Sunday, June 04, 2017

Redha dengan barang yang hilang

Berlaku sendiri dalam hidup ku. Diduga bila barang yang amat berharga hilang. Perasaan untuk ada redha tidak mudah pada awalnya dan akhirnya ku pilih untuk berserah pada Allah.

Pada hari tu, saya dan sekeluarga hadirkan majlis akad nikah saudara sebelah suami. Terkenang bila kahwin 2 tahun yang lepas. Bila masanya pembatalan air sembahyang, bertambah terkenangkan lagi peristiwa semasa suami berikan gelang tangan emas. Waktu itulah, barang berharga ku itu sudah tiada di pergelangan tanganku. Risau? Semestinya. Tak duduk tenang senang cerita. Mula fikirkan bila kali terakhir perasan yang gelang sudah tiada. 

"Patut rasa macam kosong je tangan.."

Kali terakhir membukanya bila bersalin dan berpantang selepas bersalin. Suami waktu tu nampak macam hampa, sebab menghilangkan pemberiaan bermaknanya. Saya rasa seperti "tidak perlu berikan barang-barang seperti kerana kecuaianku."

Kembali ke rumah, ceritakan pada mummy dan bapak. Sama-sama ikhtiar mencari kawasan rumah, namun tidak jumpa. Bapak mula bersuara.

"Kalau ada rezeki kakak dengan gelang itu, adalah nanti jumpa. Redha dengan hilang tu." 

Ayat tu seolah-olah seperti menampar dimuka ku pelahan tapi tusukan terus dikalbu. 

"Hmmm..baik.."

Berat hati ini untuk menjawabnya. Sepanjang hari tiap kali solat, ku mohon pada Allah untuk kuatkan hati untuk redha dan berserah kepadaNya dengan barang berharga ini. Barang yang sesungguhnya memberi sentimen yang amat bernilai.

Selang beberapa hari kemudian,

Datang seorang perempuan hujung 20-an dan mungkin awal umur 30-an menghampiri ku di dalam surau. Dia berkata dengan lembut.

"Hmm..awak...nak tanya hari tu ada hilang apa-apa barang berharga tak?"

Tersentak diri ku bila ditanya seperti itu. 

"Ada. Hilang gelang emas."

Jawab ku dengan jujur walaupun rasa ragu-ragu dengan pertanyaanya.

"Kenapa ea.."

Tanya ku lagi. Perasaan ingin tahu dan pada masa yang sama berjaga-jaga dengan kata-kata ku.

"Ada gambar tak? Gambar gelang."

Bertambah tersentak ku dan hati ku berkata, "Kenapa tanya seperti ini?"

"Tak ada pulak gambarnya. Seingat saya ada kemek-kemek sikit beberapa bahagian gelang tu."


Perempuan itu mengeluarkan sesuatu dari begnya dan ada segumpal tisu berisi gelang tangan emas. Gelang emas ditunjukkan kepada ku dengan perlahan-lahan.

"Yang ini ke? Sebab ini pun ada kemek"

Gelang tangan itu ku ambil dari tangan perempuan itu. Mula membelek gelang tangan itu dengan mencari kemek seperti mana yang ada pada gelang tangan ku.

"Haah. Inilah gelang tangan saya."

Pada waktu itu, saya rasa bersyukur dan terharu gelang tangan ku itu kembali kepada ku. Perempuan yang menjumpai gelang tangan mula bercerita kepada ku.

"Saya jumpa gelang ni dalam surau hari Khamis yang lepas. Cari jugak awak tapi tak cam jadinya mana yang saya rasa muat tangan tuannya baru saya tanyakan macam mana saya tanya awak tadi. Tak berani pulak nak main tanya. Buatnya saya salah bagi pada orangnya, bersalah pulak saya. Tak ada cuba cari ke lepas hilang tu? Tunggu jugak ada orang 'up' kan notis gelang yang hilang."

Saya turut cerita dari pihak saya.

"Ohh bukan tak cari. Tapi saya tak tahu nak mulakan di mana. Saya redha dan tawakal apa yang berlaku dengan gelang emas saya ni. Terima kasih banyak-banyak ea..."

Semestinya peristiwa ini memberi ku satu impak yang besar. Berserah kepada Allah dengan rezeki yang ada. Barang yang kita ada, hanyalah 'pinjaman' semata-mata dan tidak ada yang kekal. Alhamdulillah bersyukur kepadaMu.

2 comments:

  1. Alhamdulillah jumpa kembali. Mungkin ujian untuk Allah ajar kita erti redha kan...

    ReplyDelete
  2. pernah juga diuji barang hilang, memula memang sedih last2 redha. Bila dah redha, tak lama lepas tu dapat balik barang yang hilang 😄

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post