Showing posts with label list. Show all posts
Showing posts with label list. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Post lama UP kembali Puasa mode


Sejak kebelakangan ni perasan ada posting yang lama naik kembali di Pageview.
Mungkin ada yang search tempat best untuk berbuka. Nisa banyak buat review masa awal kahwin. Time tu banyak jemputan berbuka, itulah ambil peluang review tempat berbuka sekitar Lembah Klang.

Antara post yang boleh terjah

  1. Shell Out @ Stadium Kampung Baru - still lagi tempat favorite. Sebab Bapak rajin pergi sini.
  2. Berbuka Puasa @ Groovy Factory NU Sentral - ni dah lama dah, jadinya mungkin boleh jadi tak up-to-date.
Ohh yea semalam pun ada pergi berbuka dengan kawan-kawan. Boleh nanti Nisa share dengan semua ea. Tak kisah dimana kita nak berbuka, janji bersederhana okay? Jangan bazir taw.

Meh kongsi lagi review tempat berbuka puasa yang best. Boleh jugak nak blog-walking sekali.


Tuesday, January 02, 2018

Bye 2017 and Hello 2018 for Anisa Anuar official blog


Hi semua. Ambil kesempatan dalam post ni nak ucap terima kasih sepanjang 2017. Segala keringat dan gelak tawa tidak akan ku lupakan sampai bila-bila. Nak recap apa yang jadi 2017, aci tak?

  1. Maira umur setahun (13 April 2017), esoknya Tok Ma meninggal dunia. Al-fatihah. Lusanya, Ayahcik kahwin.
  2. Raya 2017 di Kelantan. Suasana berbeza sangat sebab ketiadaan Tok Ma.
  3. Career - accept challenge jadi trainer. Ajar office mate create blog.
  4. Home tuition - mengajar dalam 11 orang. Pencapaian English PT3 - 2 orang dapat A, 5 orang yang lain lulus.
  5. Bisnes - kek lapis Sarawak, Stokin Soka (start September 2017) , mainan baby& toddler, Personal Shopper (Madre Collection sempena Raya), Myfa Hair Serum (start October 2017) dan Jannah Cosmetic agent (start November 2017). Fuhhh, bukan mudah nak buat nama dan brand sendiri. InsyaAllah akan ada progress bagi tahun 2018.
  6. Jalan-jalan : Bukit Tinggi, Cherating, PD, Pulau Pinang. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kesana.
  7. Finance - complete Money Challenge 2017 for Kids. Buat untuk Maira. Gigih nak completekan jugak. InsyaAllah boleh teruskan lagi tahun 2018. ASB online pun dah buat. Komitmen sikit je lagi nak setel. Fighting!! ke arah bebas hutang.
Alhamdulillah dari tak ada idea nak listing, akhirnya dapat jugak buat ni. Rasa macam ada lagi, tapi cukup la ni. Menunjuk ke ni? Tidak lah, cuma untuk buat rasa untuk beringat dan sentiasa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Nape tak buat listing yang part sedih-sedih? Takmo lah. Simpan sendiri lagi baik.

Sebenarnya ada satu lagi harapan....

 
cuma nak dapat 50kg, itu je. And of course, sihat walafiat.

Wednesday, November 08, 2017

3 Tips membeli dari online seller dengan cara jimat


Memandangkan Nisa pun kira selalu jugak shopping online dan pada masa yang sama, online seller...jadi tak salah nak share tips nak membeli ni. Nisa boleh kongsi dari point of view from online seller. Boleh berkongsi dengan yang lain, sekiranya ada manfaat.



1. Grab bila ada promo atau free postage.


Kat sini korang akan dapat penjimatan yang berbaloi-baloi. Postage ni yang selalu kita caj untuk pos laju, eacy parcel dan seangkatan dengannya.
So, rajin jenguk bila ada ni offer ni. Promo pun sama, akan bagi jimat dari pembelian biasa.
Biasanya ada timeline, kalau kena budi bicara boleh aje online seller nak extend..tapi kalau dah offer pun lama berlalu tapi kita tak boleh nak grab, tak apa let go dulu. Uruskan mana yang penting dulu. Nanti insyaAllah akan ada yang lain.

