Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Terdetik dihati nak menulis sharing pengalaman selepas ada kawan pm tanyakan pasal home tutor ni. Katanya wife dia nak mula berkecimpung bab ni, just as husband...dia nak mintak opinion (which is I am so delightful to tell about it).
Jadi home tutor ni kerjanya macam mana.. depends on the client tapi situasi Nisa, I need to go to their house to teach them. Biasanya one-on-one teaching, senang lagi nak fokus. Ada jugak lebih seorang untuk diajar dan Nisa pernah handle seramai 5 orang, seriously penat sikit dan banyak kerja sikit. Ada jugak satu parents mintak ajar kakak dan adiknya (seorang sekolah rendah, seorang sekolah menengah) yang ni Nisa advice kena pandai manage supaya tak ada yang macam pilih kasih. Maksud Nisa kita mungkin banyak spend dengan kakaknya sebab tahun ni dia nak PT3, jadi yang adiknya macam tidak berapa difokuskan. Jadinya, bahan mengajar memang main peranan untuk situasi ni.
Tips untuk newbies yang baru nak berkecimpung Home Tutor
1. Pilih berdekatan dengan rumah. Paling-paling pun travel dalam 15 minit untuk ke rumah client. Kenapa? Senang kita bajet timing dari rumah kita. Kalau kita lambat tiba ke rumah client, boleh beri bad impression dari segi kredibiliti kerja kita.
2. Pilih subjek yang kita selesa untuk mengajar. Kalau kita mahir subjek Matematik, teruskan mengajar yang tu. Kita boleh mengajar dan membimbing mereka dengan lebih yakin.
3. Study dahulu bahan untuk kelas yang akan datang. Study apa? Sukatan pelajaran dan boleh mula dengan basic untuk kelas pertama. Dari situ kita boleh tahu aras penerimaan student kita tu. Jika dia boleh buat dengan pantas dan cepat catch-up, kita boleh buat yang next level tapi harus perlu ingat tak semua student sama level nya. Tugas home tutor ialah bimbing mereka untuk lebih faham apa yang mereka tertinggal dari sekolah.
4. Tanyakan juga bagaimana cikgu mereka ajar di sekolah. Kenapa? Harus diingatkan yang memeriksa kertas exam mereka ialah guru sekolah mereka. Nisa memang suka nasihatkan apa-apa ilmu utamkan dari sekolah. Cara yang macam mana cikgu mereka ajarkan, dan Nisa hanya bantu gilapkan dan bagi tips contohnya lepas membuat jalan kira, selalu remindkan buat checking.
5. Sentiasa jaga hubungan client. This is part of Public Relation. Untuk jangka masa yang panjang, kalau client kita suka dengan kita, akan automatik 'mouth-to-mouth' marketing. Diaorang akan rekomenkan kita pada kenalan mereka. Haah memang boleh jadi...
Cukup la 5 tips ni dulu. Ada lagi ke? Hahaha tak ada la sangat, just Nisa nak citer pengalaman memang best even best friend Nisa pun ada yang terjerebak dengan Home Tutor lepas Nisa buat. Benda baik kan, apa salahnya berkongsi...okaylah kalau rasa entri Nisa ni bermanfaat, feel free to share. Nisa halalkan siap-siap ehehe...
Terbaik..
ReplyDeletethanks...feel free to share taw
ReplyDeleteWow.. bagus ni
ReplyDelete