Showing posts with label classroom. Show all posts
Showing posts with label classroom. Show all posts

Sunday, October 28, 2018

Berita gembira untuk hari ini


Bila sudah jadi cikgu tuisyen, tidak apa yang lebih menggembirakan bila student kita dapat keputusan yang baik. Student yang Nisa ajarkan ni dari PT3 sampai hari ni untuk menduduki SPM. Nisa ajar subjek English.

Hari ni dah lama tak dengar khabar dari student. Gembira dihati bila parent ceritakan keputusan trial yang sangat memberansangkan.


Walau apa pun, Nisa bangga sebab preparation dari form 4 memberi hasil untuknya. InsyaAllah beri yang terbaik setiap pekerjaan kita. Mungkin bukan sekarang hasilnya, jika dengan izin Allah akan membantu kita di masa depan. 

Mudah-mudahan diberi kesempatan untuk bantu lagi adik-adik kita untuk menghadapi peperiksaan yang penting buat mereka.

Anisa Anuar

Friday, July 07, 2017

Belajar Kelas Kenal Abjad Bahasa Korea


Assalamualaikum dan hi semuanya.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk belajar kelas kenal abjad Bahasa Korea. Kenapa nak kenal abjad? Bukan nya percakapan harian yang macam dalam drama korea tu.. Itu sebab kan kerana kerja yang melibatkan bahasa korea. Jadinya bukan lah nak kena translate, cuma perlu faham je.. Ada basic pun jadi lah. 

Ada 14 konsonan dan 10 vowel. Nampak lebih sedikit dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tapi kena berlatih jugak untuk bagi mahir. Mana ada orang terer bahasa dalam sehari kn. Bagi Nisa karakter abjad bahasa korea nampak catchy. Ada yang nampak macam orang lidi pun ada. Jakun sekejap jadinya.

Apa lagi Nisa dapat? Tulis nama sendiri dengan apa yang dah belajar hihi.. Hasil tulisan dalam nervous cuba jugak confident. Feel great about it and I feel blessed. 

Kamsahamida.


Friday, November 30, 2012

Happy Graduation


Hello and good morning everyone..
I would like to wish Happy Graduation to all my classmates..
owhhh I'm not just yet to be graduated..

This all fellow ladies, just some of them..


I hope to see all of you pretty soon..
So, CONGRATULATION!!!
Don't make me to do speech here.. Coz I'm gonna cry..hehe
Nest time, it will be my graduation..
but for tomorrow it is all your day..

p/s: expecting graduation photo shoot with them..


Monday, November 05, 2012

Tomorrow English Paper



Hello everyone.. Tomorrow is English Paper for SPM and because of it,
I would like to share what I wrote during my SPM time for the essay part.

Write a story ending with:

“I had no idea it would end this way! “

I saw him walking toward me when I was at the cyber café. This guy who really adored me was Dustin Davidson. He was the most handsome guy in the school. No! Make it the most handsome guy in the universe. I was attracted to him since the first time, my eyes locked into his eyes. His sparkling green eyes always gave an aura of intelligence. His high cheekbones and thick fair black hair always took my breath away. Every time, his dazzling smile made my heart melt just like a hot knife cutting through butter. Overall, he looked like Brad Pitt to me.


The only one who knew about this feeling of mine was my best friend, Liz. She was a very encouraging friend to me. She even helped me hooked up with Dustin. I was just speechless of her encouragement. I was the girl who only focused on my studies and my social life was not exciting .Well, I lived in an educated family with all my siblings studying overseas. My mom wanted me not to miss that part of life. Dustin, he was one of the top guys in the girls’ list who was a must-go-date with. His popularity started when he scored a lot of baskets for his basketball team. But most importantly, he was the Captain of the Tiger basketball team.


One day, the Tiger Team had a big game with West High Team. He played brilliantly ─ with great jump shots, dunks and assists. I also liked to look at his style that day – very humble of his excellent feat. His team mates played their hearts out to win the game. Just two minutes before the game ended, they were trailing 90-96. They managed to force three turnovers, two steals and scored five baskets; three were made by DUSTIN. Finally, our Tiger Team won by 101-99. 


Liz and I were very excited and we screamed our lungs out for the victory. Dustin then took the microphone from the announcer. He said in front of hundreds of people that before he left high school, he wanted to tell everyone a secret ─ he liked someone, a girl; no body knew and not even his own best friend. Suddenly, the stadium became quiet as all the girls wished that they were the chosen one. I felt anxious at that moment; I just wanted to know who the lucky girl was.


