Hey semua... Ingat tak hari tu ada citer pasal Interview ... syukur alhamdulillah, lepas je interview terus dipanggil untuk berkerja.. Mula berkerja minggu ni hari isnin yang lalu, 15 Julai 2013.
Kerja kat mana?? Company Tokio Marine. aah berkaitan insurans..maybe ada yang familiar..
Belum permanent lagi la.. ada percubaan dalam 6 bulan, baru la nanti tukar status permanent pulak..Boleh dikatakan kerja ni dapat memang berkaitan dengan course masa belajar kat UiTM dulu..
Sebelum kerja kat sini, sebulan saya kerja kat kedai topup area rumah je.. Best la kerja situ. Pada pandangan saya, tak kisah dari mana kita nak bermula tapi kita yang kena mula bertindak. Dah dapat peluang, jangan lepaskan..
Sebenarnya nak jugak share berita baik ni kat facebook. Tapi bagi mengelak ada yang beranggapan saya show-off dan memahami kawan-kawan yang belum ada rezeki dapat kerja, saya batalkan saja niat tu. Hanya kongsikan berita gembira kepada kawan yang rapat.
Saya dah berada peringkat seterusnya selepas digelar graduan UiTM. I need to catch up with the environment,yang saya pasti bukan perkara mudah dan banyak kena lalui..
Kepada yang masih mencari kerja atau baru je macam saya ni, saya belajar sesuatu...kita tak boleh nak memilih sangat nak berkerja. Saya berharap dapat menyumbang sesuatu walaupun tak pasti mampu menyumbang pada masyarat tapi cukup la dapat menyumbang pada diri sendiri dan keluarga.
p/s : kagum dengan orang-orang KL yang gagah menempuh trafik hari-hari...sungguh ni..
tahniah anisa...nanti dapat first gaji jgn lupa belanja kitorg tau...hehe
ReplyDelete