Tuesday, June 13, 2017

Bestnya buku Pelukis Jalanan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dapat baca buku yang bagi Nisa memang memberi impak dari cara Nisa berfikir. Fikir tentang apa.. nanti Nisa ceritakan..

Mula tahu Teme Abdullah ni dari blognya.  Antara post Teme yang Nisa ingat kes Cadbury halal haram yang ada lukisan katun. Bagi Nisa, Teme ni misteri sangat dan sebenarnya itu kekuatan dia dan 'identiti' dia. Buat kita tertanya dia ni siapa.. dan Alhamdulillah Allah berikan kelebihannya dengan lukisan yang sangat awesome plus penulisan dia yang not trying too hard (because I am one of the yang try too hard).

Lepas Nisa baca Pelukis Jalanan ni, Nisa sebelum ni ada satu impian yang Nisa ingin capai...tapi Nisa macam lebih menjerumus nak kearah berlainan arah, maksudnya dari segi keberkatan tu kearah tidak baik. Buat Nisa terfikir untuk apa aku buat. Terutama untuk blog. Aku suka menulis tapi untuk apa aku menulis.. Cerita Teme yang pernah kena sabotaj, itu pernah jugak lalui tapi tidak sampai nak masuk court. Hanya effect pada markah final exam. Buat decision yang tak masuk akal, untuk keluar zon selesa...pun dah buat. Cumanya Nisa ada juga rasa kesal apa berlaku, which is I am not supposed to feel that.. seolah-olah mempersoalkan apa yang ditentukan Allah.

Panjang pulak bebelan kali ni. Pada yang belum baca, serious korang kena baca..dan Nisa rasa memang patut buku ni dapat BESTSELLER DI MPH.


Kredit beli dari IG : ikhwah.bookstore 
Good service, layan dari start tanya sampai dapat buku ni memang baik. Masa Nisa dah siap payment semua, kena tunggu beberapa hari sebab cepat sangat sold out bukunya... Penangan betul.. Semoga bisnes lebih success. Ohh siap dapat free gift, sempena bulan Ramadhan ni.
Post a Comment

Habis semua Korea

  Hi semua. So, my title explain everything. Semua benda around me di-Korea kan.. Laptop tempat kerja panggil hangul, Playlist nak bu...