Then, he said, “Amanda Hyde, I do really like you.”


“What! Did he just mention my name?” I asked Liz. I was so shocked and felt like fainting at that moment. I could not believe it. It was just like a dream came true. I suddenly, dreamed that I was wearing a Cinderella gown and hearing the ringing of bells. Ops! Back to the scene, my heart pumped so fast just like it was running at full horse power. Then, everybody in the stadium was staring at me. He then ran towards me and told me that he liked me a lot since the first day I sat foot in this school. I became dumbfounded and my face turned red as all girls were very envious of me. Liz who sat besides me was so shocked that her spell to make Dustin liked me really worked. Liz was just like a cupid of love that had fallen from the sky. Dustin asked me for a date after the event and I just nodded my head showing that I agreed.


Even though, this incident had happened a week ago but it was still fresh in my mind. Believe me, all girls in school stared at me as Dustin always walked with me. We often studied in the library together. Practically, people saw us everywhere. Even, my teachers always cracked jokes about me and Dustin in front of my class. At the end of the year, we were awarded as ‘Loving Couple of The Year’. Liz said she was happy for me that Dustin, my dream guy, really liked me. That incident was the happiest day in my life. I just smiled and said “I had no idea it would end this way! “

even my dad student like my story..originally written by me. before the real exam, I wrote this on my own for my own practice...and used this plot for the continous part for Paper 1 (hahaha I think, I don't remember)

Friday, November 02, 2012

potong line kat jalan


Assalamualaikum semua..
pasal potong line kat trafik ni dah lama nak cakap sebenarnya.

hasil lukisan yang macam kanak-kanak sekolah


banyak kereta tengah tunggu lampu isyarat untuk tukar warna hijau,
pastu ada kereta (warna biru) boleh potong queue kereta yang sepanjang alam tu..
mesti ramai akan merungut sebab kena tunggu lama..
tapi yang kereta biru tu main senang je cilok..
kereta yang hijau kena akur bagi kereta biru tu masuk..
kalau tak...tak pasal-pasal eksiden kat situ..

lain pulak kalau saya, saya sanggup untuk belok ke kiri (berdasarkan pada gambar atas)
dan pusing balik atau apa aje.. selagi tak cilok gitu..
sebab saya paham kalau orang cilok saya pasti akan marah,
dan saya tak kan buat pada orang lain..

p/s: hanya la pandangan semata-mata, tak ada niat di hati nak perli siapa-siapa..
jika ada yang terasa, 1000 kemaafan dari saya.. 

SPM Datang Lagi


Assalamualaikum semua... tengah blow-walking di pagi hari, ramai cerita pasal SPM Datang Lagi.. lagi beberapa hari pulak, keputusan UPSR nak dapat.Dari saya kecik, kedua-dua parents saya semak kertas SPM, cuma mummy berhenti dari marking bila saya nak amik UPSR dulu.. bapak still lagi mencari rezeki dengan menyemak paper ENGLISH.. 

Bila tengok bapak tanda kertas, makin lama...tah kenapa dulu tak pakai spek mata sekarang kena pakai..

"uihhh apa la budak-budak ni tulis, berpinar mata ni ha.."

so dari kecik lagi, bapak training kan saya untuk tulis BESAR-BESAR. Katanya, jangan susahkan orang nak tanda kertas bila dah amik exam nanti.. 
ada jugak tengokkan apa yang bapak buat, tapi yang saya ingat bila bapak tengah bosan marking...dia panggil.. "meh..bapak nak tunjuk something.."

"apa pak...nak tunjuk apa?" excited diriku ini...

"dengan tengok kertas exam ni bapak boleh identify, dia ni bangsa apa, jantina apa, rajin ke malas orangnya....tanpa tengok pun apa i/c candidate tu.." bapak explain..

"really?? okay..." sahut saya.

dan memang pun ada beza. Bapak ada jugak dengan tengok tulisan kita boleh tahu sikap dia..saya pernah try kat kawan matrik dulu...ada yang respond, "wahhh obvious ek..??"

selalunya hujung tahun kebanyakkan family akan pergi makan angin tapi lain pulak bagi keluarga kami.. Disebabkan bapak dengan markingnya, kena la ditangguhkan misi makan angin tu..apa-apa pun kepada yang SPM candidate, sama ada blogger atau tidak..

