Showing posts with label precious. Show all posts
Showing posts with label precious. Show all posts

Saturday, October 17, 2020

Pengalaman Diving (Open Water)

Hi semua. Dah lama tak menulis dalam blog. Hari ni ambil kesempatan nak tulis pengalaman diving yang Nisa buat bulan September lepas. Lama kan peram ceritanya. To be honest masa nak pergi tu rasa macam nervous yang amat. Perasan yang normal kalau buat sesuatu yang out of our comfort zone kan.

Nisa pergi dengan husband ke Pulau Perhentian. Jadinya Nisa buat Open Water - basic untuk nak buat lesen diving dan husband pulak buat Advanced. Sebab husband dah buat Open Water tahun lepas. Kenapa tak buat sama-sama je?

Well, time tu husband pergi dengan kawan dia. Nisa pun macam "It's okay you go first. I jagakan Maira..." yes gunakan anak untuk escape gitu. Walaupun tak dijangka husband pulak ajak untuk buat tahun ni. Ikutkan juga patut bulan April 2020 haritu tapi yelah waktu tu tengah 'panas' kes covid19 ni. Sekali lagi rasa macam another escape lagi. Extend lagi. Iyelah penakut air kalau boleh taknak pergi. 

Dah sampai sana pada hari kejadian, well tak banyak cakap...risau ke lebihnya berfikir benda yang macam-macam. Haihh, itulah perempuan over-thinking kan. Dah masuk tu sebenarnya okay je. Seronok bila dapat buat. 

Ada je difficulty dia, lagi-lagi masuk dalam D'Lagoon. For first time in my life, dive under the water 12 meter. Seriously almost give-up, tapi dalam hati "Dah sampai in the middle of the sea, rugi tak masuk dalam tu tengok ikan dan creature under the sea... kena jugak masuk dalam tu.. no matter what.."

Lepas tu beritahu kat instructor, "Sorry tadi macam like tak ready. Now like this is real.. I am in the middle of the sea... Kita turun bawah.."

"Betul ni? Kalau taknak, kita naik boat dulu.."

"Takpe, ready kita turun.. Rugi dah jauh tapi tak turun.. tapi takpe kan ambil masa sendiri..."

"Mestilah.. Kita turun sama-sama..."

Mostly sebabkan equalizer. Nak seimbangkan tekanan dalam air kan. Dah masuk dan ambil masa untuk balance kan, akhirnya dapat menikmati permandangan dalam air. Tengok ikan nemo dan macam-macam lagi. 

Akhirnya settle open water dengan ada drama. Apa-apa pun Nisa belajar untuk kenal diri kita, berani cabarkan diri untuk keluar dari zon selesa. Selagi kita tak cuba, kita tak tahu keupayaan kita. Rugi kalau tak cuba langsung.

Sekian, nukilan dari penulis blog Anisa Anuar official blog.





Thursday, June 18, 2020

Masak - Masak PKP by Anisa


Hi semua. Hari ni Nisa nak share gambar yang Nisa masak waktu PKP ni. Boleh katakan mostly masak tapi ada jugak request nak tutup dapur sehari. Kita macam support lokal bisnes gitu. Soalan yang common bila kita dah masak ni

"Apa nak masak ea hari ni?"

Walaupun kadang-kadang terpaksa tanya anak nak masak apa, last sekali kita jugak la decide nak masak apa. Ingatkan menulis kat blog je ada "block" moment, memasak pun boleh jadi juga ea. Ada jugak try menu baru, maira pun "taknak makan tu ibu..."

"Try dulu.. Rugi tak try..."


Haaaa dah makan tu tak berhenti pulak dah. Menambah pulak tu. "Sedap kan? Kalau tak makan tadi, habis semua ibu dengan ayah makan..."

Nak share gambar lauk yang Nisa buat hari tu. Kebanyakkan menu Nisa banyak tengok YouTube CikNom. Cara dia explain dengan bahan-bahan semua jelas. Termasuk apa nak buat kalau jadi macam ni atau macam tu. Biasanya Nisa akan tengok video, faham kan persiapan dia dan cara nak masak. Setakat ni semua menjadi.

Ni lauk kangkung belacan

Ni Udang masak lemak. Menu dari ayah Nisa sendiri.

Bihun goreng
Perasaan bila tengok orang rumah makan dan menambah macam tak cukup tu memang satu perasaan yang sangat best. Bila kata "Nanti masak ni lagi boleh?" lagi la buat rasa for sure akan masak lagi. Banyak kali practice, lagi mahir dan lagi yakin lepas tu.

