Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Puasa di kala PKP


Hi semua. Hari ni Nisa nak menulis untuk sebagai kenangan tahun-tahun akan datang, pengalaman berpuasa semasa PKP ni. Beza sikit dari tahun sebelumnya - tiada bazar, tiada terawikh berjemaah di masjid dan feel mencari baju raya tahun ni pun macam ke laut sedikit.

Puasa pada tahun sebelumnya ada di office tapi tahun ni kita 'work from home' sambil 'home school' Maira Arissa. Tak boleh pun kena buat kasi boleh. Selepas PM umum PKPB extend lagi sebulan, nampaknya dah kena biasakan normal baru ni. Ternyata tahun ni beraya di perantauan. Tidak mengapa, bila lagi nak merasa raya di perantauan. Walaupun kampung sebelah negeri sahaja.

Puasa kali ni juga Nisa ada aktif dengan team Nisa bersama NIQA. Bila HQ offer harga ejen jadi RM10 sahaja sepanjang PKP, ada yang rebut peluang. Jadi tahun ni tidak ada Mood Republik tapi kita ada banyak Limited Edition seperti Healthy Box, Mariami Box, Ajwa Box dan Bingkisan Aidilfitri. Boleh follow shop instgram NIQANYSA. Yang tak pasti lagi tahun depan, masih akan ada Limited Edition seperti ini.

Walaupun rasa seperti hanya melihat dinding bilik dan ceiling diatas tapi percayalah ini yang terbaik untuk kita hapuskan rantaian COVID-19. Maira pun tak berani nak keluar, walaupun ada jugak ajak untuk keluar sebentar,

"Ibu...kat luar ada germsss (gaya Laila watak Kampung People). Cannot go outside..."



Nanti baca balik untuk sekian kalinya akan datang menjadikan PKP sebahagian memori kehidupan.

lukisan Maira menggunakan Paint


Penulis blog,
Anisa Anuar

Friday, December 27, 2019

REVIEW NIQA HIJAB AWNING STARCH

 
Assalamualaikum sebelum 2019 melabuh tirai, Nisa nak share bila mintak review dari one of the influencer daripada IG. I know her from Matrik. Not so close but yeah know her. Start to follow her IG and it seems that whatever she do, sure menjadi punya.
 
Jadinya, Nisa tak lepaskan peluang untuk minta dia review one of NIQA punya product. Alhamdulillah, all turn out very well. She give the best review and yet her picture like super flawless. Super grateful to her. After she up her post, banyak yang DM lepas tu.
 
 
You may follow her IG @faatinakib - basically she share her journey mother of two children as well as entrepreneur. Ada jugak kisah travel journey dia. Well, she share tips too sometimes in her IG. You will be lucky to learn it.
 
Boleh juga follow IG business Nisa mainly for NIQA product at @niqanysa
 
Terima kasih semua

Saturday, July 06, 2019

NIQA INSTANT SPRAY REMOVER mudah hilangkan kotoran dengan segera


Hi semua. Kali ini Nisa nak share satu produk yang sangat membantu Nisa disaat Nisa perlukan. Selalunya kita akan panik bila kita nampak kotoran dan kita akan rasa tak senang duduk. Fikirkan macam mana nak hilangkan kotoran tu. Boleh jadi tengah nak berborak dan otak sedang fikirkan kotoran yang ada tu dan topik borak entah hilang ke mana.

Jangan risau, NIQA INSTANT SPRAY REMOVER yang kita perlukan. Saiz yang kecil sesuai letak di dalam handbag kita. Boleh sembur up to 210 kali. Ini untuk buat kotoran seperti kuah rendang di baju, anak minum air Milo dan tertumpah pada alas meja mahupun kesan lipstik yang ada pada tudung kita.

Hanya perlukan NIQA INSTANTSPRAY REMOVER dengan bantuan tisu basah akan memudahkan kotoran tu tertanggal. Dengan semburan tu, akan keluarkan bau yang wangi. Jadi tidak ada lagi bau sup lepas kita bersihkan baju kita lepas kita hilangkannya. Tidak perlukan pergi ke sinki tandas dan cuba menyentalnya dan habis basah baju kita lepas itu.



