apa nak buat kalau juadah buka puasa berlebihan...


Assalamualaikum.. jadi..kita teruskan aje dengan topik hari ni..apa kita nak buat kalau juadah buka puasa terlebih beli...secara tak sengaja..disebabkan keinginan kita semua nak..maklum la time puasa ni..semua makanan ke...minuman ke...semua nampak sedap..

1. sharing. ajak kawan-kawan tolong habiskan sama-sama...tapi kalau kawan kita tu pun sama jugak beli banyak...hahaha...ajak la sebelah jiran ke..

2. lepas terawikh sambung balik makan..tapi lebih best kalau bawak pergi surau..boleh kongsi dengan lebih ramai kan...jadi tak terasa la macam banyak sangat beli kat bazar tadi..hihihihi

3. bagi la kepada yang lebih memerlukan..tetiba tengah jalan, nampak ada orang macam tak makan 2-3 hari, beri la... sesungguhnya memberi adalah lebih mulia.. tapi yang buat muka tak larat sebab puasa tu...boleh je nak bagi..tapi atas dasar kehendak korang sendiri la kan..

4. ni cara yang selamat...esoknya kalau pergi lagi bazar, tak yah bawak duit banyak-banyak... dah tengok banyak tu je duit ada...mesti niat nak membeli secara berlebih-lebihan tu dah tak kan...

apa-apa jua yang kita beli,perlu la beringat supaya tidak membazir...makan sekadar keperluan untuk kita berbuka puasa..pandai merancang perbelanjaan dan pada yang sama, bijak menguruskan cara pemakanan kita ketika bulan Ramadhan yang mulia ini..
Post a Comment

Popular Posts