2. Kongsi postage dengan kawan-kawan


biasanya bila kita beli lebih dari satu item, so dah boleh jimat situ. so nanti tanya kat kawan-kawan,
"Nak beli jugak ke...jom join postage sama.."
Advantage kalau satu tempat kerja ataupun rumah dekat-dekat. Nanti bila dah tengok beli benda yang sama, pastu "Alaaaa nape tak cakap nak beli jugak, kalau tak boleh join postage..."
Tak apa inform pada kenalan, sama-sama untung pulak tu. Nisa selalu buat dengan mommy Nisa, kalau dia nak beli Stokin Soka..sama ada hantar ke alamat kampong atau alamat Nisa.

3. Beli borong atau pukal


Beli sekali banyak selalunya dapat murah sikit. Ikut budi bicara atau SOP online seller tu.
Caranya : kumpulkan order satu office, satu kawasan kejiranan untuk beli barang tu.
Kalau anda kak long atau abang long kawasan lagi banyak advantage disitu. hahaha.. ke arah kebaikan taw. Jangan macam-macam.

 

Selamat berbelanja dengan cara bijak ea semua.

Monday, October 23, 2017

3 SITUASI ANDA PERLUKAN STOKIN SOKA

Hi semua. Bila dah mula pakai Stokin Soka, saya rasa mesti beritahu yang lain bila masanya sesuai kita perlukan Stokin Soka. Mungkin ada yang rasa, tak perlulah ada...tapi mari kita tengok balik..jika 3 situasi ini yang anda amat perlukan Stokin Soka.







1. Bila anda pergi bercuti di tempat yang sejuk mahupun anda menginap di hotel dalam Malaysia.
Boleh berikan kaki kita rasa 'warm' dan selesa kita untuk tidur. Kebiasaannya kita akan selubung dalam selimut berlapis-lapis kan, untuk tak rasa sejuk sangat.


2. Beriadah ataupun ke pejabat.
Pelajar boleh gunakan ketika untuk beriadah. Pekerja swasta boleh gunakan ke kerja atau bertemu klien. Anggota beruniform boleh gunakan ketika mereka berkhidmat. Sesuai untuk tujuan formal atau casual.


3. Menutup aurat.
Secara jujurnya, Nisa pun masih dalam stage consistent untuk tujuan ni. Doakan ea.
Perasaan tu datang bila tengah duduk dalam BRT, lepas tu rasa kaki tu 'macam tak berbaju'. Puas duk tarik skirt labuh nak tutupkan. Waktu tu terdetik dalam hati,
"Kenapalah tak pakai stokin soka?"


Jadi, dalam salah satu situasi ada yang korang alami? ataupun keluarga rapat alami? Jadi tak salah usha, lepas tu grab Stokin Soka. Feel sendiri dan pakai, ada banyak pattern yang kita suka.

Macam mana nak dapat?

Boleh dapatkan kawan-kawan yang ada jual Stokin Soka ni atau boleh tanya dengan Nisa. Mana la tahu sebelum ni, tak pernah nak tegur kawan kita ni tapi dengan Stokin Soka ukhwah terjalin. InsyaAllah dengan izinNya.

Boleh juga email ke znysarashop@yahoo.com

Wednesday, October 18, 2017

Top 5 : Kenapa best online shopping?


Sekarang ini sudah tidak asing lagi untuk online shopping. Tak kira umur, jantina mahupun kawasan kita, semua orang boleh online shopping. Jadi Nisa nak senaraikan kenapa kita online shopping.. Jom sama-sama kita tengok, adakah kita pun sama juga.

gambar dari google

1.    Mudah untuk membeli. Kita tidak perlu cari parking, bersesak di kedai hanya untuk membeli barang yang kita mahukan. Jimat masa, ruang dan tenaga kita. Kita cuma perlu pilih, klik,klik mana yang kita nak. Letak dalam cart dan bayar. Tunggu barang-barang kita sampai terus ke rumah.

2.    Kita sudah tahu mahu beli apa dan agak susah untuk beli yang kita tidak mahu. Jika kita beli ke kedai, kemungkinan besar akan tambah item yang lain. Opppsss over-spending pulak jadinya. Betul kan?

3.    Promosi, promosi dan promosi. Kebiasaannya boleh gunakan promo code dan dapat lebih murah. Jimat, berbaloi-baloi la senang cerita. 

4.     Diskaun barangan yang kita suka. Siapa tak suka diskaun ye dak. Apa lagi, time tu banyak kita shoppingnya.

5. Dapat cashback bila kita online shopping guna ShopBack - banyak online shopping yang best dalam tu : Lazada, Zalora, HERMO, 11Street. Jadinya kita tak rugi, dapat duit balik. Contoh kita spend dalam RM100 dan dapat offer dalam 3% cashback masuk dalam akaun kita. Siapa nak bagi kan. Percent tu bergantung pada online shopping kita guna taw. Tak semua sama.

