Showing posts with label who I am. Show all posts
Showing posts with label who I am. Show all posts

Saturday, August 24, 2019

Misi bermula sekarang


Lately Nisa ada masak untuk family. Tak adalah terer mana pun tapi improve trial after trial.
Menu selalu masak Sup brokoli, Sup ayam..

Menu sup ayam ni, nak terima kasih kat member.. Khira namanya.
Ajar buat verbal aje. Dia buat style simple sangat.
Semoga ilmu diberi menjadi saham akhirat buatmu ea sahabat.

Haritu ada masak Ayam masak lemak cili api tapi kena improve sikit sebab buat haritu tak pedas sangat hahaha... bila next trial, tengok la bila ea.. 
This week ada try buat Daging Black Pepper, tapi kena repeat banyak kali ni.
Especially part nak potong daging. 

Ni nak masuk bulan September ni, tengok usha lagi menu apa nak belajar.
Walaupun boleh belajar dengan encik Google, Nisa lebih suka belajar dengan orang..
Keberkatan belajar ada disitu..

Idok la sampai nak masuk Masterchef tapi cukup la nak masakkan untuk family.
Boleh buat bekal lunch ke kan?


Monday, July 16, 2018

Soalan yang buat ku berfikir sejenak

Hi semua.. Semua baik-baik aje?
Alhamdulillah buat Nisa.
Siapa dah try IG Story untuk 'bagi ruang' untuk bertanya
dan kita akan respond..
 
Ternyata Nisa dah cuba dan buat diri sendiri terfikir.
 
Soalan seperti ini selalu je ditanya,
dan percayalah setiap kali ditanya ada kemungkinan jawapan berbeza.
Mungkin ditambah atau berubah sepenuhnya.
 
 
 
 
Jadi lagi 5 tahun, who am I?
 
Yang pasti, bebas hutang waktu ini.
Tambah hutang? Hope not. Mintak dijauhkan.
Tak fokus sangat pada kebendaan sebenarnya, lebih pada self-development.
and yes for long run, semestinya ada perubahan.
Mudah-mudahan ke arah yang lebih baik.
 
 

Wednesday, June 13, 2018

Mana Touch N Go


Hi semua. Ini kisah semalam, selepas selesai buat postage di Sunway dengan tangan penuh kiri kanan dengan barang. Nak dipegang nya handphone, wallet, kertas lagi. Dah masuk dalam BRT, tak perasan lagi ada sesuatu tertinggal.

Dah nak touch keluar,

"Ehh mana Touch N Go ni? Tadi bukan pegang ke...Alahaaiiii..." bebelan ku berterusan. Sambil punggah barang, mulut pun bebel. Sampai lupa penatnya puasa. Habis selongkar wallet, satu persatu keluarkan.

Nisa pun pergi jumpa polis bantuan, "Hurmm...sebenarnya macam ni..tadi saya dah touch masuk BRT kan, Touch N Go ada je dengan saya...tapi nak keluar entah mana perginya...Mungkin tertinggal kat stesen tadi.."

"Tadi naik platform berapa?"

"Platform?" Ternampak signboard berdekatan. "Platform 2." Tunggu beberapa minit untuk polis bantuan telefon orang dari stesen sebelumnya.

"Haah memang ada Touch N Go tertinggal kat sana. Jadi kena tunggu bas seterusnya datang."

"Ohh baiklah."

Long story short, Nisa tunggu 2 bas dan tak dapat lagi Touch N Go yang 'tertinggal' tadi. Muka dah kepenatan tetapi masih letak harapan.

"Jadi macam mana ea..saya kena tunggu lagi ke?"

"Touch N Go tu memang ada. Apa kata sekarang bukak kan je..tapi nanti datang balik amik Touch N Go kamu ni..Boleh?"

"Boleh ke? Okay...nanti petang saya datang.."

Lepas setel solat zuhur dan kerja hakiki, saya pun pergi untuk dapatkan kad Touch N Go.

"Alhamdulillah syukur padamu..."

Selepas apa yang berlaku, lebih menghargai untuk tidak menggelabah bila ditimpa masalah. Bila serabut, semua tak berjalan seperti yang kita nak. Tambah lagi masalah yang lain sebenarnya.

Wednesday, August 02, 2017

Dulu tak suka teh hijau...


