Showing posts with label promote. Show all posts
Showing posts with label promote. Show all posts

Monday, February 04, 2019

Bising dalam group dapat lucky gift #SuperbUltimateteam



Tengok heading pun macam biar betul ni..kan kan...
Nisa ni jenis agak susah sikit nak bising dalam whatsapp group lebih-lebih lagi dalam tu kita tak kenal orang sangat dan ada a few yang kenal melalui facebook.

Setiap task dalam group try jugak buat. Nak commit tu memang kena struggle sikit.
Nak jaga anak lagi, ada nak uruskan hal rumah sikit.
Bila bagi reponse dalam group, Nisa a bit extra bisingnye. Dengan fikir bila lagi nak orang kenal.
Fikir untuk belajar. Tambah lagi ilmu didada ni. Iyelah masih berakit-rakit dalam bisnes ni.

Bila kelas dah habis, rasa puas hati sebab belajar benda baru.
Dalam fikiran, "Aku kena konsisten share produk best ni.. Kau pun tahu produk ni terbaik..Be proud to be part of it.."

Dihujung waktu kelas online tu ada kata nak bagi hadiah untuk next task. Dalam hati, "InsyaAllah kalau ada rezeki ni tak kemana la..dapat hadiah ni..." 
Iyelah siapa yang tak suka hadiahkan. Lepas dah umumkan yang bertuah menang untuk special task nama tak sebut. Sebab special task tu buat sedikit lewat. Ada tanggungjawab di tempat kerja.
Ucap tahniah yang menang.. Doakan kepada yang bertuah tu.

Selang beberapa ketika tu ada announcement kata ada special gift untuk yang paling kecoh dalam group. Nama Nisa disebut. I was like, "siyes la ni...betul dah tag nombor kita..Syukur yang amat.."


Disebalik kita bukan buat untuk harapkan balasan dan bersungguh buat untuk upgrade kan diri. InsyaAllah pasti ada rezeki buat kita.
Tak rezeki dari segi customer berdunyun-dunyun, mungkin ilmu, adab (hormat orang yang memberi pendapat mahupun tunjuk ajar kepada kita) & kawan baru kita dapat tu boleh jadi rezeki buat kita juga. Semoga Allah sentiasa limpahi kita rezeki yang tak disangka-sangka buat kita.
Kita sebagai hambanya perlu sentiasa mengingati Allah biar waktu susah mahupun senang.
InsyaAllah.

Semoga Nisa terus maju dalam team yang sangat awesome ni.

Daripada, Anisa



Friday, December 28, 2018

Bateriku.com, my life saver



(Bunyi start kereta yang sendu)


"Aaa...sudah..apa hal pulak kereta ni tak boleh nak start ni?" cuak betul bila jadi macam ni. Muka biru, macam ayam berak kapur. Nasib baik selang beberapa minit, kereta still boleh start dan selamat sampai di rumah.


Kejadian yang sama berlaku selama 2 hari. Sepanjang perjalanan nak ke office, berdoa banyak-banyak hopefully kereta tak buat hal. Selamat sampai di rumah atau office. Itu je penting. Dah kita pun perempuan, pape jadi kat kereta kat tengah jalan...Huishhh, mintak dijauhkan.


Lepas citer kat husband, dia suggest "Apa kata try guna bateriku.com?"
Dalam hati, "pernah nampak billboard dia kat jalanraya hari tu.."
Bermulalah sesi Google Bateriku.com dan terus whatsapp adminnya.


Long story short, untuk guna khidmat Bateriku.com perlu 2 jam sebelum mereka datang pada kita. Kenapa 2 jam? Nak cari runner yang dekat dengan kawasan kita. Cepat diaorang cari runner yang available, lagi cepat diaorang datang ke kita la jawabnya.






runner datang kat parking lot





Kita cuma bayar bateri dia je. Boleh bayar credit/ debit (online transfer) ataupun bayar cash.
Senang sangat. Setakat ni Nisa cuba untuk area Kajang (kereta ayah pun kena tukar bateri) & area PJ. Kiranya semua tempat boleh cover. Johor, Melaka semua negeri ada ni.