Cukup la sebab ini dulu, kalau ada nak tambah boleh aje nanti. Online shopping ada baik dan buruknya. Buruknya bila kita tak pandai kawal, sama je bila kita shopping di kedai. Berkaitan servis tu, masing-masing akan alami mungkin yang OK atau pun tidak. Apa-apa pun, kalau yang tidak biasa tu, boleh minta kawan yang biasa shopping online. 


Selamat bershopping online.

Friday, June 30, 2017

3 Cara nak dapatkan post terbaru dari Anisa Anuar official blog

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Okay lah straight forward je post kali ni,
 

Cara-cara nak dapatkan post terbaru dari

Anisa Anuar official blog

 

Ada 3 cara mudah boleh korang buat.
 
 
Yang pertama, of course dengan jadi follower blog ni..
and directly akan dapat update kat reading list.
 
 
Yang kedua, tekan butang "Subscribe" atas nun kat blog ni.
Nisa baru create butang "Subcribe" ni, so feel free to subscribe ea..
 
 
 
Last but not least, FB page.
Mostly my silent reader and my friend yang like.
Tak berapa war-war kan sangat page ni kat personal FB.
For me, sape nak like boleh aje.
Any update Nisa akan letak sini. Cuma kadang-kadang lambat jugak la.
Ada jugak buat throwback post-post yang lama.
 
 
Senang je kan? Mana-mana cara pun boleh.
InsyaAllah semoga semua mendapat manfaat dari blog Nisa ni.
 
 


Monday, June 19, 2017

Checklist sebelum balik kampung [versi pre-raya]


Assalamualaikum semua dan salam ramadhan buat semua. Tengah break kerja sekejap, tiba-tiba datang idea nak tulis entri post. Jadinya mood kerja macam 'a little bit' ke laut tapi cuba jugak fokus sehabis baik. Sekarang fikir nak balik kampung, nak rehat beberapa hari (yang mungkin tak berapa rehat sangat nanti)

Jadi, jom tolong Nisa buat checklist sebelum balik kampung. Sebabkan Nisa nanti yang buatkan bab-bab kemas beg satu family yang Nisa perasan ada je akan tertinggal barang. Dulu rajin jugak conteng-conteng checklist, sejak dah umur nak bertambah ni, jadi macam tak terbuat pulak. Padahal tak ada susah mana pun.

Checklist utama:

1. Kereta servis?

2. Kuih raya? Kek lapis Sarawak raya?

3. Pesanan barang dari kampung untuk dibawa?

4. Security rumah? Perlu tukar kunci mangga?


Personal listing


1. Baju untuk raya pertama - complete husband, saya dan Maira punya.

2. Kasut + selipar atau sandal.

3. Baju harian. T-shirt, casual, seluar jeans untuk lebih kurang 5 hari di kampung.

4. Toiletries - sikat, berus gigi, bedak

5. Makanan Maira. Botol susu. Peralatan pam susu.

6. Mainan Maira. Tak nak bagi dia bosan sepanjang dalam kereta nanti.


Nape nak kena buat checklist ni? Because sometimes I have this kind of feeling - not so pleasant expression. Korang tahu kan rasa dia macam mana. Rasa dia macam semua benda korang dah buat, confident gila dah setel...but deep inside rasa macam "ada lagi yang macam lupa...apa eh..."

sabar aje la
Okay lah korang semoga berjaya buat persiapan raya. Hati-hati balik nanti.. uittt macam awal je nak wish ni hahaha...lantak la labu, mood dah nak kelaut jugak.. Ya Allah untuk beberapa hari ni, jaga la mood ku ni untuk menjaga keberkatan ku dalam mencari rezeki.

Saturday, June 28, 2014

Another book list


Last post I was write something on a confession of book lover. Actually that book lover is me..not surprise? Good then. No need to explain into details.

So, I just want to share what are my book that I want to be ; keep as a list-book-to-buy.

1. KL NOIR : RED & WHITE

2. FANGIRL & Eleanor and Park

Anyone of you have any of these books...can I borrow it? Please..

From owner of the blog,
Anisa Anuar

Wednesday, May 21, 2014

Next Target to Unlocked : New Bookstore


Hey guys...yeahh I'm a book lover and can be consider as collector.
Every month usually I will buy 2 or 3 books.
Trust me, I do buy those and end up I'm struggling in finish it.