Hi semua.. Tengah breakfast, tetiba dapat ilham nak bercerita - dulu Nisa tak berapa suka teh hijau. Setakat minum satu teguk kalau last option air yang ada. Sebab rasa kelat-kelat hijau gitu. Jadinya kalau minum mesti muka macam sikit buruk la hahaha...

gambar dari google image
Lebih kurang gitu la..hahha sudah jangan bayang lagi.. Kau dah kenapa Nisa buat muka gitu kan..Seperti yang kita tahu teh hijau banyak khasiatnya, itu yang cari alternatif teh yang sedia ada.
Jadi ada la yang suggest macam-macam tapi tak ada yang melekat kat hati. Aishhh kalah nak cari calon suami (waktu itulah...sekarang dah kahwin hehe)

Dengan izin Allah, dapat merasa teh hijau yang saya sendiri macam wahhh betul ke ni teh hijau...and yes, rasa dia totally opposite yang selalu saya rasa. Pernah bawak balik rumah, pastu kena marah dengan bapak.. "Nape tak bagitaw pasal green tea ni..."
Haaa...kau rasa...tak ada la marah pun, bapak mana nak marah hehehe... lepas tu siap cakap, "Nanti bawak balik lagi green tea ni.." surprisingly pernah bapak hantar text, "Bapak nak 10 kotak Yerba Mate, nak bagi kawan try.."

By the way, Yerba Mate nama teh hijau ni.. nanti ce try google pasal Yerba Mate. Tengok sape yang minum green tea ni... Saje nak bagi korang explore sikit bab Yerba Mate, pada yang dengar first time hehe..

Okay lah.. korang pun ada cerita yang tak suka sesuatu dan sekarang macam terjatuh cinta...meh kongsi kat sini..

Thursday, July 20, 2017

My life as private tutor


Hi guys!! Let's write something regarding how my life so far as private tutor. Well...I've been doing it since last year. The year that my life like a roller coaster and I must say, I do proud of what I did..
I realize that it is not very easy to be a teacher, (hey technically I am teacher right?) especially I need to make sure that they achieve something after my class end.

I also found out that be a tutor, I need to be creative like in a way how to attract my student attention. I remember there's one class that I have done like more than 3 ways just to make it very suitable for that student. I cannot make it like super-low or too high level for that kid, especially on first class. More lay-back style for first timer, as soon I know where and how to change style of teaching that suits the student and I am surely confident with outcome later.

The problem for student who is shy and less talk...well...that one I need to do more work and yes for hyperactive student...that one not just work will be more even my energy too. Need to like superman or hulk power hahaha..



If you ask me, should you go for private tutor? Yeah sure why not. Challenge yourself. At least teach them how to make them to have confident with themselves. Both of us (tutor & student) will get the benefit. As tutor - able to identify your strength, patient & time management. Along the way, it is not about making money but once we sign up to teach the student, it is the responsibility that need to be carried out as the best as that you can be. As for student - no need to be shy on make mistake, always ask and ask for help & see progress through out the classes.

That's all from me. Please ignore if I make mistake - grammar or tenses.

From, ANISA

Sunday, May 15, 2016

Hidupku tak sama seperti dulu lagi

Hai semua. Assalamualaikum. Hari ni dah 33  hari berpantang dan lahirnya puteri kesayanganku, Maira Arissa. Dan lagi beberapa hari cukup anniversary perkahwinan kami. Rezeki memang tak boleh jangka sejak berkahwin sampai sekarang.
Of course life changes, lebih-lebih lagi sekarang seorang ibu.
Bangun tengah malam, sudah menjadi kebiasaan sekarang ni. Anak nak kena tukar lampin, lapar nak kan susu. Betul orang cakap bila sendiri rasa baru tahu penat ibu bapa kita dulu.

Perbelanjaan dulu masa bujang dan berkeluarga lagi banyak bezanya. Alhamdulillah semua dah plan sejak mula bekerja di Kuala Lumpur. Bagi yang rasa selesa sangat dengan diri sekarang, saya nasihatkan buat sesuatu atau back up plan untuk hari mendatang. Kalau diri sendiri dah selesa, tengok sekeliling..keluarga kita.. Buat demi mereka. Buat terbaik untuk diri sendiri & keluarga.

Saya memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja nak dibuat. Charity, pergi hadirkan diri ke kelas untuk upgrade kan diri, jumpa orang & buat apa sahaja tapi harus ada aktiviti. Anda pula macam mana?

Friday, May 06, 2016

Perlu make-up

Teringat bila tengah meeting group untuk planning,

"Nisa lain la muka awak hari ni..."