Nisa share kan hasil Nisa sendiri guna NIQA INSTANT SPRAY REMOVER. Kotoran ini kena pada handbag Nisa. Nisa pun tak perasan macam mana ada kotoran yang ada, tapi yang Nisa tahu NIQA INSTANT SPRAY REMOVER boleh bantu Nisa hilangkan kotoran hitam tu.

Ini gambar sebelum gunakan NIQA INSTANT SPRAY REMOVER.


Ini hasilnya lepas sembur NIQA INSTANT SPRAY REMOVER bersama wet tissue.


Mudahkan? Nisa akan share detail kepada yang berminat dengan produk NIQA INSTANT SPRAY REMOVER. Harganya RM20 sebotol dan kalau dapat harga promo boleh dapat 3 botol ni dengan harga RM55. Jimatkan? Tapi harga promo tu bergantung kepada NIQA HQ,bila akan ada.
Selalunya ramai akan grab bila harga promo,iyelah boleh beli satu untuk diri sendiri, untuk kakak dan juga untuk kawan sekali.

Macam mana nak dapatkan?
Boleh dapatkan dengan Nisa, agen sah NIQA (NIQA id : 00083)
atau agen NIQA yang berdaftar.
Boleh juga terus direct dengan NIQA HQ.
Kami ada di FB dan juga instagram.

Testimoni yang lain

Pada yang berminat, boleh terus direct dengan Nisa.



Monday, June 03, 2019

Mood Republik 2019


Hi semua. Nak share lepas join Mood Republik dekat MITEC haritu. Nak dijadikan cerita, Nisa join hari Jumaat. Apply Birthday leave dan macam ber "me time" kat sana. Bukan pergi shopping tapi jaga booth. Sampai husband pun ingat nak gi shopping. Tu yang dia pelik kot, isteri dia tak mintak duit lebih. Rupanya nak pergi buat duit.

Mood Republik official bukak pukul 11 pagi macam tu. Dah launching tu, berpusu-pusu diaorang masuk dewan. Depan booth NIQA haritu, Dato Alif Syukri dan ramai lagi lalu depan tu. Haishh lain macam jugak aura bila jumpa depan-depan.

Buat bisnes offline, fuhh mencabar betul.. Masa nak 'break the ice' tu bukan main susah yang amat. Alhamdulillah lepas 3 ke 5 customer, dapat close sale. Time tu, takut tapi dalam hati fikir sampai bila. Lama-lama dah tahu taktik, daapat close lagi dan lagi. dalam masa 2 jam. InsyaAllah apa yang belajar masa Mood Republik akan buat kat luar jugak.

Banyak benda Nisa belajar, InsyaAllah upgrade lagi ilmu didada. Terima kasih NIQA untuk kesempatan yang tak boleh Nisa lupakan.

Berminat jadi team NIQA? Boleh cari Nisa ataupun kenalan yang dah pun dalam team NIQA.



Monday, February 04, 2019

Bising dalam group dapat lucky gift #SuperbUltimateteam



Tengok heading pun macam biar betul ni..kan kan...
Nisa ni jenis agak susah sikit nak bising dalam whatsapp group lebih-lebih lagi dalam tu kita tak kenal orang sangat dan ada a few yang kenal melalui facebook.

Setiap task dalam group try jugak buat. Nak commit tu memang kena struggle sikit.
Nak jaga anak lagi, ada nak uruskan hal rumah sikit.
Bila bagi reponse dalam group, Nisa a bit extra bisingnye. Dengan fikir bila lagi nak orang kenal.
Fikir untuk belajar. Tambah lagi ilmu didada ni. Iyelah masih berakit-rakit dalam bisnes ni.

Bila kelas dah habis, rasa puas hati sebab belajar benda baru.
Dalam fikiran, "Aku kena konsisten share produk best ni.. Kau pun tahu produk ni terbaik..Be proud to be part of it.."