Saturday, December 28, 2019

You make my day


Hi All. As soon as I come to the office and just want to put my stuff then I saw this sticky note at my table. I try to look around to see who is this kind person give me such good word to me. First thing I see before I look into the emails and stuff.

For sure, I was like this thought in mind, "I bet this person put it yesterday before he or she went back to home.." Then, I was having another thought "Who ever this person is, make his or her day better too"

It is true with good words make others feel better too.

Tuesday, February 19, 2019

Melawat Baby Faqih



Alhamdulillah diberi kesempatan berjumpa dengan kawan-kawan. Tak boleh last minute plan sangat sebab we olls nak buat potluck together. Dengan tukang execute, Cik manis Ekin - cadangkan untuk jumpa dengan kawan kitaorang yang baru ada baby. Hari tu Nisa nak pergi tapi waktu Dyrah bersalin, demam plus batuk teruk. Tak nak la amik risiko untuk melawat.


Bila cerita kat husband plan nak jumpa Dyrah, "laa..dari susah kita makan kat luar..apa kata buat potluck je..kita masak.."
"Haah ea...nape la tak terfikir.." senyum malu.






Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan. Plus dengan suami dan anak-anak. So, dua-dua kita ada sekali. Dalam tak sedar tu, 2 jam jugak kitaorang gather around. Melayan baby Faqih dan kerenah anak-anak. Terima kasih tuan rumah, suami-suami we olls yang sporting untuk short meeting plus potluck.


potluck time

alahai anakku tutup mata pulak


Bila sesi bergambar Faqih dah tidur, so tak ada la bergambar dengan dia. Kawan-kawan semua baby boy, bila Maira nak ada kawan perempuan ni hehe~~

Monday, February 11, 2019

January 2019 Wishlish checked


Alhamdulillah awal bulan Febuari ni wishlist barang yang Nisa nak semua dah ada.
Barang yang simple je tapi tu lah tulis siap-siap bila taw nak beli apa.

1. Micellar GARNIER

Beli dekat Watson, IOI Putrajaya. Tengah mencuci mata tiba-tiba teringat nak beli Micellar. So, kiranya ni first time cuba. Sebab sekarang almost hari-hari make up. Sebelum letak Micellar dalam wishlist pun asyik baca perlu ada. Ada jugak baca kat instagram Jannah Kissmi bila orang bagi opinion which one is best. Still Nisa tak boleh decide, sebab kena try la kan.

My comment this Micellar
- sekali sapu dah banyak ada kat cotton pad.
- tak pedih macam kena toreh especially bila kena kat jerawat.
- bau pun just nice, takde la macam bau too chemically.

Dari google Image aje


2. Shoe yang ikut bajet ditetapkan.


Bukan 1 kasut je tapi dapat 2 kasut dengan harga less RM100.
Cuba teka beli kat mana?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
COTTON ON (BUY 2 FOR RM70)
Just what I need. So, Nisa dapat la kasut casual and work which I use both shoes untuk both occasion. Syukur yang amat. Lepas pergi weeding kawan kat area Batang Kali, kita pun guna kesempatan pergi Genting Premium Outlet.
Buat Nisa yang tak berapa kaki shopping ni, sekali beli haaa kau jauh terus.
Dengan Maira dok pegang kaki, "Ibu...takyah pergi situ..."
Drama tak terhenti disitu, "Jap la sayang, bukan senang ibu nak shopping ni..Duduk dengan ayah jap please..."
Then dia cakap, "Ibu..takyah beli kasut.."


Haa...kau ghase macam mana ni..sorry anak manjaku..ibu nak membeli jugak..
Lama dah ibu tunggu saat ni..bagi ibu chance ea..hehe~~


Okay lah bulan Febuari ni sibuk kumpul duit pulak. Rasanya tak ada apa lagi dah wishlist nak.
 


Monday, February 04, 2019

Bising dalam group dapat lucky gift #SuperbUltimateteam



Tengok heading pun macam biar betul ni..kan kan...
Nisa ni jenis agak susah sikit nak bising dalam whatsapp group lebih-lebih lagi dalam tu kita tak kenal orang sangat dan ada a few yang kenal melalui facebook.

Setiap task dalam group try jugak buat. Nak commit tu memang kena struggle sikit.
Nak jaga anak lagi, ada nak uruskan hal rumah sikit.
Bila bagi reponse dalam group, Nisa a bit extra bisingnye. Dengan fikir bila lagi nak orang kenal.
Fikir untuk belajar. Tambah lagi ilmu didada ni. Iyelah masih berakit-rakit dalam bisnes ni.