Nisa bayar untuk bateri Honda City, bateri Amaron NS60R/L - original price RM240. Tapi Nisa just kena bayar RM220 (Price with Trade in Scrap Battery). Bayar untuk ni sahaja.



Service tiptop. Diaorang akan explain dengan baik pasal bateri kita tu.

Dah la diaorang datang kat kita. Bayar pun tak leceh. Service torbaikkk..
Nanti korang bagitaw semua orang ea. Sangat-sangat recommended.



Friday, October 19, 2018

My Pre-loved Books


Hi all~~

Hari ni nak share buku-buku yang Nisa nak let go. Banyak ke bukunya? Boleh la banyak.

Kenapa Nisa nak let go kan buku yang ada ni?

 

  • Banyak beli buku tapi end up baca tak habis. Passion untuk buku tu macam hilang *puuff* Jadinya bagi Nisa dari tak baca, better let-go kan sahaja. Ada je buku favourite, biasanya memang akan simpan la..sayang gituu..
  • Nak beli buku lain pulak. Geram je tengok buku yang ada.
Nah ni buku yang Nisa nak let go.

Bila baca buku ni cermat bukak...habiskan dalam 1 hari setengah je.
 
Siap balut & tak tulis pape dalamnya
 

 
Siap balut rapi, seperti 1st day saya beli.
 
Bila baca, bukak dengan cermat. Kisah inspirasi & buat kita berfikir tentang kita.

Pada yang berminat dengan mana-mana buku yang ada, boleh email ke anisaanuar@gmail.com
Harga Nisa akan mention dah include postage. Feel free untuk share dengan kenalan atau kawan yang tengah mencari.

Friday, June 09, 2017

Uda Murni Homestay, Kota Bharu

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Post ini dikhaskan kepada mereka yang sedang mencari homestay di sekitar Kota Bharu. Homestay yang Nisa personally nak recommend kan udamurnihomestay terutama jika ke KB seramai 10 hingga 15 orang. Wooowww ramainya!! Haah serious la ni.. Homestay ini adalah rumah banglo 2 tingkat terdapat 4 bilik dan 3 bilik air. Okay sangat dah ni. Yang paling best ada aircond di bilik utama, peti ais dan dapur disediakan. Tak lupa jugak ada ruang parking. Kemudahan ini sangat diberi dalam tip top condition, itu semestinya. Baru cerita bab kondisi rumah, seterusnya kemudahan yang boleh kita dapat dengan pin point dari udamurnihomestay

kemudahan :
  •  5km dari airport dan UMK Kampus Kota Bharu
  •  5km dari pusat bandar
  •  10km pergi Pantai Cahaya Bulan
  • 11km pergi ke Wakaf Che Yeh
  •  200 meter dari masjid
  •  20 minit pergi ke KB Mall
  • 9 minit pergi ke Kopitiam Kita
  •  berdekatan dengan kedai 24 jam ( 7eleven ) dan restoran
  •  dobi layan diri 24 jam
Bagusnya..banyak kemudahan.. Nak cari makan sarapan, tengah hari semua senang. Seriously, Nisa kalau stay Kota Bharu ni bab makan memang 'heaven'. Antara benda yang paling Nisa excited tiap kali balik Kota Bharu ni. Tempat shopping pun ada yang murah-murah. Masjid dekat sangat dengan homestay ni, jalan kaki je - seberang jalan. Tahu korang excited kan.. 

Facility sudah. Kemudahan pun sudah. Apa lagi yang Nisa tinggal? 

Ohh yea.. mesti la korang nak tahu budget jugak kan. Harga untuk stay sehari RM250. Berbaloi kalau boleh muat seramai 10 orang plus facilities dengan kemudahan. 

Alamat udamurnihomestay Lot 1099, Jalan Anggerik, Taman Uda Murni, Kota Bharu, Kelantan.

