat merasainya..dengan rakan-rakan seperjuangan..
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..
cuti 4 bulan yang sesungguhnya banyak beri saya pengajaran..

rasa nak je cakap "LET'S DO THIS AGAIN!!"
 


Tuesday, March 27, 2012

lama mendiamkan diri...


salam kepada semua bloggers dan silent reader..
lama saya mendiamkan diri.. facebook pun tak update apa-apa, twitter pun tak bukak..
tak tahu la kenapa, kemalasan nak bersosial di laman sosial yang meninggi...hehe

boleh kata hampir la 2 minggu..
apa saya buat dalam 2 minggu ni?? study pun boleh la.. tak ada pun final year project (FYP)
atau event-event fakulti kena terlibat..
apa yang buzy sangat?? 

tak ada apa-apa pun...cuma rasa perlu stay hidden for awhile.. #poyo
sebab dah terlalu 'melekat' dengan blog,fb, twitter..

so, ni dah ada semangat yang ada nak tolong member nya FYP dan nak berblog..
hope consistent la lepas ni...hehehe
ni keje menangguh ni.. due date dah nak dekat ni...nak explain lagi kat kawan ni...
hehhee...jadi YOOOSSHHH!!!!
semangat ni...

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post