Bila kelas dah habis, rasa puas hati sebab belajar benda baru.
Dalam fikiran, "Aku kena konsisten share produk best ni.. Kau pun tahu produk ni terbaik..Be proud to be part of it.."

Dihujung waktu kelas online tu ada kata nak bagi hadiah untuk next task. Dalam hati, "InsyaAllah kalau ada rezeki ni tak kemana la..dapat hadiah ni..." 
Iyelah siapa yang tak suka hadiahkan. Lepas dah umumkan yang bertuah menang untuk special task nama tak sebut. Sebab special task tu buat sedikit lewat. Ada tanggungjawab di tempat kerja.
Ucap tahniah yang menang.. Doakan kepada yang bertuah tu.

Selang beberapa ketika tu ada announcement kata ada special gift untuk yang paling kecoh dalam group. Nama Nisa disebut. I was like, "siyes la ni...betul dah tag nombor kita..Syukur yang amat.."


Disebalik kita bukan buat untuk harapkan balasan dan bersungguh buat untuk upgrade kan diri. InsyaAllah pasti ada rezeki buat kita.
Tak rezeki dari segi customer berdunyun-dunyun, mungkin ilmu, adab (hormat orang yang memberi pendapat mahupun tunjuk ajar kepada kita) & kawan baru kita dapat tu boleh jadi rezeki buat kita juga. Semoga Allah sentiasa limpahi kita rezeki yang tak disangka-sangka buat kita.
Kita sebagai hambanya perlu sentiasa mengingati Allah biar waktu susah mahupun senang.
InsyaAllah.

Semoga Nisa terus maju dalam team yang sangat awesome ni.

Daripada, Anisa



Tuesday, May 29, 2018

Stokin Soka sebagai hadiah


Hi semua. Assalamualaikum. Anyeooonggg~~

Nape tiba-tiba berbahasa Korea ni? Okay macam ni.. Nisa ada kenalan di Korea - kawan kerja. Speaking Korea ke dengan diaorang? Ehh Tak adalah. Speaking English lagi, ada la sikit-sikit cakap Korea atas ajaran dan fokusnya bila tengok K-drama. Boleh sebut "Kamsamida", "Arasso" - basic perkataan.

Nak dijadikan cerita, kawan kerja lain stream datang PJ minggu lepas. Mereka pun bagi hadiah untuk kami. Facial mask, makanan la..macam-macam bagi. Murah betul rezeki diaorang, suka memberi ni. Dah mereka memberi, kita balas memberi jugak kn.. bukan selalu pun. Nisa pun mengambil kesempatan nak beri something jugak.

Fikir punya fikir apa la nak beri kat mereka. Tanya direct kat diaorang, dijawabnya taknak apa-apa. Aihhh mana boleh. Malu kot nak meminta. Kalau Nisa pun jawab taknak apa-apa walaupun dalam hati kata nak. Clishe complicated nya seorang perempuaan. Apa lagi, mulalah sel-sel berhubung untuk cari idea sambil mengaru-garu kaki yang bersarungkan stokin soka favorite pair - plain grey.

Tingg!!

"Laaaa...apa susah stokin Soka kan ada..diaorang pakai pun selesa bila time sejuk ke..dalam office ke..lain dari yang lain jugak.. ada corak-corak..stokin bukan aurat semata-mata tapi untuk keselesaan jugak.." bermonolog sorang-sorang di meja office.


"Hi...can you give this to the Output team.. Say that it is from Anisa.. Thank you.." tersipu-sipu nak bagi beg comel penuh dengan stokin Soka ni. Nervous tu macam nak jumpa buah hati pula.

Alhamdulillah tercapai hajat, bila dapat tahu stokin tu dah selamat sampai dengan diaorang semalam.
Tak kira apa jua hadiah kita nak berikan pada orang lain, yang penting ikhlas dari hati. Itu lebih bermakna. Tak perlu mahal, tak perlu terlalu exclusive tetapi cukup hadiah itu sendiri ada added value nya yang tersendiri.

Tuesday, May 01, 2018

Projek Photobook - Gambar 4R



Hi semua.. Dah lama nak bercerita, jadinya inilah masanya untuk ceritakannya (motif sangat nak habaq mai busy yang amat hehe)

Asalnya projek Photobook ni buat gara-gara mummy ada promo code untuk Gambar 4R ni. Dalam hati, cantiklah dapat less price. Sebenarnya code tu boleh dapat free je untuk projek Nisa buat ni. Tapi sebabkan Nisa request high quality paper - tup,tup kena la bayar. Ada la dalam RM20 lebih gitu.

