Friday, July 20, 2012

5 perkara pasal blog ni yang perlu saya...


sebelum saya nak cakap sesuatu...saya nak cakap terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi baca lagi blog ni..walaupun agak lama mendiamkan diri...dan kini..perlahan-lahan untuk mula bergiat lebih aktif...dan yea..saya memang nak cakap pasal blog ni.. anda digalakkan untuk memberi sebarang komen, cadangan atau apa-apa sahaja..diakhir entry ini...

1. pasal penggunaan bahasa yang saya guna dalam blog ini... diharapkan ada yang tidak kisah saya menggunakan BM, kadang-kadang BI, kadang-kadang jugak mix dua-dua sekali...belum tambah lagi guna bahasa jepun ke..bahasa korea pulak kan.. maaf kalau ada yang tidak suka...

2. gaya penulisan tak konsisten... saya mengaku gaya penulisan saya tak berapa sangat... tu yang cikgu BM kat sekolah pernah marah... tak ada hal tujuan..main tulis je.. contoh tak ada.. huraian..pun apa la sangat... (aishhh terkenang pulak time sekolah)

3. idea penceritaan biasa-biasa aje.. still belajar macam mana nak dapat idea yang best.. blog-walking jugak nak dapatkan idea.. kadag-kadang memang tak ada idea...tapi nak jugak bercerita...mungkin terlalu banyak sangat pikir...apa nak tulis..last-last tak tulis.. kan ada pepatah.."pikir dulu, sebelum menulis"

4. tukar nama blog? ada la niat dihati..tiba-tiba je...macam nak tukar nama blog...tapi...jiwa anime tu ada lagi la... mana tak nye...dulu ada cita-cita nak jadi awek anime melayu..hehehe...

5. tujuan nak tulis blog dah lari? owh bukan lari apanya...dulu ada jugak niat nak tulis blog sebab nak tingkatkan follower...tapi bila direnung-renungkan...lebih baik saya hanya menulis sahaja...tanpa hiraukan..mungkin ada yang membaca, komen dan sebagainya... sebab saya suka nak tulis..

tu sahaja yang nak cakapkan... sebab akhir-akhir ni...mood blogging dah tak ada... harap dapat balik mood tu... the passionate on blogging...
p/s: budi bicara hendaklah dijaga..jika ingin kemukakan komen dan cadangan,terima kasih

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post