I found out there's a new bookstore in town 
at the Fahrenheit 88, just near to my office..
Instead of Kinokuniya, this will be the place I might spend time more or less 2 hours.
Insane right *laughing* tell me about it..

picture from BookXcess page
   

You can also visit this Facebook page to know more 
about books and promotions BookXcess

My other recommandation Facebook page

Sunday, January 19, 2014

My 2014 Wishlist : Cupboard for myself


Hey everyone...So,what is this about wishlist thing.. I just want to write what do I wish in 2014 and how I would love to fulfill it. I haven't done quite well on fulfill my wishlist frankly.. My wishlist is to have my own cupboard. Since, right now I lived in KL as I am now working around the area. I have an issue where my clothes not being assemble in a good way.. It is good for me but just the space look so untidy.

So, what kind of cupboard do I want? Let see...
First, I want everything can be assemble in the most tidy that it can be. Then, if there is mirror at the door; it will be just nice. I can look myself in mirror, although I am not fancy to look at the mirror anyway.
I don't want too big -  just perfectly enough for myself. If I have big cupboard,trust me I will buy tonnes of clothes just to make it no empty space left. Material of the cupboard- not to heavy type because it will be difficult if I have to lift it by myself. One thing I believe, this is quite impossible to fulfill it. Design - just make it simple and plain will be enough for me. As for my budget...I haven't thought it yet..but with advice from my friends, I must have at least RM300 for starting,if I want to buy based on features that I want..

Where I want to buy.. I need to have suggestion for that.. On my mind, I'm just think IKEA would be my perfect place to start my search for it.. Now the thing is...am I going to succeed to have my own cupboard.. Wish me luck then.. If you guys have some ideas or thoughts on what should I look to buy it, mind to leave comments here.. I will be happy to read it..  


picture from Google
My First Wishlist on 2014,
ANISA (^_^) xoxo

Friday, May 10, 2013

11 Things About ME


Hye semua.. Michelle dah tag saya untuk 11 Things about me.
dah macam ala2 lagu Miley Cyrus 7 Things tu..untuk Miley lagu tu more on healing relationship.
kalau nak buat jugak kena ikut a few rules..

1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.
 
 
so,let's get start it..
11 Things About ME
 
1. anak sulung.
2. book worm
3. selalu jadi 'raksasa' bila main dengan adik sejak dari kecik.
4. not so into it dengan facebook lately sebab rasa tak sedap hati setiap kali log in.
5. Back Street Boys die hard fan. ada collection album sejak umur 6 tahun.
6. makan SANGAT slow. 
7.suka budak kecik especially boy hehehe...teringat adik2 time kecik.
8. tak pandai masak tapi bila terpaksa masak je..
9.tak memilih bab makan.
10. suka apa-apa yang spontan.
11. garang bila dengan adik-adik.
 
Soalan Michelle untuk saya
 
1.Kenapa awak berblog?
pada mulanya sebab assignment ITC. dah lama-lama jadi minat + addicted
 
2.Awak umur berapa ?
2013 ni ke?? bakal umur 23 tahun...maknanya haritu pergi mengundi la..
 
3.Blog saya berat atau tak?
sangat tak berat...berat bila line internet problem hehehe
 
4.Awak suka kawan dengan saya tak? hahaha :P
nape tak suka pulak...kena jumpe depan2 baru boleh jadi close friend..
and we might end up be BFF..who knows..
 
5.Apa awak buat bila bosan?
main remote macam orang tengah main video game..boleh bayangkan tak..
 
6.Awak rasa awak seorang yang macam mana?
soalan ni macam angkat bakul sendiri pulak...orang yg kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain.
 
7.Awak   seorang yang open atau tidak?
yeahhh why not... opinion masing-masing kan..I am good listener..
 
8.Antara kekasih dan sahabat mana awak utamakan?
soalan ni susah...sebab kalau bawak keluar bawak semua sekali...
 
9.bila hari hujan awak suka tak? kenapa? :D
SUKA!!! Sebab tak payah siram pokok...rasa kemalasan bila nak pergi siram..hehehe
 
10.kalau saya minta tolong kamu sesuatu sudi tak kamu tolong walaupun kita tak kenal?
boleh je...tapi selagi yang saya mampu la..
 
11.Antara cheese cake dan cokalet cake mana lagi perghhh sedap? :D
COKELAT la...My Favourite..
 