"Ehhh yeke... Tapi tadi memang ada pakai CC Cream Ed Pinaud"

Terbaca artikel viral pasal suami ngadu isteri tak berseri lepas kahwin. Apa-apa pendapat tu takpe. Masa baru mula kahwin, ada berpesan

"Mentang-mentang dah kahwin, tak yah nak melawa ke.. Bukan kena bersolek untuk suami ke.. "

Tapi kita sebagai Wanita bukan nak kena melawa sebab lelaki je. Penampilan diri, keyakinanan diri.. Kadang-kadang tak perlu cakap banyak, penampilan yang outstanding pun cukup..

Lepas ni dah jadi team mak-mak kena lagi pandai jaga.. Takmo la dari jauh orang nampak "Mak Mak sangat la kau ni..."

InsyaAllah walaupun ber-make up, masih berlandaskan hukum syarak.

Saturday, September 05, 2015

Berjinak dalam dunia business


Hi semua.. Apa khabar? Hope semua sihat je. So tengok tajuk pasal berjinak dalam dunia business. Siapa?? Of course me!!

Well basically, tak suka business sebab tak ada bakat and memori dapat C+ subjek Marketing bertambah penguat tak nak involve business. Jadi kenapa business?

Simple. Nak duit lebih, jalan yang jelas dengan perniagaan. Lagipun 9 daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan. Business jugak la career Rasulullah, Siti Khadijah, Saidina Usman bin Affan.

Tapi pendapat peribadi saya, bila kita business di situ kita akan kenal siapa diri kita. Bila rejection adakah terus down atau akan lagi bangkit.. Banyak kenal pencipta kita, Allah s.w.t.

Bagi saya kepada golongan yang cuba down kan orang lain berniaga sama ada 1) dia golongan yang pernah tidak berjaya dan merosakkan orang lain yang ada semangat berniaga 2) tak reti pun nak berniaga tapi cakap power semua benda.

Nasihat saya sebelum nak berniaga mula sekali ada ILMU. Tak ada ilmu, tak usah nak berniaga. Jangan berlagak tahu semua benda. Orang yang sudah buat jualan bulanan jutaan ringgit pun masih mencari ilmu.

Lepas tu, kalau tak pandai buat produk.. Guna produk orang lain. Belajar macam mana packaging, cara pembuatan, khasiat, dan bahan digunakan. Cara yang sama Pengasas D'herbs, Alif Syukri gunakan. Follow page dia untuk tahu perjalanan dia dalam dunia business.

Nasihat yang lain, hati kena kental dan ada sikap cukup - cukup mahu. Walaupun hampir setahun dah ceburi, perubahan ketara saya sudah hati kering dengan alasan dan apa sahaja orang cakap kan. Sebab orang tak faham apa kita buat, memang akan cakap apa yang dia sahaja yang betul. Surrounding semua kena orang positif.. Mesti, mesti dan mesti..

Cukup la dulu, setakat ini.. Kalau ada umur panjang mungkin saya akan ceritakan journey saya. Itu pun kalau ada yang mahu membacanya.

Salam maju jaya dari penulis,

Anisa Nadhira Binti Anuar

Tuesday, July 15, 2014

Setahun sudah bekerja


Hey semua.. Hari ini dengan rasminya cukup setahun saya bekerja di Tokio Marine. First pekerjaan saya selepas bergelar graduan. Syukur sangat dapat bertahan kerja disini. Ehhh bukan tempat kerja tak best cuma ramai kawan saya mampu bertahan 4 hingga 6 bulan je.

Kerja dalam department Enterprise Risk Management & Actuarial. Walaupun the only Malay dalam department tapi saya seronok kerja sini. Banyak benda belajar dalam setahun ni. Dengan izin-Nya lagi setahun bekerja disini.

Salam penulisan,

Anisa Anuar

Friday, June 27, 2014

Confession of a booklover


Hey everyone. I have this new addiction I have been handling right now. I want to buy more books every time I am in a bookstore. Yes...this is so true. I am not lying.

Once I get in the bookstore I will buy 2 or more books at once. Then another problem will occur, "when i want to read all those books...". I know we can borrow from library or your friends...but for me buy with my own money, it feels....urghhh just cannot describe it with my own words.

My favorite bookstore will be kinokuniya as I can go there after my working hour. Trust me, I can be in that bookstore almost 2 hours. Insane or what.. After I realize my addiction, I have to put my own rules not to buy any books this month. I have to do this. Last 2 month, I bought 6 books and still need to read the one that I bought at Big Bad Wolf.

