Best bila datang awal


Sebenarnya ada satu kepuasan dan menjadi habit untuk datang awal.. terutama datang ke tempat kerja. Boleh jugak sebab alasan nak elak jemteruksss tu. Tapi dalam banyak-banyak sebab, kena ikut timing encik husband masuk kerja. Dia kena masuk pukul 7 pagi, jadinya untuk Nisa tak lambat tu susah sikit. Melainkan sebab jem teruk yang Nisa pernah lalui, pukul 6 pagi keluar rumah dan pukul 9 pagi baru sampai office. Itu pun lepas hantar Maira.

Ada jugak yang tanya, "Dah datang awal, tidur ke kat surau?"

Jujurnnya, tak pun. Sebab banyak benda Nisa nak kena buat. Bukan buat kerja office pun. Rutin pagi-pagi. Yang sememangnya bila start waktu kerja, just nice Nisa punya rutin settle dan sempat jugak la setengah jam, belek-belek email dan task awal pagi tu.

Pokok pangkalnya, pengurusan masa kita tu penting. Nisa sendiri pun lebih suka sendirian waktu pagi dan lunch sebab masa Nisa tak sama dari segi pengurusan dengan orang lain.
Sempat jugak pagi-pagi bersosial media, tulis jurnal dan blog-walking. Kalau tak sempat, lain kali cari masa untuk catch up.

So korang macam mana pulak?
4 comments

Popular Posts