Pastu nak kena buat tak berapa banyak dan tak berapa sedikit. Orang kata sedang elok untuk orang yang tak berapa rajin macam Nisa ni. Alhamdulillah tak tunggu lama pun projek yang terhasil tu dah sampai ke tangan ku.

Nak dijadikan cerita, projek Nisa ni macam 'terpanggil' untuk berbakti (as part of decoration) masa Birthday Maira, 14 April yang lepas. Cantik betul Allah susunkan aturan ni. Ada la a bit of sentiment value kat situ.


Moral of the story?

Kita mampu merancang dan buat sehabis baik, tapi Allah dah rancang far better for us.
Asal buat sekadar suka-suka & ada sebab tersendiri lepas tu yang kita sendiri tak boleh nak jangkakan.

Friday, February 16, 2018

Kisah Aku & Stokin


Teringat pada kisah-kisah aku dan stokin. Ada yang menarik dan ada bagi pengajaran buat aku. Entah kenapa, aku mahu coretkan kisah ini.

Ketika aku darjah 6, mahu mengikut kawan untuk ke camping. Sedang aku siapkan beg untuk ke sana, dalam list cikgu ada sebut 'stokin tebal'. Dalam hati aku, "untuk apa stokin tebal..kan kita camping...tak apalah ikut saje la..." 
Tibanya hari camping, malamnya jadi sejuk yang amat. "ohh stokin tebal ada dalam beg.." inilah fungsinya stokin tebalnya.. syukur sangat pada waktu itu.

Kisah yang lain dengan stokin ketika aku aktif berkawad Kadet Polis. Nasihat dari senior, "Kalau boleh stokin tebal atau pun berlapis-lapis bila kita berkawad ni nanti. Nak elak melecet.."
Sekali lagi stokin adalah penyelamat aku. Kali ni untuk berikan aku keselesaan ketika berkawad.

Satu persatu aku cuba ingat kisah aku dan stokin. Ada masanya stokin aku di paras buku lali. Entah kenapa aku ada stokin ini. Aku percaya kebarangkalian waktu itu tengah trend dan murah untuk dibeli. Akhirnya stokin yang aku pakai itu menjadi lusuh dan menjadi besar. Aku pernah struggle untuk membetulkan stokin aku yang melorot ke bawah dan bagi aku itu 'Bad Socks Day'. Sekali lagi entah kenapa aku tidak membuangkan atau letaknya ke tepi supaya tidak dipakainya lagi. Ohh yea aku jenis yang attach to things too much. Jenis yang tak boleh nak lepaskan barang yang aku ada. 

Sedang aku scroll newsfeed facebook aku, ternampak iklan Stokin Soka ini. Dalam hati aku terdetik, "cantiknya stokin ni...tapi stokin ni sama ke dengan yang 'Bad Socks Day' yang aku pakai tempuh hari. Aku beli stokin yang harganya RM1 tetapi akhirnya aku akan ada 'Bad Socks Day' dan tak lupa juga stokin yang aku pakai yang buat kaki aku berbau dek terperap dalam kasut dan seharian aku tidak membukanya.

Terus aku membelinya dan cuba sendiri Stokin Soka. Kini, sememangnya jatuh cinta habis pakai stokin ni. Entah berapa pasang dah aku ada. Suka yang plain, kanik mahupun yang ada corak-corak.

Ini kaki sendiri taw. 

Sekarang aku pakainya di tempat kerja. Sebabkan office air-cond yang jenis centralize. Terima kasih stokin Soka buat aku selesa memakainya. Selesa ketika buat kerja, nak pergi keluar makan dan tak perlu risau bab bau, 'Bad Socks Day' sebab semua tu dah tak berlaku. Materialnya diperbuat dari nylon spandex - buat rasa selesa dan tidak berpeluh.

Ada jugak bila weekend pergi kenduri atau jalan-jalan, husband tanya "Tak pakai ke Stokin.. better pakai ea.." Risau bab aurat juga. Terima kasih tolong ingatkan. 

Ada satu pesanan yang aku dapat...

Aurat kaki dan tangan kita perlu jaga. Aku masih kearah perbaiki hari demi hari. Semoga aku dan orang yang ada misi yang sama, kami akan terus istiqamah.

Tuesday, January 02, 2018

Bye 2017 and Hello 2018 for Anisa Anuar official blog


Hi semua. Ambil kesempatan dalam post ni nak ucap terima kasih sepanjang 2017. Segala keringat dan gelak tawa tidak akan ku lupakan sampai bila-bila. Nak recap apa yang jadi 2017, aci tak?