Dihujung waktu kelas online tu ada kata nak bagi hadiah untuk next task. Dalam hati, "InsyaAllah kalau ada rezeki ni tak kemana la..dapat hadiah ni..." 
Iyelah siapa yang tak suka hadiahkan. Lepas dah umumkan yang bertuah menang untuk special task nama tak sebut. Sebab special task tu buat sedikit lewat. Ada tanggungjawab di tempat kerja.
Ucap tahniah yang menang.. Doakan kepada yang bertuah tu.

Selang beberapa ketika tu ada announcement kata ada special gift untuk yang paling kecoh dalam group. Nama Nisa disebut. I was like, "siyes la ni...betul dah tag nombor kita..Syukur yang amat.."


Disebalik kita bukan buat untuk harapkan balasan dan bersungguh buat untuk upgrade kan diri. InsyaAllah pasti ada rezeki buat kita.
Tak rezeki dari segi customer berdunyun-dunyun, mungkin ilmu, adab (hormat orang yang memberi pendapat mahupun tunjuk ajar kepada kita) & kawan baru kita dapat tu boleh jadi rezeki buat kita juga. Semoga Allah sentiasa limpahi kita rezeki yang tak disangka-sangka buat kita.
Kita sebagai hambanya perlu sentiasa mengingati Allah biar waktu susah mahupun senang.
InsyaAllah.

Semoga Nisa terus maju dalam team yang sangat awesome ni.

Daripada, Anisa



Wednesday, December 06, 2017

Rahsia Kekal Remaja


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus dan terus beri manfaat dengan pelbagai cara kepada ramai orang. Ternyata bukan mudah tetapi Nisa sangat enjoy every single moment of it.
 
 
Rahsia Kekal Remaja - FB page yang Nisa sendiri handle.
Dari sudut posting, komen semua lahhh..
Kalau sekarang budak-budak UiTM ada projek ENT kan..
boleh dikatakan ni Nisa yang handle.
 
Page like alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih pada likers semua.
Kali ni page RKR lebih tekankan bab penjagaan muka dan rambut.
Benda yang hari-hari kita hadap dan Nisa sendiri struggle.
Jadinya dengan ada RKR, Nisa sendiri adalah pengguna dan
boleh korang namakan bahan experiment.
Tak kan, Nisa nak rekomen kat orang yang bukan-bukan. Cari penyakit ke hahaha..
Overall, memang semua membantu sangat. Bila dah jadi mak ni, selalu terlepas pandang
 
Nisa share gambar foundation Jannah Cosmetic & MYFA Hair Serum.
Tengok-tengok aje pun tak apa.
 



 


Monday, November 27, 2017

Pentingnya ada ready stok

Aktiviti weekend walaupun bersama dengan keluarga, tak lupa juga untuk berjumpa dengan customer. Well, most of it my dear friend.
Jadinya, ambil kesempatan jumpa quick catch up sambil hantar barang.
Barangnya apa?
Ni ha yang kat gambar bawah ni.
.
.
.
.
.
.



COD 5 pasang stokin soka

COD 2 pasang stokin soka
Comel kan guna paper bag tu..hehehe Nisa pun suka gunakan..
Muat-muat pulak tu.. ehh, macam cantik pulak letak jadi doorgift kan..
 
Reaksi kawan-kawan, "Nisa awat la makin kurus ni..."
Hahaha seriousnya tak tahu nak react macam mana.
Sejak azali cengini je la. Tak diet pun. Kalau diet nanti, muka pucat - sakit - kena jumpa doctor.
So, memang tak diet.
 
Bila COD pada kawan-kawan ni, baru realize kena ada ready stok.
Tapi itulah nak ada ready stok pun kena ada 'kaching, kaching..' $$$$
 
Paham..paham la ea.. hahaha.. kita ni guna modal pun dengan apa yang ada.
Tak kisah pun semua tu, sebab journey kan..
Seronok lagi macam ni.. Terima kasih yang percaya dan beli daripada Nisa.
InsyaAllah akan buat lagi baik. Ada rezeki lebih, nak jugak bat giveaway untuk dear follower blog.
 
Hurmm, not bad jugak...Boleh la dipertimbangkan.
Tapi...ada ke nak join?

