boleh bawak handphone ke sekolah??


wooohooo...biar betul...boleh bawak handphone kat sekolah... walaupun dah lama saya tak baca berita-berita ni...tapi...biar betul..semalam ada la jugak baca kat News Straits Times..tapi ingatkan salah cetak.. dengan kuasa blog-walking tadi, ramai blogger cakap pasal ni...hahaha mungkin time kita mana la boleh bawak handphone kn...kang kena rampas pulak..
suka entry ni (yang berkaitan topik ni) : 

Sekolah Benar Bawa Handphone, Nokia 3310 Model Terbaik

mungkin ada kebaikan dan keburukan dalam kes ni... mari kita tengok..korang semua boleh la menilaikan nya sama-sama...(pendapat saya semata-mata)
"kebaikan" bawak handphone ke sekolah...  
1.senang nak call parents,kalau-kalau kelas cancel ke..ada aktiviti ko-kurikulum ke...kalau yang tepon mak ayah la kan..

2. kalau-kalau la budak-budak ni tak gi kelas, cikgu boleh direct call.. tak boleh nak lari la kn...tapi lain pulak kes nya kalau dia off phone...  

3. kes tiru-meniru time exam,test mungkin ada... lebih-lebih lagi kalau jenis yang phone canggih...semua notes dalam phone.. slide aje la notes tu.. (cakap macam ada pengalaman je kan) aishh...apa lagi yea...

4.  bila bosan, boleh main game..message kawan sebelah..ha...tah-tah semua sekolah wajib ada wi-fi...tak kira la sekolah bandar ke...sekolah kampung ke...dah semua kat sekolah guna phone canggih..

"keburukan" nya pulak... 1. phone anak murid lagi canggih dari cikgunya...lawan brand la katakan....
2. phone siapa yang berbunyi sebenarnya ni...mungkin jugak akan berlaku...siap lawan ringtone sape lagi best.. hahahaha...

macam ada lagi je...tapi cukup la...agak-agak...patut ke tak bagi diaorang bawak handphone ni...mungkin ada nak implement dengan gaya universiti... mungkin juga ada baiknya.. mungkin juga terikut-ikut dalam cerita...ada sesetengah sekolah di negara luar membenarkan pelajarnya membawa handphone...

2 comments

Popular Posts