  1. Maira umur setahun (13 April 2017), esoknya Tok Ma meninggal dunia. Al-fatihah. Lusanya, Ayahcik kahwin.
  2. Raya 2017 di Kelantan. Suasana berbeza sangat sebab ketiadaan Tok Ma.
  3. Career - accept challenge jadi trainer. Ajar office mate create blog.
  4. Home tuition - mengajar dalam 11 orang. Pencapaian English PT3 - 2 orang dapat A, 5 orang yang lain lulus.
  5. Bisnes - kek lapis Sarawak, Stokin Soka (start September 2017) , mainan baby& toddler, Personal Shopper (Madre Collection sempena Raya), Myfa Hair Serum (start October 2017) dan Jannah Cosmetic agent (start November 2017). Fuhhh, bukan mudah nak buat nama dan brand sendiri. InsyaAllah akan ada progress bagi tahun 2018.
  6. Jalan-jalan : Bukit Tinggi, Cherating, PD, Pulau Pinang. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kesana.
  7. Finance - complete Money Challenge 2017 for Kids. Buat untuk Maira. Gigih nak completekan jugak. InsyaAllah boleh teruskan lagi tahun 2018. ASB online pun dah buat. Komitmen sikit je lagi nak setel. Fighting!! ke arah bebas hutang.
Alhamdulillah dari tak ada idea nak listing, akhirnya dapat jugak buat ni. Rasa macam ada lagi, tapi cukup la ni. Menunjuk ke ni? Tidak lah, cuma untuk buat rasa untuk beringat dan sentiasa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Nape tak buat listing yang part sedih-sedih? Takmo lah. Simpan sendiri lagi baik.

Sebenarnya ada satu lagi harapan....

 
cuma nak dapat 50kg, itu je. And of course, sihat walafiat.

Thursday, November 02, 2017

Senangnya sweet dengan orang tersayang

Hari ni seperti biasa di tempat kerja. Siapkan tugasan yang perlu disiapkan, makan tengah hari bersama kawan-kawan, pergi balik kerja hadap traffic jam.

Balik rumah rehat di ruang tamu. Lihat keletah suami baring, letak tangan di kepala. Uruskan dan main dengan Maira, itulah yang akan ku lakukan.

"Pergilah mandi, cuci rambut. Kasi ringan sikit kepala."

Entah kenapa hati ni rasa mesti buat sesuatu nak bagi surut kepenatan suami. Main dengan mainan kegemaran Maira, tak lupa juga ke hulu ke hilir, bawak Nana.
Dah macam anak no dua pulak Nana (watak Didi & friends) ni. hehehe..ehh mana kita..
Setelah selesai suami - mandi & solat.

"Awak..sini kejap. Rambut awak basah lagi kan?"
"Haah. Nape?" cepat-cepat ambil MYFA Serum..letak di telapak tangan dan picit 2,3 kali.

"Hari ni nak massage kepala. Hulur je.." Okay bunyi macam ganas, tapi tu lah sweetnya taw.

"Okay dah siap..." lepas selesai urut kepala dengan MYFA Serum.
"Ehh..dah ke..lagi,lagi..." alahai layankan aje la. Bukan susah pun nak buat.


Ni untuk yang dah kahwin je taw. Yang belum, jangan gatal pulak nak buat. Buat kat ayah dengan emak pun boleh, bila lagi nak sweet gitu kan.

Tuesday, October 17, 2017

Malaysia Cube Open 2017

Hi semua. Weekend lepas berkesempatan dapat temankan Aslam pergi Malaysia Cube Open (MCO) 2017. Memandangkan parents pergi convocation Ameer kat UTP, jadi kakak voluenteer tolong mana boleh untuk Aslam pergi MCO.
Detail MCO 2017
Date : 14-15 October 2017
Venue : Pusat Permata Pintar, UKM
gambar dengan Felix





Dalam ramai-ramai adik, dia ni je yang minat gila-gila dengan cube. Bagi saya, it's a good thing.
Bila ada competition macam ni, dia boleh gain experience, challenge himself - beat his own best time dan dapat ramai kawan.

Jadi sepanjang process registration online, semua Nisa yang uruskan. Sebab dia sekolah asrama dan guna email kakak dia, jadi macam manager dia la jugak.
Just approval dari bapak, kalau sana kata ON kita proceed. Biasanya ON aje.

Masuk je hall tu, perghhh semua gigih solve cube..semestinya laju kalau nak dibandingkan dengan Nisa yang sehari pun tak tentu boleh solve.. dewan semua bunyi macam plastik kepak gitu..iyelah kata pun kena twistkan cube tu kan.. serious ramai betul orang waktu tu.

Lepas ni kat mana pulak?


