Seekor kucing yang dengan sendirinya datang ke rumah kami. Kiranya tiada tuan dan seperti tiada tempat berlindung. Kami sekeluarga susah untuk membela haiwan peliharaan seperti kucing, sebab tak ada orang yang mahu bersungguh membela. Tetapi lain pula buat Ginger. Mula singgah ke rumah kami, sama hari bermulanya hari saya berpantang di kampung selepas bersalin. Pada mulanya syak, kucing ni sesat ataupun kepunyaan orang lain dan hanya mahu menyinggah.
Hari berganti minggu dan bertukar bulan, kucing ni masih disini dan kami bercadang untuk belanya. Nama Ginger diberi oleh adik saya, entah kenapa. Sebelum Ginger hantar ke vet, bapak saspek dia ni betina. Terkejut bila balik dari vet, katanya Ginger ni jantan. Kata bapak, gelagat macam betina pemalu gitu, main pun sopan sangat. Terus kena kasi (sunat) si Ginger.
Bermula episod manja, Ginger dan kami sekeluarga yang anggap Ginger seperti adik saya. Bahasakan Bapak dan Mummy macam mana saya bahasa kan Bapak dan Mummy, jadi kiranya Ginger ni adik saya la kan? Bila Nisa bahasakan kakak, macam paham je hahaha...bertuah Ginger..
Bila ditegur, Ginger menyahut. Bila kata jangan kacau Maira, Ginger seperti faham apa Bapak cakap. Waktu itu, saya rasa pertama kali kasih sayang kucing dengan keluarga saya. Selalunya tengok orang lain bela kucing, tak sama rasa bila sendiri yang bela. Secara teknikal, saya tak jaga dia sangat. Cuma bila balik kampung, dapat main dengan Ginger. Itu pun takut-takut berani nak main. Pelik kan suka kucing tapi takut main dengan kucing. Takut diaorang (dia-ekor) gigit atau cakar aje.
Hello Ginger, handsome la.. Hihi Mai ada kucing oren juga, namanya Owen.
ReplyDeletehehehe boleh jadi geng ni...
ReplyDeleteAda juga rasa rindu nak beli kucing semula.. Hehe..
ReplyDelete----
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017
http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html