Saturday, November 18, 2017

Kompilasi testimoni MYFA Serum


Hi semua. Hari ni ambil kesempatan untuk buat kompilasi testimoni MYFA Serum. Nisa pun pakai dan yes jual sekali. Nisa sudah rasa hasilnya dan alhamdulillah seronok berkongsi dengan orang lain. Terima kasih pada kak solehah yang perkenalkan MYFA Serum.











Ada yang pernah dengar ke? Alhamdulillah ramai dah mula nak kenal. Harga sebotol ni RM10 je taw.
Berbaloi sangat. Dah la murah, pastu masalah rambut kita pun dah boleh selesai.

Wednesday, November 08, 2017

3 Tips membeli dari online seller dengan cara jimat


Memandangkan Nisa pun kira selalu jugak shopping online dan pada masa yang sama, online seller...jadi tak salah nak share tips nak membeli ni. Nisa boleh kongsi dari point of view from online seller. Boleh berkongsi dengan yang lain, sekiranya ada manfaat.



1. Grab bila ada promo atau free postage.


Kat sini korang akan dapat penjimatan yang berbaloi-baloi. Postage ni yang selalu kita caj untuk pos laju, eacy parcel dan seangkatan dengannya.
So, rajin jenguk bila ada ni offer ni. Promo pun sama, akan bagi jimat dari pembelian biasa.
Biasanya ada timeline, kalau kena budi bicara boleh aje online seller nak extend..tapi kalau dah offer pun lama berlalu tapi kita tak boleh nak grab, tak apa let go dulu. Uruskan mana yang penting dulu. Nanti insyaAllah akan ada yang lain.

2. Kongsi postage dengan kawan-kawan


biasanya bila kita beli lebih dari satu item, so dah boleh jimat situ. so nanti tanya kat kawan-kawan,
"Nak beli jugak ke...jom join postage sama.."
Advantage kalau satu tempat kerja ataupun rumah dekat-dekat. Nanti bila dah tengok beli benda yang sama, pastu "Alaaaa nape tak cakap nak beli jugak, kalau tak boleh join postage..."
Tak apa inform pada kenalan, sama-sama untung pulak tu. Nisa selalu buat dengan mommy Nisa, kalau dia nak beli Stokin Soka..sama ada hantar ke alamat kampong atau alamat Nisa.

3. Beli borong atau pukal


Beli sekali banyak selalunya dapat murah sikit. Ikut budi bicara atau SOP online seller tu.
Caranya : kumpulkan order satu office, satu kawasan kejiranan untuk beli barang tu.
Kalau anda kak long atau abang long kawasan lagi banyak advantage disitu. hahaha.. ke arah kebaikan taw. Jangan macam-macam.

 

Selamat berbelanja dengan cara bijak ea semua.

Monday, October 23, 2017

3 SITUASI ANDA PERLUKAN STOKIN SOKA

Hi semua. Bila dah mula pakai Stokin Soka, saya rasa mesti beritahu yang lain bila masanya sesuai kita perlukan Stokin Soka. Mungkin ada yang rasa, tak perlulah ada...tapi mari kita tengok balik..jika 3 situasi ini yang anda amat perlukan Stokin Soka.







1. Bila anda pergi bercuti di tempat yang sejuk mahupun anda menginap di hotel dalam Malaysia.
Boleh berikan kaki kita rasa 'warm' dan selesa kita untuk tidur. Kebiasaannya kita akan selubung dalam selimut berlapis-lapis kan, untuk tak rasa sejuk sangat.


2. Beriadah ataupun ke pejabat.
Pelajar boleh gunakan ketika untuk beriadah. Pekerja swasta boleh gunakan ke kerja atau bertemu klien. Anggota beruniform boleh gunakan ketika mereka berkhidmat. Sesuai untuk tujuan formal atau casual.


3. Menutup aurat.
Secara jujurnya, Nisa pun masih dalam stage consistent untuk tujuan ni. Doakan ea.
Perasaan tu datang bila tengah duduk dalam BRT, lepas tu rasa kaki tu 'macam tak berbaju'. Puas duk tarik skirt labuh nak tutupkan. Waktu tu terdetik dalam hati,
"Kenapalah tak pakai stokin soka?"


