![]() |
| Order Mix Mandi Lamb & Chicken |
Wednesday, June 06, 2018
Buka Puasa @Al Andalus Restaurants, Kuala Lumpur
Monday, June 19, 2017
Checklist sebelum balik kampung [versi pre-raya]
Assalamualaikum semua dan salam ramadhan buat semua. Tengah break kerja sekejap, tiba-tiba datang idea nak tulis entri post. Jadinya mood kerja macam 'a little bit' ke laut tapi cuba jugak fokus sehabis baik. Sekarang fikir nak balik kampung, nak rehat beberapa hari (yang mungkin tak berapa rehat sangat nanti)
Jadi, jom tolong Nisa buat checklist sebelum balik kampung. Sebabkan Nisa nanti yang buatkan bab-bab kemas beg satu family yang Nisa perasan ada je akan tertinggal barang. Dulu rajin jugak conteng-conteng checklist, sejak dah umur nak bertambah ni, jadi macam tak terbuat pulak. Padahal tak ada susah mana pun.
Checklist utama:
1. Kereta servis?2. Kuih raya? Kek lapis Sarawak raya?
3. Pesanan barang dari kampung untuk dibawa?
4. Security rumah? Perlu tukar kunci mangga?
Personal listing
1. Baju untuk raya pertama - complete husband, saya dan Maira punya.
2. Kasut + selipar atau sandal.
3. Baju harian. T-shirt, casual, seluar jeans untuk lebih kurang 5 hari di kampung.
4. Toiletries - sikat, berus gigi, bedak
5. Makanan Maira. Botol susu. Peralatan pam susu.
6. Mainan Maira. Tak nak bagi dia bosan sepanjang dalam kereta nanti.
Nape nak kena buat checklist ni? Because sometimes I have this kind of feeling - not so pleasant expression. Korang tahu kan rasa dia macam mana. Rasa dia macam semua benda korang dah buat, confident gila dah setel...but deep inside rasa macam "ada lagi yang macam lupa...apa eh..."
![]() |
| sabar aje la |
Sunday, June 18, 2017
Lebihan rezeki
Sebelum mulakan entry kali ni, nak ucapkan rasa syukur dengan rezeki yang ada sepanjang menguruskan bisnes kek lapis Sarawak sempena raya. Alhamdulillah dengan usaha dan berserah kepada Allah soal rezeki, adanya rezeki lebih Arissalicious dapat dan ternyata tidak salah untuk berkongsi.
Masa sahur siap-siapkan pack dalam bekas Tupperware, tak lupa plastik kecik untuk masukkan kek lapis yang ada. Antara flavor yang ada red velvet cheese cake, Cadbury cheese, Oreo crunchy cheese, masam manis. Ini adalah flavor yang top-top orang order dalam bulan Ramadhan ni.
Dengan izin Allah, hari Jumaat petang tu hujan lebat yang amat dan ramai seperti menjangkakan tak sempat nak sampai berbuka di rumah on-time. Tiba-tiba kawan yang Nisa bagi kek lapis ni datang tegur masa Nisa tengah tunggu husband datang, "Nisa..rasanya hari ni berbuka dengan kek lapis yang Nisa bagi ni kot..."
Tergelak hati mendengar. "Alhamdulillah..kek lapis ku ada memberi manfaat kepada orang hari ni..." sempat hati ni bermonolog berlatarkan hujan lebat bersama angin yang kuat pada waktu itu.
Coretan pendek,
Anisa Nadhira Anuar
Tukang menguruskan Arissaliciouscake
Saturday, July 11, 2015
Berbuka Puasa @ Bora Ombak, Ampang
Hi semua.. Review makanan buffet datang lagi.. Lately dapat banyak jemputan kawan-kawan berbuka puasa sama. Agaknya ini dinamakan rezeki pengantin. Jadi kali ni berbuka puasa di Bora Ombak, Ampang. Kawan suami yang ajak.. Yg automatik jadi kawan saya jugak.
Untuk ke tempat ni, senang pakai waze. Yang pasti sebelahnya ada tempat indoor futsal. Makan sampai lebam dan tak ingat dah round yang ke berapa....
Harga individu puasa sempena promosi raya ialah rm45 tapi jika datang lebih 10 orang dewasa dapat free seorang. Untuk kanak- kanak price promosi rm30. Kapasiti yang boleh muat dengan hampir 500 orang.
Tempat ini sesuai untuk majlis besar dan juga perkahwinan. Kawasan yang membuat kita lupa akan hidupan di bandar.
Selagi tak menang tangan nak ambil semua makanan. Itu pun encik suami tak percaya saya boleh makan banyak tu (nanti tengok gambar makanan kat bawah).. Kata buffet, makan kena kasi dasyat..
Nah tengok sendiri, ada dapat snap gambar sebelum masa berbuka.. Multitasking la katakan..
Friday, August 10, 2012
Misi Mengemas Rumah
Wednesday, July 25, 2012
apa nak buat kalau juadah buka puasa berlebihan...
Assalamualaikum.. jadi..kita teruskan aje dengan topik hari ni..apa kita nak buat kalau juadah buka puasa terlebih beli...secara tak sengaja..disebabkan keinginan kita semua nak..maklum la time puasa ni..semua makanan ke...minuman ke...semua nampak sedap..
1. sharing. ajak kawan-kawan tolong habiskan sama-sama...tapi kalau kawan kita tu pun sama jugak beli banyak...hahaha...ajak la sebelah jiran ke..
2. lepas terawikh sambung balik makan..tapi lebih best kalau bawak pergi surau..boleh kongsi dengan lebih ramai kan...jadi tak terasa la macam banyak sangat beli kat bazar tadi..hihihihi
3. bagi la kepada yang lebih memerlukan..tetiba tengah jalan, nampak ada orang macam tak makan 2-3 hari, beri la... sesungguhnya memberi adalah lebih mulia.. tapi yang buat muka tak larat sebab puasa tu...boleh je nak bagi..tapi atas dasar kehendak korang sendiri la kan..
4. ni cara yang selamat...esoknya kalau pergi lagi bazar, tak yah bawak duit banyak-banyak... dah tengok banyak tu je duit ada...mesti niat nak membeli secara berlebih-lebihan tu dah tak kan...
apa-apa jua yang kita beli,perlu la beringat supaya tidak membazir...makan sekadar keperluan untuk kita berbuka puasa..pandai merancang perbelanjaan dan pada yang sama, bijak menguruskan cara pemakanan kita ketika bulan Ramadhan yang mulia ini..
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
-
Hye guys... So, how is it going for everyone? Hope you guys not having bad time.. Me? Just spend my holiday...while my friends busy w...
-
STICKY POST SAMPAI 14/12/2012 Assalamualaikum semua...dan hye!! memandangkan saya tengah tak ada kerja... saya mengambil keputusan ...



