Wednesday, June 13, 2018
Mana Touch N Go
Hi semua. Ini kisah semalam, selepas selesai buat postage di Sunway dengan tangan penuh kiri kanan dengan barang. Nak dipegang nya handphone, wallet, kertas lagi. Dah masuk dalam BRT, tak perasan lagi ada sesuatu tertinggal.
Dah nak touch keluar,
"Ehh mana Touch N Go ni? Tadi bukan pegang ke...Alahaaiiii..." bebelan ku berterusan. Sambil punggah barang, mulut pun bebel. Sampai lupa penatnya puasa. Habis selongkar wallet, satu persatu keluarkan.
Nisa pun pergi jumpa polis bantuan, "Hurmm...sebenarnya macam ni..tadi saya dah touch masuk BRT kan, Touch N Go ada je dengan saya...tapi nak keluar entah mana perginya...Mungkin tertinggal kat stesen tadi.."
"Tadi naik platform berapa?"
"Platform?" Ternampak signboard berdekatan. "Platform 2." Tunggu beberapa minit untuk polis bantuan telefon orang dari stesen sebelumnya.
"Haah memang ada Touch N Go tertinggal kat sana. Jadi kena tunggu bas seterusnya datang."
"Ohh baiklah."
Long story short, Nisa tunggu 2 bas dan tak dapat lagi Touch N Go yang 'tertinggal' tadi. Muka dah kepenatan tetapi masih letak harapan.
"Jadi macam mana ea..saya kena tunggu lagi ke?"
"Touch N Go tu memang ada. Apa kata sekarang bukak kan je..tapi nanti datang balik amik Touch N Go kamu ni..Boleh?"
"Boleh ke? Okay...nanti petang saya datang.."
Lepas setel solat zuhur dan kerja hakiki, saya pun pergi untuk dapatkan kad Touch N Go.
"Alhamdulillah syukur padamu..."
Selepas apa yang berlaku, lebih menghargai untuk tidak menggelabah bila ditimpa masalah. Bila serabut, semua tak berjalan seperti yang kita nak. Tambah lagi masalah yang lain sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hello everyone.. just be concern to those who just sit all day long. So, rather than sit ages in the office.. you can walk arou...
-
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
-
Hey everyone.. It's me again for today's update. For this time around is going to be just picture with this bunch cutie LINE ...
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more