"SEMOGA BERJAYA!!! FIGHTING~~ "    

member satu kelas time form 5

dorm-mate time form 5
 

Friday, October 12, 2012

PJ mana?


Assalamualaikum semua..dan hye..
terima kasih kerana review dan mungkin blog ni dah ada perminat setia kan *perasan yang amat*

ni satu lagi kisah benar...bukan kisah saya...
macam cerita Kisah Aku dan Drive-Thru atau pun
 macam cerita "Nama dalam phone tu..."
tapi kisah ni....saya ada disekitar ketika kisah ni berlaku...jadi tukang gelak je..
ehehe...tak tahu la kelakar bagi korang...tapi yea untuk saya..

kisahnya bermula masa tu kelas Jepun semester 2..
yang bestnya kelas Jepun waktu malam..serious best...lain sikit suasananya..
nak dijadikan cerita ada sorang ni Afiq namanya..
selalu lambat datang kelas...tapi kadang-kadang antara paling awal..
sebab dia duduk jauh dari UiTM...

Afiq masuk kelas dengan cungap2, "sumimasen sensei...lambat datang..
rumah jauh la kat PJ sana tu..."
Sensei cakap, "xpela...duduk2.."
tiba-tiba ada one girl tanya...lupa pulak nama dia...
"PJ mana ek? Petaling Jaya ke...Padang Jawa??"
habis gelak satu kelas tu... dengan selamba Afiq jawab..
"kalau Padang Jawa tak ada nya lewat cengini nya.."

sejak tu...bila Afiq datang lambat...ada la bunyi2 kat kelas tu
"rumah kat Padang Jawa ea Afiq..."
sabar je la... (^_^)

p/s: dialog mungkin tak sama tapi seakan2...ayat sensei memang dalam bahasa melayu ek..
sekali sensei speaking, abis semua dok nganga je nnt..

Wednesday, September 26, 2012

ayat best lect 5.0


Assalamualaikum semua dan hye...
rasa nak teruskan dengan ayat best lect sepanjang saya jadi student...
ayatnya mungkin tak sama 100% tapi maknanya tak lari...insya-Allah...

masa dalam kelas QC (Quality Control), Prof Ishak tekun memberi contoh berkaitan quality control...
dan...saya lewat hadir ke kelas waktu itu...atas sebab apa, saya tak ingat...
dengan keadaan kalut, saya masuk ke kelas...tak pasal-pasal...
dia keluarkan ayat ni...

"contohnya...kalau kita nak jadi pelajar yang berkualiti...
hadir ke kelas patut lebih punctual...bayangkan ramai yang lewat, macam mana kita nak quality 
control kan masalah ini..."

oo..oo...aiseh...tajam betul ayat tu...tertusuk di kalbu...
bukan selalu saya lambat ke kelas...boleh dibilang dengan jari taw...
tak hadir ke kelas...tak langsung...melainkan tak update kelas jadi cancel atau tak...
biasa la...dah subjek QC, pesanan pun guna term-term QC la...

tobat dah lepas tu nak lewat ke kelas prof Ishak...
tu je...I will like to dedicate this entry to him...akhirnya dia tamatkan kontrak nak terus jadi pensyarah..
walaupun paper ni tak berapa perform, tapi saya suka subjek ni...

Thursday, September 20, 2012

ayat best cikgu



Assalamualaikum semua...dulu entry yang paling dapat sambutan ayat best lect.....kali ni nak selit sikit ayat best cikgu....nak menunjukkan betapa ada beberapa ayat cikgu melekat di kepala ni haaa....

dulu time ngantuk kat kelas....perkara yang pertama cikgu R akan tanya...

"korang dah buang air besar tak pagi ni??"

aiseh....tak kan nak ngaku kot... semua orang 1001 persoalan la.....macam pelik je soalan tu...macam tak ada tapisan pulak soalan tu ek...

alasan cikgu R ialah "kalau orang tu ngantuk kat kelas....maknanya dia tak buang air besar pagi tu...kasi toksin dalam badan keluar sikit...toksin tu la buat korang mengantuk tu..."

sejak dah cikgu R cakap tu...semua classmate mesti guna alasan ni...kalau ada diantara kami yang tido dalam kelas....terbaik....setuju tak dengan ayat cikgu R ni??

siapa yang belum baca ni:

insya-Allah kalau entry dapat sambutan,akan ku tulis lagi..
peringatan: mungkin ayat-ayat ini...tidak la 100% serupa...tapi seakan-akan tanpa diubah maknanya...
sekian terima kasih

Tuesday, June 12, 2012

ayat best lect 4.0


assalamualaikum kepada semua..
ayat best lect dah upgrade ke 4.0 version dengan pantasnya..
terima kasih kerana membacanya.. kali ini, ayat dinyatakan secara rawak oleh salah seorang pensyarah yang mengajar saya..