Sunday, June 18, 2017

Ginger si kucing yang manja



Seekor kucing yang dengan sendirinya datang ke rumah kami. Kiranya tiada tuan dan seperti tiada tempat berlindung. Kami sekeluarga susah untuk membela haiwan peliharaan seperti kucing, sebab tak ada orang yang mahu bersungguh membela. Tetapi lain pula buat Ginger. Mula singgah ke rumah kami, sama hari bermulanya hari saya berpantang di kampung selepas bersalin. Pada mulanya syak, kucing ni sesat ataupun kepunyaan orang lain dan hanya mahu menyinggah.
Hari berganti minggu dan bertukar bulan, kucing ni masih disini dan kami bercadang untuk belanya. Nama Ginger diberi oleh adik saya, entah kenapa. Sebelum Ginger hantar ke vet, bapak saspek dia ni betina. Terkejut bila balik dari vet, katanya Ginger ni jantan. Kata bapak, gelagat macam betina pemalu gitu, main pun sopan sangat. Terus kena kasi (sunat) si Ginger.




Bermula episod manja, Ginger dan kami sekeluarga yang anggap Ginger seperti adik saya. Bahasakan Bapak dan Mummy macam mana saya bahasa kan Bapak dan Mummy, jadi kiranya Ginger ni adik saya la kan? Bila Nisa bahasakan kakak, macam paham je hahaha...bertuah Ginger..
Bila ditegur, Ginger menyahut. Bila kata jangan kacau Maira, Ginger seperti faham apa Bapak cakap. Waktu itu, saya rasa pertama kali kasih sayang kucing dengan keluarga saya. Selalunya tengok orang lain bela kucing, tak sama rasa bila sendiri yang bela. Secara teknikal, saya tak jaga dia sangat. Cuma bila balik kampung, dapat main dengan Ginger. Itu pun takut-takut berani nak main. Pelik kan suka kucing tapi takut main dengan kucing. Takut diaorang (dia-ekor) gigit atau cakar aje.

Sunday, June 04, 2017

Redha dengan barang yang hilang

Berlaku sendiri dalam hidup ku. Diduga bila barang yang amat berharga hilang. Perasaan untuk ada redha tidak mudah pada awalnya dan akhirnya ku pilih untuk berserah pada Allah.

Pada hari tu, saya dan sekeluarga hadirkan majlis akad nikah saudara sebelah suami. Terkenang bila kahwin 2 tahun yang lepas. Bila masanya pembatalan air sembahyang, bertambah terkenangkan lagi peristiwa semasa suami berikan gelang tangan emas. Waktu itulah, barang berharga ku itu sudah tiada di pergelangan tanganku. Risau? Semestinya. Tak duduk tenang senang cerita. Mula fikirkan bila kali terakhir perasan yang gelang sudah tiada. 

"Patut rasa macam kosong je tangan.."

Kali terakhir membukanya bila bersalin dan berpantang selepas bersalin. Suami waktu tu nampak macam hampa, sebab menghilangkan pemberiaan bermaknanya. Saya rasa seperti "tidak perlu berikan barang-barang seperti kerana kecuaianku."

Kembali ke rumah, ceritakan pada mummy dan bapak. Sama-sama ikhtiar mencari kawasan rumah, namun tidak jumpa. Bapak mula bersuara.

"Kalau ada rezeki kakak dengan gelang itu, adalah nanti jumpa. Redha dengan hilang tu." 

Ayat tu seolah-olah seperti menampar dimuka ku pelahan tapi tusukan terus dikalbu. 

"Hmmm..baik.."

Berat hati ini untuk menjawabnya. Sepanjang hari tiap kali solat, ku mohon pada Allah untuk kuatkan hati untuk redha dan berserah kepadaNya dengan barang berharga ini. Barang yang sesungguhnya memberi sentimen yang amat bernilai.

Selang beberapa hari kemudian,

Datang seorang perempuan hujung 20-an dan mungkin awal umur 30-an menghampiri ku di dalam surau. Dia berkata dengan lembut.

"Hmm..awak...nak tanya hari tu ada hilang apa-apa barang berharga tak?"

Tersentak diri ku bila ditanya seperti itu. 

"Ada. Hilang gelang emas."

Jawab ku dengan jujur walaupun rasa ragu-ragu dengan pertanyaanya.

"Kenapa ea.."

Tanya ku lagi. Perasaan ingin tahu dan pada masa yang sama berjaga-jaga dengan kata-kata ku.

"Ada gambar tak? Gambar gelang."

Bertambah tersentak ku dan hati ku berkata, "Kenapa tanya seperti ini?"

"Tak ada pulak gambarnya. Seingat saya ada kemek-kemek sikit beberapa bahagian gelang tu."


