Friday, November 02, 2012

potong line kat jalan


Assalamualaikum semua..
pasal potong line kat trafik ni dah lama nak cakap sebenarnya.

hasil lukisan yang macam kanak-kanak sekolah


banyak kereta tengah tunggu lampu isyarat untuk tukar warna hijau,
pastu ada kereta (warna biru) boleh potong queue kereta yang sepanjang alam tu..
mesti ramai akan merungut sebab kena tunggu lama..
tapi yang kereta biru tu main senang je cilok..
kereta yang hijau kena akur bagi kereta biru tu masuk..
kalau tak...tak pasal-pasal eksiden kat situ..

lain pulak kalau saya, saya sanggup untuk belok ke kiri (berdasarkan pada gambar atas)
dan pusing balik atau apa aje.. selagi tak cilok gitu..
sebab saya paham kalau orang cilok saya pasti akan marah,
dan saya tak kan buat pada orang lain..

p/s: hanya la pandangan semata-mata, tak ada niat di hati nak perli siapa-siapa..
jika ada yang terasa, 1000 kemaafan dari saya.. 

Post a Comment

Holiday Trip @ Residence Inn, Cherating

Hi semua. Akhirnya berkesempatan nak menulis kat blog.  Trip 3 Hari 2 Malam sememangnya seronok buat kami.  Plan nak ke Cherating, ja...