11 Soalan Dari Saya Pulak
 
1.burger ayam dengan burger daging mana yang lebih korang prefer?
2. Pernah berangan jadi apa? (contoh : power rangers)
3. selalu tak tegur saya? tak kisah dengan apa cara pun..
4. Apa first impression korang terhadap saya?
5. Last time pergi tengok wayang citer apa? dengan siapa?
6. Apa benda yang mesti ada dengan korang bila korang keluar...?
7. Last time stalker orang bila?
8. Bila last time korang dapat hadiah? tak kisah dari siapa pun..
9. Apa perkara spontan yang pernah korang buat?
10.Suka makanan pedas atau manis?
11. Korang pernah kena tipu? dengan siapa?
 
Blogger yang kena tag : K.A.M.I 
dan nak tambah lagi...tengah dilemma nak pilih siapa..
nanti saya update balik..
 
okay dah selesai...antara post yang lama saya spend nak buat..soalan pulak buat terlalu random..mula-mula tadi banyak tanya pasal makanan je..pastu edit balik la..hehehe...tu serupa macam nak ajak pergi makan..
hehehe....jom semua.. =)
 

Thursday, February 28, 2013

3 Perkara yang mesti dihentikan segera


Assalamualaikum...dan hai semua.. Nak kongsi sesuatu dengan rakan-rakan blogger saya..
Terdapat 3 perkara Yang MESTI (dan harus) dihentikan dengan segera jika anda mahukan blog anda dipertonton dan dapat lebih ramai pengikut setia.. 

1. Berhenti dari menjadi (isi tempat kosong)

(isi tempat kosong) tu merujuk pada "professional" , "kesempurnaan" dan apa sahaja.. Apa yang penting adalah menjadi diri ANDA sendiri.. Itu permulaan idea untuk karya blog anda.. Jangan segan ekspresikan ketidak sempurnaan anda.. Ingat!! Tidak ada siapa yang sempurna.. Kongsi pengalaman dan cerita. Memang akan ada orang yang menilai tapi anda lebih kenal diri anda berbanding diluar sana..Betul kan??

2. Hentikan meng'spotlight' kan diri anda dan serlahkan potensi anda

alamak..meng'spotlight'kan tu bukan bahasa yang betul okay.. maksudnya blog bukan la sebabkan diri kita semata-mata tapi dalam sekaligus boleh memberi manfaat pada orang lain..itu sebaiknya.. Ubahkan cerita anda kepada kawan-kawan, blogger lain atau pengikut anda sebagai contohnya. Potensi pula lebih kepada bakat anda sama ada fotografi, doodle, editting dan apa sahaja.

3. Berhenti dari merisaukan "traffik" blog anda

Yea..ini memang betul.. Jangan risaukan stats dan jangan terlalu obses dengan nombor trafik. Memang betul kita akan lagi teruja bila ramai baca post kita tapi ingat pembaca kita bukan la nombor semata-mata. Pembaca kita tu la yang akan kita bantu dan boleh memberikan manfaat kepada mereka.

Selain ada ukur kejayaan anda dengan bilangan pembaca.. apa kata tukarkan arah kita kepada berapa ramai kenalan kita yang telah terjalin, ukhwah sesama kita dan saling bantu-membantu secara langsung atau pun tidak langsung. Saya percaya dengan memberi pengetahuan yang bermanfaat dan berguna pada orang lain secara konsistennya, pembaca setia anda akan makin bertambah.

Saya pernah berada dalam 3 perkara ini jugak.. Cukup perkongsiaan saya untuk 3 perkara dan mungkin ada diantara anda ingin menambahkannya. Jadi, mulakan semangat baru untuk hari yang akan datang.


Saturday, December 22, 2012

Hasil dari Segmen My Favourite Post 2012


Assalamualaikum semua.. Akhirnya dapat jugak update pasal segmen saya yang tempoh hari.
Memandangkan bulan Disember ni, saya tak buat pun blog-walking sangat 
jadi terima la pemenang untuk segmen ni..saya akan buat simple review..

Special untuk semua yang join segmen ni, 
saya letak kan blog korang dalam My Cool Bloglist sebagai tanda penghargaan 
saya kepada semua yang join..


korang yang join memang giler sporting la..hehehe..
Pemilihan pemenang untuk My Favourite Post 2012 ni
adalah post yang saya sendiri suka..dan mungkin anda juga yang suka..

Post paling menyayat hati ---> Surat untuk Ayah
saya sendiri menangis baca post ni.. korang boleh baca sendiri dengan emosi,okay?
Mengajar saya untuk menghargai orang tua saya..

