Signal bukan beli berasingan, gunakan sebaiknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Post kali ni more on luahan rasa as a driver. Straight to the point la ea, post ni nak beri teguran pada pemandu kat luar sana untuk JANGAN MALAS bagi signal bila nak tukar lane mahupun masuk simpang sebab SIGNAL bukan beli secara berasingan. Sian beli kereta mahal-mahal, end up tak pakai.

Baru je berlaku, ada this one lady...kereta cantik tapi sayang attitude memandu tarak cantik langsung. Dah bagi signal nak tukar lane, kita ni dah bagi la space untuk dia masuk..pastu teragak-agak and cancel tukar lane. Selang beberapa saat, dia pergi tukar lane WITHOUT SIGNAL ok..memang tak ada makna nak bagi la. My style : nak masuk lane depan kereta aku, please la bagi signal..kalau tak korang memang tak dapat masuk.  (melainkan mood baik gilaaaa) Dah la tak bagi SIGNAL lepas tu dia angkat tangan sebab tak puas hati.. I was like "What the....!!" Apa lagi aku siap bagi signal kiri kanan la nak AJAR hahaha yang ni emosi aku je lebih..kalau that lady terpelajar, maybe dia paham signal aku tu maksud apa..

So, please ea korang...tak susah pun nak bagi signal. Pada korang yang pernah lalu depan kereta aku, bagi SIGNAL terus tu jugak aku doakan Allah permudahkan urusan korang. Itu cara aku berterima kasih pada korang. Pada yang bagi SIGNAL, Angkat tangan tanda terima kasih plus senyum...itu extra and extra aku doakan. Apa aku doakan tak perlu tahu yang pasti aku doakan yang baik-baik je.

Jom jadi perihatin dengan lebih mengunakan signal dengan sebaiknya. Terima kasih u olls...


2 comments

Popular Posts