Perempuan itu mengeluarkan sesuatu dari begnya dan ada segumpal tisu berisi gelang tangan emas. Gelang emas ditunjukkan kepada ku dengan perlahan-lahan.

"Yang ini ke? Sebab ini pun ada kemek"

Gelang tangan itu ku ambil dari tangan perempuan itu. Mula membelek gelang tangan itu dengan mencari kemek seperti mana yang ada pada gelang tangan ku.

"Haah. Inilah gelang tangan saya."

Pada waktu itu, saya rasa bersyukur dan terharu gelang tangan ku itu kembali kepada ku. Perempuan yang menjumpai gelang tangan mula bercerita kepada ku.

"Saya jumpa gelang ni dalam surau hari Khamis yang lepas. Cari jugak awak tapi tak cam jadinya mana yang saya rasa muat tangan tuannya baru saya tanyakan macam mana saya tanya awak tadi. Tak berani pulak nak main tanya. Buatnya saya salah bagi pada orangnya, bersalah pulak saya. Tak ada cuba cari ke lepas hilang tu? Tunggu jugak ada orang 'up' kan notis gelang yang hilang."

Saya turut cerita dari pihak saya.

"Ohh bukan tak cari. Tapi saya tak tahu nak mulakan di mana. Saya redha dan tawakal apa yang berlaku dengan gelang emas saya ni. Terima kasih banyak-banyak ea..."

Semestinya peristiwa ini memberi ku satu impak yang besar. Berserah kepada Allah dengan rezeki yang ada. Barang yang kita ada, hanyalah 'pinjaman' semata-mata dan tidak ada yang kekal. Alhamdulillah bersyukur kepadaMu.

Sunday, February 12, 2017

Minimalism challenge : let go of my things

Minimalism challenge ni dimana kita nak mengurangkan space yang ada dirumah tu. Bunyi macam senang tapi tak sebenarnya. Kenapa?

Nak let go of things yang dah more than 6 months tak pakai..ohhh tu antara ciri-ciri yang kita boleh setkan.. betul tak..instead tak guna apa kata let go and bagi orang yang nak. Jadinya Nisa pilih carousell dengan mudah.my nak lrt go kan...tak senang orang nak just pilih..

Jadinya ni antara item nisa nak let go. Harga reasonable dengan dah include postage tu. Condition semua tip top. Kasut tu just 2 kali je pakai. Nak let go sebab not my style. Masa beli sekadar nak cuba, iyelah kan dah bekerjaya tapi tah macam takde connection dengan jiwa ini.

Yang lain just nak kurangkan ruang je. Yang partition tu never used. Gatal beli. Hahaha time tu jahil bab membeli ni.

Okaylah ada apa-apa boleh email anisaanuar@gmail.com atau komen je kat post ni. Dah sold item tu akan Nisa update ea. Terima kasih semua.


Sunday, February 05, 2017

Amboi tak share ea - CMW

Tiba-tiba dengar "krup, krap..krup, krap.."

Mana datang bunyi tu.. macam familiar sangat bunyi ni..tapi kelibat datang dari mana tak jumpa-jumpa.

Senyum kecil diri ni bila nampak si abdul aziz ni makan..ohhh ni Cookies Most Wanted yang Nisa bawakkan tadi.

"Aziz...tak share ea dengan orang lain..dah nak habis aziz makan nieh.."

Buat muka innocent hahaha..muka kantoi like 'I am so busted' lepas tu Nisa buat annoucement "kakak semua..meh rasa sikit cookies most wanted dah nak habis aziz makan ni..."

I guess next time I need to bring some more.. reaksi aziz memang priceless..


Saturday, January 14, 2017

Coklat memanjang kat ofis

Minggu lepas memanjang aje dapat coklat. Australia mari... syok kan??
Siapa yang bagi? Yang pasti bukan husband walaupun dia kerja base kat Australia.
Trainer kat tempat kerja yang bagi. Semoga dimurahkan rezeki selalunya..
Sebenarnya coklat tu cara dia nak ajar buat sampling method. Kalau belajar statistik mungkin pernah dengar dan belajar.
Kerja Nisa kena buat kira-kira contoh ea... untuk merangkumi central region macam mana nak represent..taknak berat sebelah. Result tak accurate lagi. Hahaha okay rasanya ada dah kerut dahi membaca...tapi tu lah nak implikasikan guna coklat tu...hebatkan statistik ni..

I feel blessed for everyday I work there..