Jadi, dalam salah satu situasi ada yang korang alami? ataupun keluarga rapat alami? Jadi tak salah usha, lepas tu grab Stokin Soka. Feel sendiri dan pakai, ada banyak pattern yang kita suka.

Macam mana nak dapat?

Boleh dapatkan kawan-kawan yang ada jual Stokin Soka ni atau boleh tanya dengan Nisa. Mana la tahu sebelum ni, tak pernah nak tegur kawan kita ni tapi dengan Stokin Soka ukhwah terjalin. InsyaAllah dengan izinNya.

Boleh juga email ke znysarashop@yahoo.com

Thursday, October 12, 2017

Kompilasi gambar postage team #LAminFamily


Salam semua. Alhamdulillah rezeki dapat team yang awesome. 

Jadi siapa mereka ni? 


Nisa pun tergolong dalam team yang hebat ni. 
Kami semua memberi perkhidmatan terutama pada ibu dan ayah 
untuk beri edu-toys untuk si manja mereka. 
Jadi Nisa dedikasi kan post ni, dengan gambar postage mereka tanpa mengikut susunan timeline.



stok yang ada dari admin #LAminFamily awal bulan haritu, sekarang dah macam nak susut je..




Jadi bukan Nisa buat ni sorang-sorang taw.
Alhamdulillah group ni memang supportive.

Boleh tengok instagram @znysarashop
yang Nisa handle dan insyaAllah akan beri servis tiptop pada yang membeli dari Nisa.

Ohh style Nisa suka tanya, apa yang korang nak taw..
Kalau tak ada apa yang nak, Nisa tak akan paksa apa-apa.
Once dah buat payment, terus Nisa proceed untuk postage.

InsyaAllah ada rezeki Nisa akan buat stok sendiri jugak.
Sudah mula pun, sedikit demi sedikit tapi konsisten.


Customer Nisa bukan je dari ibu&ayah taw,
ada kawan ni nak beli present untuk anak kawan dia.

Ada tu kumpul semua bawah satu postage satu tempat kerja.

Mana-mana boleh, kiranya Nisa ni tolong pada yang tak tahu nak beli apa dan
kadang-kadang tak ada masa nak pergi membeli.

Terima kasih pada yang percaya dengan servis yang Nisa dan @znysarashop berikan.

Semoga semuanya mendapat manfaat. InsyaAllah.

Friday, August 04, 2017

Dikenakan denda "PM untuk harga"


Sudahhh...dah tak boleh guna "PM untuk harga" nanti kena denda. Ramai jugak peniaga online semalam brainstorming, kena tukar cara.. Jadi pembeli jangan paksa peniaga untuk keluarkan statement tu. Tak pasal-pasal je.

It's okay peniaga semua. Perkara kecik je ni... banyak cara boleh buat. Kita kan kreatif, tak kan satu isu ni kita nak melatah kan... Semoga Berjaya semua..

Sunday, June 18, 2017

Lebihan rezeki


Sebelum mulakan entry kali ni, nak ucapkan rasa syukur dengan rezeki yang ada sepanjang menguruskan bisnes kek lapis Sarawak sempena raya. Alhamdulillah dengan usaha dan berserah kepada Allah soal rezeki, adanya rezeki lebih Arissalicious dapat dan ternyata tidak salah untuk berkongsi.

Arissaliciouscake

Masa sahur siap-siapkan pack dalam bekas Tupperware, tak lupa plastik kecik untuk masukkan kek lapis yang ada. Antara flavor yang ada red velvet cheese cake, Cadbury cheese, Oreo crunchy cheese, masam manis. Ini adalah flavor yang top-top orang order dalam bulan Ramadhan ni.

Dengan izin Allah, hari Jumaat petang tu hujan lebat yang amat dan ramai seperti menjangkakan tak sempat nak sampai berbuka di rumah on-time. Tiba-tiba kawan yang Nisa bagi kek lapis ni datang tegur masa Nisa tengah tunggu husband datang, "Nisa..rasanya hari ni berbuka dengan kek lapis yang Nisa bagi ni kot..."