Post paling Sportive dalam dunia blog ---> Segmen Follower bawah 400
saya percaya dengan segmen ni, banyak membantu blogger di luar sana..
saya memang tabik untuk segmen ni *tabik spring*

Post yang Femus di Media Masa --> Hazwan hairy
wahhh...blogger yang ada dimana-mana sahaja.. Majalah, surat khabar..
namakan aje..dia mesti ada kat situ.. blog awesome..harus la kan..

Post Nice Topic ---> Status Halal Tutti Frutti
dari blog Zam sebab saya sendiri pun tertanya-tanya pasal status ni..
sekarang masih ada yang persoalkan lagi ke? *think hard*

dari blog E'raz, topik yang banyak bagi info bukan untuk kaum Adam
tapi tak lupa kaum Hawa juga.. 

Post citer lawak lagi comel ---> Aku tak pakai helmet?? 
memang kelakar...dan pada masa yang sama comel...hihihi...baca taw korang..

 Post BIG HEADLINE ---> Stay Strong Gaza 
kita tahu pasal GAZA tempoh hari...dengan post ni, kesedaran dan keinsafan dalam diri..
dapat dirasai apa saudara kita sedang hadapi di sana..
 
haa...korang dah baca belum post-post ni..
kalau belum, teruskan untuk baca.. Semoga tahun depan (2013) menjadi 
dunia blog lebih meriah+awesome+best
dan banyak la lagi.. sekian sahaja dari saya..

Tuesday, December 04, 2012

SENARAI PESERTA SEGMENT : MY FAVOURITE POST 2012


Assalamualaikum...wahh terharu sangat ramai yang join Segment : My Favourite Post 2012
 Korang mesti nak tengok jugak kan blogger lain punya favourite post kan.. kalau Nisa ada tertinggal, habaq taw...takut terlepas pandang je kan.. Ikhlas dari saya, terima kasih sebab join segmen Nisa ni..dan...teruskan berblog okay? Nisa pun nanti nak buat post pasal My Favourite Post 2012...tapi bukan sebagai peserta tapi..saje nak kongsi Nisa punya...


1. http://www.erazfadli.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html  

2.  http://fahuna.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

3. http://fendy1302.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

4. http://www.aimisyahirah.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

5. http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2012/12/segmen-my-favorite-post-2012.html

6. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

7. http://eppy25.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

8. http://blackpixiestale.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

9. http://mayesa-jcb.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

10. http://hanyadihatiku.blogspot.com/2012/12/segmen-my-favorite-post-2012.html

11. http://engkumuzahadin.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

12. http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

13. http://cahayatemansejati.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

14. http://lokmanramli.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

15. http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/12/my-feberet-post-2012.html

16. http://syattomania.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

17. http://www.santaileeza.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html 

18.  http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

19.  http://pelangipelangiungu.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

20. http://zamani84.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html

21. http://supercontestblog.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012.html  
22. http://www.hazwanhairy.com/2012/12/segmen-my-favourite-post-for-2012.html 

23. http://karismaizzah.blogspot.com/2012/12/segment-my-favorite-post-2012-by-arina.html

Monday, December 03, 2012

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012


Assalaualaikum semua.. ni nak join bloglist AyuInsyirah ni..
jom la korang, sempat lagi nak join ni..


perghhh nasib sempat join...
asyik nak buat, tapi tak teringat...sorry yea..
maklum la banyak benor agenda..sampai terlupa..
terima la post saya sebagai tanda maaf saya yea..

chaiyok2 bina empayar bloglist yang bakal mengeggarkan dunia blog ni..
hehehe... 12/12/2012 pkl 12malam last korang boleh join..
apa?? tak join lagi...jom la korang..

Sunday, December 02, 2012

Biar Betul?? (SEO Extravaganza)


Assalamualaikum semua..
saje la tangan ni nak check kedudukan SEO Extravaganza
lepas tu...rasa terbeliak bijik mata den ni haa
ce tengok ni korang..


terkejut...korang boleh taip sendiri 
2012 Tahunku Yang Cantik
wahhh terima kasih la semua... tengok la kalau rezeki saya ada untuk 
contest SEO ni...ada la..

hati lebih berkobar-kobar dan semangat nak menaip
blog la...walaupun ada kawan cakap,
"Nisa, gigihnya berblog..."

dah suka...apa pun boleh..
ni pun menaip ditenung dengan member ni...tersengeh sorang-sorang...
over la pulak ekk.. teruskan support blog Anisa's Corner ni ek kawan-kawan


latest update 2/12/2012 7.25 malam

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post