Checklist sebelum balik kampung [versi pre-raya]


Assalamualaikum semua dan salam ramadhan buat semua. Tengah break kerja sekejap, tiba-tiba datang idea nak tulis entri post. Jadinya mood kerja macam 'a little bit' ke laut tapi cuba jugak fokus sehabis baik. Sekarang fikir nak balik kampung, nak rehat beberapa hari (yang mungkin tak berapa rehat sangat nanti)

Jadi, jom tolong Nisa buat checklist sebelum balik kampung. Sebabkan Nisa nanti yang buatkan bab-bab kemas beg satu family yang Nisa perasan ada je akan tertinggal barang. Dulu rajin jugak conteng-conteng checklist, sejak dah umur nak bertambah ni, jadi macam tak terbuat pulak. Padahal tak ada susah mana pun.

Checklist utama:

1. Kereta servis?

2. Kuih raya? Kek lapis Sarawak raya?

3. Pesanan barang dari kampung untuk dibawa?

4. Security rumah? Perlu tukar kunci mangga?


Personal listing


1. Baju untuk raya pertama - complete husband, saya dan Maira punya.

2. Kasut + selipar atau sandal.

3. Baju harian. T-shirt, casual, seluar jeans untuk lebih kurang 5 hari di kampung.

4. Toiletries - sikat, berus gigi, bedak

5. Makanan Maira. Botol susu. Peralatan pam susu.

6. Mainan Maira. Tak nak bagi dia bosan sepanjang dalam kereta nanti.


Nape nak kena buat checklist ni? Because sometimes I have this kind of feeling - not so pleasant expression. Korang tahu kan rasa dia macam mana. Rasa dia macam semua benda korang dah buat, confident gila dah setel...but deep inside rasa macam "ada lagi yang macam lupa...apa eh..."

sabar aje la
Okay lah korang semoga berjaya buat persiapan raya. Hati-hati balik nanti.. uittt macam awal je nak wish ni hahaha...lantak la labu, mood dah nak kelaut jugak.. Ya Allah untuk beberapa hari ni, jaga la mood ku ni untuk menjaga keberkatan ku dalam mencari rezeki.

Comments

Mia Liana said…
amboi... siap ada checklist lagi gitu...
Anisa Anuar said…
hehehe tak selalu nak balik jauh kn hehe
mamapp said…
Wah bagus checklist ni
Anisa Anuar said…
boleh je sama2 gunakan checklist ni

Popular posts from this blog

Ber-Shell Out @ Stadium Kg Baru

Cellmaxx Nature Most Unique Superfood

Sebenarnya tu goal setting kami