Tergelak hati mendengar. "Alhamdulillah..kek lapis ku ada memberi manfaat kepada orang hari  ni..." sempat hati ni bermonolog berlatarkan hujan lebat bersama angin yang kuat pada waktu itu.


Coretan pendek,
Anisa Nadhira Anuar
Tukang menguruskan Arissaliciouscake

Sunday, January 15, 2017

ED PINAUD PERFUME - 3 SELECTION PERFUME


Koleksi ekslusif khas dari Paris ini lebih dikenali dengan jenama Ed.Pinaud. Sebelum buat list koleksi perfume Ed.Pinaud ni, boleh pahamkan perbezaan antara Eau De Parfum(EDP), Eau de Toilette (EUT) & Eau de colongne (UEC) SINI

Untuk Ed.Pinaud ada lebih dari 20 tapi Nisa akan buat selected beberapa je. Sesuai untuk kegunaan harian, hadiah kepada orang yang tersayang dan hantaran perkahwinan. Ed.Pinaud ini juga sesuai kepada mereka yang tak biasa memakai perfume kerana specialty utamanya bau perfume itu mengikut pH badan seseorang. Awesome kan... memang tak dinafikan kalau Nisa pakai mungkin berbeza sama ada bau kuat atau mild atau soft.

1) JASMIN BLANC (50ml - Woman)



Floral fragrance 
Fragrance features aldehydes, musk, acacia & rose


2) BERGAMOTE MANDARIN (50ml - WOMAN)



Citrus fragrance
Fragrance features jasmine, peony, amber, bergamot and mandarin orange

3) POMME FLEURIE (50ml - WOMAN)


Floral fragrance
Fragrance features fruity notes, jasmine and amber

Untuk Nisa, dah try kesemuanya...ada jadikan hadiah dan ada untuk hantaran haritu. Husband pun suka dengan bau ni...and kadang-kadang dia pun pakai jugak taw..bila dia nak personaliti outstanding but still effortless. 



Untuk pertanyaan lanjut untuk perfume ni, boleh whatsapp dengan Nisa (013-6436218) atau email pada anisaanuar@gmail.com

Monday, November 14, 2016

Cellmaxx sesuai untuk ibu mengandung

Testimoni berjaya

Hi semua. Pertamanya nak ucapkan rasa bersyukur kerana diperkenalkan produk yang banyak memberi manfaat kepada ramai orang. Kali ni Khas untuk ibu mengandung Dan juga breastfeeding mom..  Nisa sendiri sebagai pengguna turut merasai perubahan setelah minum cellmaxx. Alhamdulillah dapat menghasilkan stok susu yang mencukupi walaupun pada mulanya ada rasa ragu-ragu dengan kebolehan sendiri. Ternyata cellmaxx sedikit sebanyak membantu journey sebagai breastfeeding mom..

Testimoni berjaya selepas menggunakannya boleh kita lihat hasilnya. InsyaAllah kepada yang masih mencari Jalan penyelesaian, cellmaxx yang anda perlukan.

Nisa sudah amalkan, anda bila lagi?


Wednesday, October 26, 2016

Cellmaxx Nature Most Unique Superfood

Cellmaxx Nature Most Unique Superfood |  Salam semua reader. Kali ni nak buat simple review produk Cellmaxx. Iyelah kan sementara belum sibuk dengan kerja di office ni.

Okay Nisa nak ceritakan produk yang Nisa sendiri gunakan dan bermulanya sebab bapak Nisa yang perkenalkan. Jadinya, apa Cellmaxx ni?

Cellmaxx adalah makanan kesihatan yang berasaskan alga biru hijau atau nama saintifik Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) yang berasal dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat.
Cellmaxx kaya dengan nutrisi lengkap seperti Polisakarida, Klorofil, L-Selectin Ligand, Vitamin, Mineral Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA).
Berdasarkan kajian pengambilan AFA sebanyak 1 hingga 3 gram sehari mampu meransang pembebasan ibu sel atau stem sel dan sel-sel baru daripada tulang sum sum yang diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semula jadi. 
sekotak ada 14 sachet 
Berapa harga sekotak Cellmaxx?

