Wednesday, June 28, 2017

Sharing : Tips Duit Raya


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah bertemu kita lagi dengan bulan Syawal dan waktu seperti ini kita ambil kesempatan untuk ziarah-menziarahi dan paling yang dinantikan Duit Raya. Nisa rasa tak salah untuk share bab ni dan sumber tips ini dari twitter @kewangangraduan



  1. Percaya dengan konsep sedekah.
  2. Percaya Rezeki Allah luas
  3. Beri apa yang kita mampu, jangan nak jaga hati orang sangat sampai rasa ralat nak bagi
  4. Bukan berdosa tak bagi atau beri amaun kecil
  5. Budak bising dapat tahu amaun kita beri, kita tahu salah siapa budak tu jadi macam tu (adab)
  6. Tahu gunapakai RM1/RM5
  7. Tahu ini dengan sedekah peluang dapat pahala tapi rasa ralat sebab duit habis (bagi sahaja apa yang termampu)
  8. Utamakan yang utama : mak ayah, adik-beradik, anak buah, atuk nenek
  9. Kenapa malu bagi RM1 atau RM2? Jangan rasa malu. Lagi malu bila kita bising duit tak cukup nanti (mengungkit : "kalau lah aku bagi...")
  10. Masa bagi selitkan sekali ayat "jangan buat beli jajan, simpan duit ni jangan membazir", ingatkan mereka untuk jadi Financial Planner diri sendiri
  11. Jangan tak pandang RM1 ni (cukup untuk 100orang atau 50 orang)
  12. Kalau anak menerima, jangan pula orang tuanya ambil duit anak guna buat bayar tol (simpankan dalam Tabung Haji)
  13. Akhir sekali, biar pemberian tu ikhlas dan jangan memberi tu membuat kita mengungkit dan bising tiada duit lepas tu.


Semoga bermanfaat pada semua. Selamat beraya semua. Raya kan sebulan.

1 comment:

  1. Betul...banyak memberi inshaAllah banyak kita dapat nanti...tak perasan pun semua tu kan

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post