Who have the same scenario as I am.. And now, I already have must-book-list..

Truly a confession of a book lover,
Anisa Anuar

Tuesday, June 17, 2014

Full with books

Hey you guys.. It is so good to write back here. Just want to show you guys a few of my book collection and still growing from time to time. I don't care what other people going to call me "novel freak" or "book nerd" but that's how I make myself happy..

Of course I'm in tend to buy for more. Do you like my mini-library ?? Want to borrow some?

Book lover,Anisa Anuar

Sunday, June 15, 2014

Happy "Bapak's" Day to you


Thank you bapak for being such awesome dad for me. Of course you are my first lover. I remember when you don't allowed me to go out with guys except you. I cannot take public transport just you who can pick me up. You pay everything from food, clothes, education, medical.. Most of my secrets in your pocket and yours is with me.

And now I can pay your meal when we go out. I don't have to ask you pocket money as I can survive on my own.

Thank you for all the lessons you give to me. I love all the plan you have do for us one family. Please take care of your health and keep younger day by day.

This is all for you.

From your beloved daughter,
Anisa Anuar

- the first daughter of Anuar's -

Thursday, June 05, 2014

I am a book lover

Hey you guys.. I just want to clear about that I am book lover, addicted and everything about book. I am not fancy for horror or mystical genres.

Every month I will buy 2 to 3 books and now, I am struggling to finish it. Serve me right huh?? The thing that I love is when I completely ignore other people and my  surroundings just to be inside the book's world.

So how about you guys??

Should I stop buy any book and finish the one that I have...or just buy it..

Book lover,
Anisa Anuar

Sunday, February 23, 2014

Is there any promises should I need to fulfill?


Hey guys...and to those who read my blog.

So,what's up with my post anyway.. It is nothing personal, just what it's being in my mind lately.
For the story, actually I did fulfill one of my promise yesterday 
which is to take the January Birthday Boy to eat at Chillies. 
Then, I was wondering myself what other promises that I haven't fulfill it yet.

Frankly, I don't like to make promise.
It is like we have "debt" with someone...or we being "tied up" with those promises.
I know not promise is a bad promise. Good promises is that can change you into better person.

I just remember there is one promise that I do with my friend,
"if my result better than yours...you should treat me at least lunch.."
 That promise I made it...almost *count with fingers*
6 YEARS!!!! Ohhh goshhh..
Then, I have this one promise that I will NEVER and EVER fulfill it.
Why? Because that friend of mine was passed away 3 years ago.

So, how serious are you for those promises that you had made..
Is it like "verbal agreement" or "life-to-death agreement"?
One thing that I want to change is to think before make those promises.
Can I fulfill it without being "eaten" with those promises?
And I should write somewhere (usually I refer my Diary) what are the promises that I made that day..

This is what I've being thinking...Feel released to write here..

With lots of love from the writer,
ANISA ANUAR xoxo

Tuesday, December 31, 2013

Hobi Baru : Kumpul Tabung


Hey semua.. Ni nak cerita hobi baru saya.. Entah la sejak bila jadi macam ni...tapi memang suka sangat tabung.. to make it short, I just show pictures,okay?

hasil beli ICE watch *ignore the price and coins*

kat opis pun letak jugak
so, nak letak one of 2014 resolution : penuhkan tabung...jyeahhh!! lama nak penuhkan...jadi tak ada exact amount nak capai berapa hinggit...cuma nak penuhkan..love the weight of those coins..if you know what I mean...Ada ke ada hobi yang sama?? Geng la kita yek...

**Pesanan ikhlas dari penulis : Post ini hanya untuk diri ini sebagai bukti saya dah isytiharkan untuk azam 2014. Andai saya tak berjaya laksanakan, post ini menjadi 'hitam putih'nya..

Saturday, July 20, 2013

Kini sudah bekerja



Hey semua... Ingat tak hari tu ada citer pasal Interview ... syukur alhamdulillah, lepas je interview terus dipanggil untuk berkerja.. Mula berkerja minggu ni hari isnin yang lalu, 15 Julai 2013.
Kerja kat mana?? Company Tokio Marine. aah berkaitan insurans..maybe ada yang familiar..

Belum permanent lagi la.. ada percubaan dalam 6 bulan, baru la nanti tukar status permanent pulak..Boleh dikatakan kerja ni dapat memang berkaitan dengan course masa belajar kat UiTM dulu..