Sunday, January 08, 2017

Minimalism Challenge - Cara Kami


Tengah scroll Facebook baru-baru ni, kawan ada share pasal Minimalism. Mula lah rasa nak tahu lebih pasal ni. So long story short : hidup dengan barang kurang dari 100 item secara keseluruhan. boleh jugak kita panggil "Buangkan item yang tak diperlukan".

Boleh jugak refer pada website ni theminimalists.com
Korang pun akan cakap "Ohhh baru tahu pasal ni..."
Baru search, terus je aplikasikan. Sebab kalau tak nanti bertangguh aje.

Jadinya, untuk buat Minimalism Challenge ni lebih bermakna dan memandangkan beginner bab ni, pergi search lagi dan jumpa link ni 30-day-challenge

Jadinya, semalam dapat buat banyak. Antaranya:

1. place one item a day into donate box for next 30 days
dapat banyak sangat, bukan one item la technically.

2. Donate one bag of clothing to those in need
Alhamdulillah dapat jumpa satu bag macam tak tahu dah berapa lama tersorok je. Jadinya instead of throwing it, baik bagi je

3. Donate items you're holding on "just in case" (haven't use last 3 months)
Dah lama dah nak buat something tapi tah asyik tunggu je la, nanti ada tu sampai la rasa macam dah lama sangat. Dah offer kat family, tapi yang ada pun banyak so tu yang kes letak tepi. And for the record, baju ni still dalam plastik, since day 1 beli sampai sekarang for about almost 2 years (trip before kahwin) and this is where I said, "This is it. Must do something about it or else it might end up until 6 years from now that I won't do anything..."

terima kasih pada seorang hamba Allah ni tapau semua sekali

So my next plan is to declutter my shoe collection. Nisa ni jenis yang akan pakai satu kasut favorite shoe ni je dan kesian kat kasut yang lain, pakai sekali dua then masuk box. Ni kasut yang pakai sekali dua je. InsyaAllah akan dijual kat Facebook atau mudah.my.

Yang ni, all the progress dah tulis dalam diari. Seriously this is sooooo much fun. I choose to live less and ready to loving my life. Ada ke yang ada journey macam ni? Plese share story korang kat Nisa. I want to be inspire by your story. Mana lah tahu, ada kawan kita yang lain tengah baca pun sama nak minimalist kn..

I found my new hobby...

Anisa Anuar

Dapat Hadiah Penyertaan #tropikacontestselfie


Biasalah bila dah jadi budak sosial media ni, selagi mana boleh join yang buat contest...harus join..
so this time around dari Tropika HQ

Syarat yang ditetapkan baby bergambar dengan si ayah...and mostly yang join of course yang mak-mak... kalau dapat green light dari ayahnya dapat la join, kalau tak...tunggu next contest la kot.

gambar untuk contest and hadiah yang dapat
Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki lagi untuk brand Tropika dan insyaAllah mereka akan membesar di United Kingdom pulak tu. One of the trustee brand for me. Untuk Maira kan, mesti agak picky apa nak gunakan. Yang pasti sebab Nisa suka brand Tropika ni, mesra untuk baby and bau dia wangi sangat. My favorite recommend pada kawan will be Baby Hair and Baby Oil. Boleh tengok post yang Nisa ada review NI

Sesuai untuk kegunaan harian, jadikan hadiah pada kawan yang ada newborn baby. Boleh dapat tengok Tropika dalam Majalah PaMA.. Awesome kan?? Paling impress dah 6 tahun Tropika ni.



For those yang nak tanya lebih pasal ni, boleh terus message Nisa pada email : anisaanuar@gmail.com
InsyaAllah Nisa akan recommend kan yang terbaik.


Sunday, December 25, 2016

12Juta penonton 7 hari Mencintaiku

Siapa sini yang tengok citer ni? Okay kita geng.. Nisa ni susah sikit nak suka tengok drama ni tapi ONCE dah suka melekat terus jawabnya. Pada mulanya nyampah dengan watak Mia Adriana...and macam tak percaya watak ni heroin.. buat rasa stay nak tengok bila ada scene yang ayat-ayat ala-ala nak 'serang' watak jahat ni especially Pak Samad and make sense citer ni lebih pada realiti tu.

Okay lah citer pun dah habis dan mesti ada blog lain dah review... Nisa sebenarnya nak tulis pasal yang 12Juta viewer tu.. Sumbernya datang dari company Nisa kerja. Perghhhh bangga la jugak weihh..contribution gitu. Not my department la just next to us..ahaaha kasi chan la tumpang bangga sikit.
Nielsen ni company yang measure apa orang beli, apa brand yang tengah top, apa orang Malaysia suka tengok rancangan apa..yang macam tu la..

Nanti sambung lagi eh..


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post