Wednesday, August 25, 2021

Menu : Terung Masak Sambal Daebak





Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan.
1. Bawang putih 3 ulas
2. Terung kecik 10 biji
3. NIQA Sambal Bilis Daebak


Cara-cara penyediaan
1. Potong bawang putih kecik-kecik halus gitu. 
2. Terung potong serong

Cara memasak pun simple je taw. Persiapan sekali masak pun dalam 10 ke 15 minit je. Terung tak boleh masak lama-lama nanti tak sedap.
Mula-mula panaskan minyak. Dah ready masukkan bawang putih bagi naik bau wangi semerbak.
Lepastu, masukkan terung taw. Masukkan aje, jangan takut hahaha.. iye masukkan aje.
Gaul, gaul pastu nanti terung tu tukar kaler brown tu maknanya dah nak masak.
Yang terakhir, letak tiga sudu Sambal bilis Daebak. Ikut la nak banyak mana. Sambal ni pedas tu tak la over sangat, so kalau nak pedas banyak tambah ke lima sudu pun okay dah. Bukan sudu teh taw. Haihh kecik sangat kalau macam tu, tak puas rasa pedas dia.
Gaul semua sekali, dah siap. Senang je kan.

Apa lagi, cuba taw lepas ni. 
SELAMAT MENCUBA.

Salam newbie masak-masak,
ANISA



 

Support bisnes member

Hi semua .. Dah lama tak menulis kat blog. Sejak kita PKP banyak dengar cerita ramai yang terjejas dengan ekonomi mereka. Jadi tak terkecuali kawan dan kenalan Nisa di media sosial. 

 

 Jadi cara yang Nisa boleh bantu ialah bantu mereka, beli daripada mereka. Tak lupa menggunakan instagram untuk promote apa mereka ada. Nisa tahu walaupun apa Nisa buat mungkin tidak membantu banyak sangat tapi itu sahaja yang termampu boleh bantu. Tahniah pada mereka yang sudah mula berniaga.
 
Not easy path but I know it is worth it because I have been there too.

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post