Ber-Shell Out @ Stadium Kg Baru


Salam semua. Sekarang shell-out ni dah trend, jadi Nisa tak terkecuali nak cuba sendiri. Itu pun lepas dengar bapak Nisa cerita sedapnya dia pergi shell-out. Aishhh Nisa ni pantang sikit bab-bab makan ni, mesti nak try.

flavor Curry Thai
Sebabkan bapak Nisa dah try kali ketiga dengan Nisa ni, so dia dah try semua flavor. Semua sekali ada 3 flavor - Curry Thai, Thai Spicy & Butter.
Kenapa bapak sampai 3 kali? Panjang cerita dia, tapi long-story-short 2 minggu ni dia sibuk menanda kertas SPM kat area KL (tempat meeting), entertain orang & kawan dia semua kat sini. And owner Stadium Kg Baru, kawan kepada bapak. Tu lagi la dia datang sini. Katanya jumpa kawan sekolah.

So back to the story, memang recommended. Price murah sangat, sedap kuahnya plus isi banyak. Ada bagi buah jugak tu. Tu portion 3 ke 4 orang makan.
Nasihat Nisa nak datang sini, better datang lewat petang pukul 6 lebih kalau tak nak sesak. Lepas maghrib je, full house tempat ni. Kat Stadium Kg Baru ni ada Yong Tau Fu, western, ayam goreng. Kalau nak makan berat-berat atau ringan pun semua ada.

Memang Nisa suggest korang cuba sendiri, dan Nisa akan pergi lagi kat situ. Insya-Allah.

Hasil nukilan blogger yang suka spontan buat jalan-jalan cari makan.

Comments

Zafirah Nazri said…
Wahhh nampak pun sedap nih!
terliur pulak..nampak sedap tu

Popular posts from this blog

Cellmaxx Nature Most Unique Superfood

Sebenarnya tu goal setting kami