Kenapa REVIEW?
Review ni sebenarnya membantu pada kawan-kawan kita yang lain apa dia rasa selepas buat sesuatu perkara. Ceritakan balik kepada ramai orang. Yang secara tak langsung, bantu 'promote' kan orang lain. Review juga lebih kepada feeling kita sebagai pengguna ataupun dipanggil testimoni. Biasakan dengan perkataan testimoni tu.
Bagus ke REVIEW ni?
Pada sesetengah orang amat membantu. Apa-apa pun review ini lebih kepada pendapat seseorang terhadap sesuatu perkara. Jika baik sesuatu benda itu, review nya jugak akan baik juga. One of technique, mouth-to-mouth but in terms of convert it into the blog.
Tips untuk REVIEW
Nak menulis review itu sememangnya mudah, hanya ikut apa kita rasa dan Nisa pun bukan lah yang pakar nak beri tips tapi boleh gunakan guideline ini jika bermanfaat.
- Betulkan niat sebenar untuk review. Hanya $$$$$ semata-mata, famous ataupun ingin membantu orang lain. Tidak perlu beritahu apa niat itu, biar itu jadi antara kita dengan Allah. Itu sebaiknya. InsyaAllah.
- Menggunakan perkataan yang positif sebaik-baiknya. Bukan hanyalah untuk 'memuji' semata-mata tapi percayalah penggunaan perkataan yang baik lagi membuat ianya akan lebih semangat untuk penambah baikan.
- Elakkan review yang berunsurkan bash. Ini tak best, itu tak best. Sebaiknya berkaitan complaint, boleh direct ke customer service mereka ataupun personal message memainkan peranan. Tak semua benda perfect, dan tak perlu semua perkara ditularkan.
Jadi semua orang layak mengeluarkan suara bila review ini. Kalau Nisa pulak, benda baik mesti dikongsikan dengan orang lain. Apa contribution Nisa dapat dari tu, tidak larat pulak nak fikir benda itu. Penulisan Nisa pun lebih kepada apa Nisa cakapkan, kalau ada yang faham penyampaian Nisa ni pun sudah memadai bagi Nisa.
Selamat ber-review semua. Semoga post ini beri manfaat kepada semua. InsyaAllah.
Tuan empunya blog,
Anisa Anuar
Hehehe dah lama pula tak review blog/movie ni, dulu rajin juga.
ReplyDeletetakpe nnt ada masa, review ea
ReplyDelete