Meh Nisa bagitaw macam mana nak buat reservation. 
  1. Direct call. Boleh contact owner udamurnihomestay .  0183891099 ( zainudin ) atau 0183871099 ( rossmawati )
  2. Message FB page https://www.facebook.com/udamurnihomestay/
Nak cepat, direct call aje..whatsapp pun boleh.. Nisa cadangkan booking awal-awal taw. Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum nak datang Kota Bharu. Takut time korang nak guna homestay tu, dah ada orang booked.

Lepas korang dah booked, ready to go to Kota Bharu deh.. Selamat Datang ke Kota Bharu, Nisa ucapkan. Have fun kat sana,okey?




Sunday, January 08, 2017

Dapat Hadiah Penyertaan #tropikacontestselfie


Biasalah bila dah jadi budak sosial media ni, selagi mana boleh join yang buat contest...harus join..
so this time around dari Tropika HQ

Syarat yang ditetapkan baby bergambar dengan si ayah...and mostly yang join of course yang mak-mak... kalau dapat green light dari ayahnya dapat la join, kalau tak...tunggu next contest la kot.

gambar untuk contest and hadiah yang dapat
Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki lagi untuk brand Tropika dan insyaAllah mereka akan membesar di United Kingdom pulak tu. One of the trustee brand for me. Untuk Maira kan, mesti agak picky apa nak gunakan. Yang pasti sebab Nisa suka brand Tropika ni, mesra untuk baby and bau dia wangi sangat. My favorite recommend pada kawan will be Baby Hair and Baby Oil. Boleh tengok post yang Nisa ada review NI

Sesuai untuk kegunaan harian, jadikan hadiah pada kawan yang ada newborn baby. Boleh dapat tengok Tropika dalam Majalah PaMA.. Awesome kan?? Paling impress dah 6 tahun Tropika ni.



For those yang nak tanya lebih pasal ni, boleh terus message Nisa pada email : anisaanuar@gmail.com
InsyaAllah Nisa akan recommend kan yang terbaik.


Thursday, November 17, 2016

#nisagetfit : Track gunakan S Health

Hi u olls nak update pasal komitmen yang Nisa dah buat. Nisa gunakan hashtag #nisagetfit

Kenapa tiba-tiba je nak buat? Nisa sakit ke? Tak Adalah.. Baru-baru ni membelek phone rupanya Ada apps yang boleh track diet kita,  steps seharian. Nisa pilih untuk keep on track how active am I. Nisa mintak apps tu tengokkan caffeine intake, berapa Cawan air Nisa minum Dan Setkan berapa aktifkan yang Nisa nak..

Ehhh Nisa tak mention apps apa kn.. Nisa gunakan S Health memang apps build in dalam Samsung A5 Nisa ni.

Yang Bestnya dah capai 50% je Mesti keluar notification. Bila dapat target achieved tu Macam kepuasan gitu.

Korang pulak Macam mana... Jom share pada yang buat jugak..


Monday, November 14, 2016

Cellmaxx sesuai untuk ibu mengandung

Testimoni berjaya

Hi semua. Pertamanya nak ucapkan rasa bersyukur kerana diperkenalkan produk yang banyak memberi manfaat kepada ramai orang. Kali ni Khas untuk ibu mengandung Dan juga breastfeeding mom..  Nisa sendiri sebagai pengguna turut merasai perubahan setelah minum cellmaxx. Alhamdulillah dapat menghasilkan stok susu yang mencukupi walaupun pada mulanya ada rasa ragu-ragu dengan kebolehan sendiri. Ternyata cellmaxx sedikit sebanyak membantu journey sebagai breastfeeding mom..

Testimoni berjaya selepas menggunakannya boleh kita lihat hasilnya. InsyaAllah kepada yang masih mencari Jalan penyelesaian, cellmaxx yang anda perlukan.

Nisa sudah amalkan, anda bila lagi?


Wednesday, September 28, 2016

Yeayyy bawal scallop dah ada yang beli


Alhamdulillah stok bawal scallop dah makin berkurang, tandanya dah ada owner masing-masing.
Kawan masa UiTM beli 2 warna bawal scallop. Warna kelabu dan pink. Sebabkan rumah Nisa dan tempat kerja dia pun dah dekat, kami decide nak jumpa di IOI City Mall. Alang-alang boleh lunch. Walaupun bawak Maira, dia selesa ada disitu.