Ada perbezaan harga untuk ahli dan bukan ahli.

Untuk ahli : Semenanjung Malaysia RM150 sekotak // Sabah Sarawak RM155 sekotak

Untuk bukan ahli : Semenanjung Malaysia RM180 sekotak // Sabah Sarawak RM185 sekotak

Soalan seterusnya yang sangat femes orang akan tanya

Berapa lama untuk nampak kesan selepas consume Cellmaxx ni?

Bergantung kepada jenis penyakit dan tahap kemerosotan kesihatan seseorang. Lebih banyak penyakit maka lebih banyak masa untuk proses pemulihan. Jadi pada yang mengalami masalah kesihatan yang kronik adalah disarankan untuk mengambil Cellmaxx dengan lebih kerap.

Jika ada tindak balas seperti sakit kepala berpanjangan akibat peningkatan metabolisma dalam badan, disarankan untuk mengurangkan dos pengambilan Cellmaxx.

Bagaimana cara untuk MEMBELI / menjadi agen dan pengedar dengan Cellmaxx?

Boleh direct whatsapp ANISA 013-6436218 / ZUL 013-2281662

Mudah-mudahan dengan sedikit info berkaitan Cellmaxx dapat membantu dalam mencari initiatif ke arah kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.

Saturday, September 24, 2016

Soalan femes : free postage ke?

Soalan femus : free postage ke?

Percayalah bila peniaga online ada kenakan postage itu, ibarat mereka sedang buka kedai mereka. Dan mereka tak mengambil keuntungan dengan postage itu.

Tapi ada peniaga yang pemurah beri free postage sama ada part of the offer atau marketing ataupun zakat bisnes mereka. Apa pun niat mereka, Doakan bisnes mereka makin maju.

Sekadar pendapat... Bukan copy paste.

#nisatalk
#nisaatwork
#rahsiakekalremaja
#arisaaliciouscake


Wednesday, September 07, 2016

Sesi sharing : Magiknya Solat Dhuha


Apa korang nak buat bila nampak kawan korang up status 
untuk perlukan sokongan moral?
Diamkan diri? Bagi thumbs up atau love aje status tu?
Direct komen? 

Entah kenapa, hari tu...bila nampak post dari kawan, kenalan dari sekolah
terus PM dia.. sebab pernah rasa dalam situasi dia.
Jadi bermula la episod untuk tahu cerita dari kawan Nisa ni..

tutup nama kawan tu...rahsia takmo gtaw nama..nnt korang cari
direct kawan Nisa ni tanya... nampak betapa seriousnya matter ni..
jangan tanya sape Keeba, buat-buat tak nampak aje la ea..
Apa yang Nisa buat cuma bagi apa yang Nisa belajar masa start dunia bisnes dan dah pun jadi amalan harian... jadi resah gelisah kalau tak buat..

Uishhh amalan apa ni Nisa... 
Amalan wajib - solat 5 waktu tak boleh dah nak dipisahkan..tapi yang Nisa bagi ni,
extra Nisa buat..sebab Allah suka bila hamba-Nya ingatkan Nya.
Nisa mintak kawan Nisa ni start buat solat dhuha..
kalau rasa susah buat banyak, cuba dengan sikit dulu.
Buat 2 rakaat lepas tu, rasa sendiri magik solat dhuha.

Esokanya, kawan Nisa ni terus 'ping' kat FB messenger.

terharu...mengigil taw baca masa dapat msg ni haritu
Alhamdulillah, ni cerita benar...bukan Nisa nak reka..
kalau nak taw Nisa reka je lebih cerita ni, cuba korang buat seminggu...dan bila tak buat apa korang rasa.. memang lain macam taw bila buat solat Dhuha ni..

Nisa doakan kepada sesiapa yang tergerak hati nak buat solat dhuha lepas ni,
dengan bacanya cerita kawan Nisa ni...Nisa doakan semua dapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Kita sama-sama buat dengan konsisten ea..
Istiqamah..buat dan buat tanpa rasa jemu..


Menulis tanpa henti,
Puan Anisa 
hasil karya cik amal


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post