Sebelum kerja kat sini, sebulan saya kerja kat kedai topup area rumah je.. Best la kerja situ. Pada pandangan saya, tak kisah dari mana kita nak bermula tapi kita yang kena mula bertindak. Dah dapat peluang, jangan lepaskan..

Sebenarnya nak jugak share berita baik ni kat facebook. Tapi bagi mengelak ada yang beranggapan saya show-off dan memahami kawan-kawan yang belum ada rezeki dapat kerja, saya batalkan saja niat tu. Hanya kongsikan berita gembira kepada kawan yang rapat.

Saya dah berada peringkat seterusnya selepas digelar graduan UiTM. I need to catch up with the environment,yang saya pasti bukan perkara mudah dan banyak kena lalui..
Kepada yang masih mencari kerja atau baru je macam saya ni, saya belajar sesuatu...kita tak boleh nak memilih sangat nak berkerja. Saya berharap dapat menyumbang sesuatu walaupun tak pasti mampu menyumbang pada masyarat tapi cukup la dapat menyumbang pada diri sendiri dan keluarga.

p/s : kagum dengan orang-orang KL yang gagah menempuh trafik hari-hari...sungguh ni..

Wednesday, December 05, 2012

My Next Big Project


Hye guys... So, how is it going for everyone?
Hope you guys not having bad time.. Me?
Just spend my holiday...while my friends busy working out their 
technical report for our Final Year Project (FYP)

so, what is this my Next Project..
Since, right now I'm not that busy..stay at home
and organized this segment for My Favourite Post 2012
which I'm so dilemma to pick the best Favourite Post of all..

okay back to my next big project..
I'm doing this some sort of short stories..
in Malay anyway.. Although I know, I'm not good in writing
I just like to try it out..but the problem is..
I don't figure out the tittle for my story yet..

It's definitely not a love story
but more to pursuing what you want to do..do what we do best..
So, I would like to give a few friend of mine to read it
and listen to their comment and make improvement..

I just start the first chapter of the story last night.
Do I look so nothing to do? hehe..
ohh in the mean time, I do need to revise a few things for my presentation later on.

Now, for my next big thing..I'm ready with my Microsoft Office
 One Note 2007 and get writing and more ideas coming.
Just pray for me that I won't stop until I finish it,okay?
thanks everyone..
with lots of love, ANISA

Tuesday, December 04, 2012

Masih tak boleh bezakan


Assalamualaikum dan hye semua..
Pagi tadi ada urusan perlu diuruskan..
ohhh bukan la benda serious pun..apa yang masih tak boleh bezakan??
saya tak boleh bezakan...

antara Teh O dan Teh

urghhh...ingatkan dah boleh bezakan..
Masa sarapan tadi la..Bapak Nisa suruh hulurkan Teh O dia
tapi nisa ingat tu Nisa punya..
bila dipikirkan apa Nisa order kan..Nisa order Teh..
what?? salah lagi la terdetik hati Nisa..

ada cara yang senang ke..
teringat bila nak order kat Kafe...sanggup call kawan,
"nak tanya ni...(nada serious) teh yang mana ea.."
kalau tanya kat orang kafe mau kena gelak..

sape yang sama macam Nisa...atau Nisa je yang tak reti bezakan?
habis kawan sanggup beli dua-dua serentak untuk bagi perbezaan dulu..

Monday, November 19, 2012

Kisah Tandatangan ku


Assalamualaikum semua...hye jugak...
ada apa dengan tanda tangan saya..
nak tunjuk meh..


tiap kali beli buku...ni la saya akan letak..
macam autograf gitu..selalu aje bila pergi sign untuk berkenaan bank,
"uihhh sign dia macam artis pulak"

NADHIRA..nape letak sign macam ni?
sebab sign nama Nadhira..orang lebih mengenali nama saya dengan ANISA.
tak nak terkubur nama Nadhira,tu yang saya jadikan sign saya..

sejak darjah 6 lagi saya guna...tak pernah tukar..
korang macam mana pulak?

Saturday, November 03, 2012

I'm a Coffee-Lover


Hello everyone. I am a coffee-lover.
My favourite definitely Latte..never get bored with it..

when my dad said, "good we have 3 generations on coffee lover..
1st generation is your grandpa, 2nd is your mum and last is YOU"

only 3 of us want coffee rather than others want tea.
my dream is to learn how to do this..

I like the girl drawing

I just want to learn this...can someone help me out? *giggle*

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post