A few days later nampak kawan Nisa ni post kat IG dia. Terus boleh spot tu bawal scallop yang dia beli haritu. Okaylah kalau ada yang nak beli, boleh je beli dari Nisa.
Yessss semestinya bawal scallop ni selesa untuk dipakai dan senang untuk dibentuk.


Sunday, September 18, 2016

Produk Baby Tropika | Review


Salam semua. Sebelum hari raya, Nisa nak cerita best bila pakaikan Maira produk Tropika Baby.
Berkenalan dengan produk ni masa pergi Baby Expo bulan November tahun lepas dengan family. Sebelum pergi dah buat listing apa nak beli. First booth yang kami jumpa, booth produk Tropika Baby. Terus kami grab set yang ada Baby Hair & Baby Oil, Herbal Baby Cream & Baby Lotion.
Sangat friendly used, sesuai untuk baby kita dan paling penting buatan dari Malaysia.

Suka gunakan Baby Hair & Baby Oil ni pada Maira. Lepas Maira cukur rambut 2 bulan, terus pakaikan minyak ni..bau lavender macam Maira pakai perfume. Rasa best bila nak cium baby kita.. Masa nak pakaikan tu, tak lupa untuk selawat bahagian umbun-umbun.

Untuk Baby Herbal Cream pulak, letakkan pada Maira bila dia sakit perut nak membuang, ataupun kembung perut. Letak di bahagian kaki, urut-urut lepas tu berlaku natural call untuk Maira. Ada jugak letakkan Herbal Cream ni bila belakang kepala Maira ada kesan-kesan gatal merah-kemerahan. Lepas sapukan Herbal Cream, esoknya dah elok kulitnya.

Boleh dapatkan barangan Baby Tropika daripada Nisa seperti yang Nisa recommendkan.

Baby Hair & Body Oil (30ml) RM20 (SM) RM22 (SS)

Baby Herbal Cream RM40 (SM) RM42 (SS)

Terus whatsapp kepada Nisa ke 013-6436218. Ceritakan pemasalahan baby anda dan Nisa akan rekomenkan yang terbaik kepada yang bertanya.

Produk Baby Tropika boleh juga dijadikan hadiah kepada newborn baby atau kegunaan harian. Seronok bila berkongsi dengan mommies yang lain. Nanti boleh kita tengok perubahan yang sihat untuk baby kecik kita. Kita semestinya nak yang terbaik untuk mereka. 



Saturday, September 03, 2016

Arissalicious Cake open for Raya Haji


Bila ramai customer tanya, 
"nak order time raya haji nanti boleh..??"
ingat seorang dua je yang tanya sekali ramai daaa yang tanya..
okay lah, macam biasa Arissalicious cake beroperasi dan kini lebih giat 
sebab lagi beberapa hari je nak raya haji.

Kiranya mereka memilih Arissalicious cake sebagai penyeri Hari raya nanti.
Sebabkan kek lapis kami selling fast dah macam tiket wayang laju semacam je cepat sold out..
Kami ambil initiatif untuk buat listing supaya senang orang nak order.

Siap buat pre-order, macam kita copkan dulu...then dah nak raya baru pos..
sebab apa taw...?? Arissalicious cake ni sekali dah bukak cepat lesap licin orang makan.
Tak sempat nak raya kek lapis dah habis daaaa...
Betul ni...tak tipu punya..


update as at 2 September
Rambang mata kan?? Memang pun...kalau nak tanya mana sedap, kena try semua dulu baru taw mana sedap... iyelahh lain orang lain rasanya..
Nisa secara personal suka Choc Vanilla, Choc Almond, Horlick, Choc Cheese & Blueberry.
Tak kata yang lain tu tak best...tapi ni yang suka la..
Jadinya Nisa nak open order la kat kawan blogger ni. 
Ada sape-sape yang nak, meh whatsapp direct pada Nisa 013-6436218

Nisa nak bagitaw siap-siap ni,
harga satu kek lapis RM19 termasuk postage. 
Kalau yang nak COD, Nisa boleh area Kajang & Putrajaya.
InsyaAllah beli banyak, nak mintak harga kasih sayang pun Nisa layankan.

