Cara Mudah untuk sedekah di laman sosial

Assalamualaikum semua. Kali ni sesi sharing nak bagi Cara mudah untuk bersedekah di laman sosial - tanpa mengeluarkan duit.

1. Tulis post di pagi hari dengan kata-kata positif & peringatan ke arah kebaikan. Contohnya :

Assalamualaikum Dan Selamat pagi semua. Jom bersama-sama menjemput rezeki dan jangan lupa breakfast dlu ea.

Untuk apa? Sosial media ni perkara yang wajib kita akan buka - sambil tunggu bas, mahupun nak breakfast. Disitu kita menarik aura. Apa yang kita baca jugak sebenarnya boleh effect hari anda. Sebagai Contohnya, pagi lagi kita dah baca bab negative, bad news... Ada Semangat ke nak buat apa lepas tu? Bergantung jugak kan.. Kalau takde kaitan, mungkin boleh pandang sebelah mata.. Kalau berkaitan silap haribulan takde mood sampai ke petang.

2.Share status post kawan. Post yang Macam mana?
Contohnya kawan kita Ada buat iklan tempat kerja Dia dan dengan kita share mana tahu kawan kita yang tengah Cari kerja then baca post kita... Kan kita dah panjangkan berita baik. Dapat Atau pun tidak, diluar kuasa kita.. Yang penting dengan kita share, rezeki orang lain dapat dipanjangkan. Mungkin orang nampak macam remeh-temeh.. Tapi pada kawan kita yang memang nak cari kerja sangat-sangat membantu. Dan akan jadi sedekah lagi Satu,  mengembirakan hati yang sedang berduka.

3. Komen yang positive Dan membina. Bukan kondem walaupun anda bergurau. Mungkin kawan kita tak kisah sebab dah rapat... Tapi orang lain yang baca komen kita akan jadi salah sangka. Dari orang Cuba nak positif kan diri dengan apa yang kita jadi komen, jadi sebaliknya.

Rasanya Nisa nak bagi 3 je dulu. Lepas ni Cuba buat, then Boleh share Apa yang korang alami sendiri. Jadikan habit, panjangkan post ini jika rasa bermanfaat. Kalau Ada salah, Boleh private message di Anisa's Corner facebook page.

Terima kasih sebab baca sampai habis Dan share kan.. Semoga bertambah rezeki semua yang membaca blog ni.

Hasil nukilan,
Anisa Nadhira Anuar


2 comments

Popular Posts