"kamu ni budak statistik...boleh buat duit dengan apa yang kamu belajar..
tak perlu kamu nak kerja susah payah part time kat fast food tu..
kamu just tolong buat data entry, data analysis..
lebih-lebih sekarang ni, ramai tengah busy dengan thesis, research report.."

sejujurnya, bila saya buat ni...saya rasa memang ini lah bidang saya minat..
setelah bertekad dari zaman matrikulasi lagi..
bagi pendapat saya, duit itu bukan la isunya..tapi kepuasan dapat menolong orang selesaikan apa yang bidang kita gunakan.. sedikit sebanyak makin mengenali behavior data..

p/s: anda juga boleh buat entry yang sama, jika ada lawak, nasihat atau apa-apa ayat yang ada di fikiran kalian mengenai lecturer kesayangan anda.. kongsi kan nya bersama..

p/s kuasa dua: ayat yang dipetik bukan la sebulat-bulatnya...tapi seakan-akan sama..harap maklum..

Friday, June 01, 2012

ayat best lect 3.0


Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua.. sempena awal Jun ni, nak buat entry ayat best lect 3.0...tengok jugak ayat best lect dan ayat best lect 2.0

selalunya ada yang beranggapan ada certain lecturer sengaja nak fail kan anak muridnya...
tapi lain pulak ragam lecturer yang saya kagumi ni..

"owh jangan risau, saya pun tak nak fail kan korang disebabkan attendance, dengan syarat korang hantar project,buat test dan...tahu bila tarikh exam...dah sangat memadai.."

tambah dia lagi, "saya pun tak nak kamu amik subjek ni lagi semester depan"
<ayat lebih kurang la>

but in the end, bukan makin orang tak datang kelas, makin seronok pulak...one of the class that will not be missed.. tu la orang panggil reverse psychology..<gaya angguk-angguk kepala,tanda setuju> tabik la dengan lecturer ni...

p/s: nama dirahsiakan, harap maklum...

Wednesday, May 30, 2012

5 alasan bila dapat result tak berapa memuaskan


Assalamualaikum dan hye semua... kali ni nak bagi 5 alasan yang boleh digunakan kalau result tak berapa memuaskan.. alasan mengikut ranking..ranking ni berdasarkan pendapat sendiri, tiada sumber-sumber lain..

no 5   "apa guna dapat result ok, tapi tak boleh aplikasikan apa yang belajar tu"

no 4    "biasa la hero kalah dulu"
           yang ni saya sendiri pernah guna, bila cikgu math tanya nape result saya tak capai standard

no 3    "tah la kenapa dapat markah macam tu, tak paham...tahu-tahu dapat je markah tu"
           adik saya yang umur 5 tahun pun tahu guna ayat ni..

no 2    "ni semua duniawi je"
alasan ni digunakan untuk menyatakan exam, ujian dan seangkatan dengan nya semua nya dunia semata-mata..

dan akhir sekali alasan pilihan saya...

no 1     "it's just a number" (dengan nada berlagak)
yang ni...bila melibatkan pointer atau perbandingan markah yang perbezaan yang sikit (bandingkan dengan orang lain)

anda boleh gunakan mana-mana alasan diatas untuk tujuan menyedapkan hati, atau apa-apa saje (yang berkaitan dengan result). sebarang bantahan, penambah baikan, komen untuk list diatas, boleh terus ajukan pada saya.. entry ni berbentuk bacaan ringan..

Sunday, May 13, 2012

ayat best lect 2.0


salam kepada semua.. 
dapat saya kesan guna radar (simbolik) entry untuk ayat best lect mendapat sambutan hangat..

jadi saya buat ayat best lect yang kedua..

"kamu yang datang lambat ke kelas saya,
saya tak rugi apa-apa pun...
tapi yang rugi sebenarnya kamu..."

ayat ni dikeluarkan oleh lecturer saya jika kami datang lambat ke kelas.
kerana ada sesetengah lecturer pasti kunci pintu,kerana tak mahu ada gangguan..

ayat apa lagi pulak lepas ni...tunggu~~

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post