Facebook page Arissalicious Cake

Hari Raya Aidiladha 12 September ni.. dah boleh start planning la ea..
Terima kasih in advance ea semua..


Thursday, August 11, 2016

TERPAKSA BELI UMIMILK

TERPAKSA BELI LG!!

Mcm mana kenal umimilk ni?
Waktu tengah berpantang lahirkan Maira, macam biasa online...lepas tu Yaya tag kat post Faderra (adik kepada Kak Fellina) pasal umimilk ni. Waktu tu memang cari ikhtiar nak bagi susu banyak.


Last hari tu beli umimilk sebelum bulan puasa dan alhamdulillah umimilk byk bantu masa bulan Ramadhan haritu.. Syukur sgt dpt rezeki puasa penuh dan breastfeed dgn jayanya.
Lain cerita pulak bila dah masuk Syawal. Makan dan makan.. pantang makan masih jaga tp ada jgk minum air sejuk tak boleh tahan wooooo don't worry tak byk pun (wajib tanpa ais) lama2 jdnya tak sama masa consume umimilk. Maira mcm tak kenyang je minum susu. Kenapa? Sebabkan kepekatan susu yang cair.

Apa lg lepas ngadu kat encik husben..
"nnt beli umimilk tu..jgn lupa taw..saya bg duitnya"

Perubahan ketara lepas consume umimilk, susu bukan je banyak plus dekat pekat daripada  tanpa consume umimilk.
Penangan umimilk ni melengkapkan selain amalkan pemakanan sunnah yg lain. Target nak breastfeed 2 tahun jika diizinkan Allah.
Sangat disarankan untuk mereka yg breastfeed.

#umimilk
#highlyrecommended


Wednesday, July 20, 2016

Sambil pergi bagi ceramah, sempat lagi


Hai semua.. Kalau sesiapa follow personal akaun Facebook, Twitter & IG mesti nampak bersepah-sepah pasal Yerba Mate. Benda best tak baik kalau tak bercerita. 
Cerita kali ni kisah bapak saya yang aktif bagi ceramah sana-sini. Terutama dah nak dekat musim SPM. Bapak memang dari dulu lagi aktif. Siapa yang pernah dengar Sir Anuar Tahar, mungkin korang pun pernah attend ceramah dia. Subjek English SPM of course.

So, nak dijadikan cerita dalam giat bapak aktif dengan bagi ceramah..sempat lagi sambil-sambil cerita pasal Yerba Mate. Iyelah macam mana tak bercerita, sebab bapak memang minum Yerba Mate tu selalu dan dia sendiri testimoni berjaya. 
Kalau duduk dengan dia, orang akan mula tanya "Macam mana boleh nampak slim ni.."
Jangan risau saya share gambar bapak saya ea..

Waktu sambut menantu di Pengkalan Chepa. Comelkan bapak..

Ni gambar raya tahun ni..bergambar pulak dengan cucu dia
Ada beza tak? Haah bapak minum Yerba Mate aje. Lain kan..
Mana la bapak tak boleh nak bercerita. Dia pun suka minum Yerba Mate ni. Asalnya nak try je, sebab bapak memang suka try produk yang bagus ni.
and...definitely dia suka..katanya memang ni taste dia.

Anak mana tak excited tengok bapak dia boleh fit walaupun dah 5 series.
Apa lagi bapak offer semua kawan dia rasa sendiri. Terus ada yang nak order beli Yerba Mate.
Terbaik..sebab mereka tahu Yerba Mate ni rasa dia lain dari yang lain.
Lain yang macam mana? Kena rasa sendiri.
Bagi saya rasa Yerba Mate ni, ibarat tengah minum dengan pemandangan taman English style.
Boleh imagine tak tu? rasa tenang, best je hirup teh tu.

Ada yang kata ni detox tea, ada kata ni slim tea, ada kata ni energetic tea..
Sebab semua tu memang masuk la.. bukan je 3 in 1. 6 in 1 pun boleh..depends pada orang.
Best kan ada yang teh compatible dengan orang. 
Teh yang ikut orang bukan orang yang ikut teh..

boleh minum ramai-ramai macam ni.

berkongsi dengan yang lain
Macam best je? Mesti la best.
Macam mana nak dapatkan teh ni? Daripada saya aje.
Takyah susah pening nak gi Google. Boleh pos kan dengan COD area Kajang, Bangi atau Putrajaya.

Berapa harga sekotak?
RM56 dah termasuk GST. Ada caj postage.
Beli banyak dapat special price.

Berapa uncang dalam Yerba Mate?
ada 20 uncang.

Berbaloi ke beli Yerba Mate ni?
Ini terpulang kepada individu masing-masing. 

Sebab Yerba Mate ni berbaloi sangat untuk orang yang ada kencing manis, nak bagi perut kempis, tidur tak lena, makan tak terkawal, stress di tempat kerja, nak turun berat badan,nak rawat cirit-birit,sembelit & senak perut.

Untuk tengok lebih banyak testimoni, boleh ke FB page
Rahsia Kekal Remaja atau direct whatsapp ke 013-643. 6218 (Anisa)

Yerba Mate ni pernah viral dalam post Rizal Hakim dan bakal muncul dalam iklan TV nanti.


Monday, June 06, 2016

Hadirkan diri 1 Belia 1 Property


Hai semua..Assalamualaikum. Cerita ni way back masa sebelum bersalin. Dah lama save the date untuk event ni dan alhamdulillah ada rezeki nak hadirkan diri bersama suami tersayang. Kenapa pergi? Simple. Sebab saya dan suami ada letakkan goal setting untuk memiliki rumah. Sekarang  memang dah ada...tapi kami berimpikan untuk ada landed house. Masing-masing tak ada ilmu lagi berkaitan hartanah dan kami pilih 1 Belia 1 Property as our first step.


Belajar jenis rumah yang boleh dibeli. Apa boleh dan tak boleh buat masa nak beli rumah. Mesti lah best. Nanti InsyaAllah buat post khas untuk sharing ilmu. InsyaAllah hasrat nak beli rumah tercapai.

Dengarnya nanti ada 1Belia1Property 2.0... Nanti kalau nak join sama, boleh contact ea.. 

Salam sayang dari penulis,
Anisa ♡♡♡

Monday, May 23, 2016

Beli buku online di Bookcafe.com

Hai assalamualaikum. Alhamdulillah hari berpantang ke 40 hari dah tiba. Orang kata kira dah tamat hari berpantang 40 hari tapi saya buat extra sampai 44 hari untuk beepantang. Jadi citer pasal berpantang, tak boleh nak keluar tapi teringin sangat nak pergi Pesta Buku di MAEPS, Serdang. Ternampak iklan di facebook - Bookcafe.com.

Pada mulanya saya cuma nampak iklan tu, "Menarik ni...promosi dan buku affordable.."
Tak ada rasa nak membeli lagi masa tu. Kemudian, seorang demi seorang post di facebook mengenai pesta buku tu. Sekali lagi hati teringat balik Bookcafe.com dan banyak kali ada di newsfeed.
Saya akhirnya beli buku secara online di Bookcafe.com sebanyak 2 kali sebenarnya. Kali pertama log in dan berjaya memilih beberapa buku yang nak beli. Tiba masa untuk buat payment, ada masalah dengan log in - password lupa!!!

Terpaksa buat puchasing kali kedua. Disebabkan mahu membeli, niat dihati...
"Kalau ini rezeki aku untuk beli, aku beli..."
Kali ni, ada beberapa buku tak sama dengan pertama kali log in tempoh hari. Semestinya frust - terlupa nak masukkan The Other Side of Coin dan beberapa buku lagi. Ada jugak dah habis stok bila nak beli kali kedua. Tu tak ada rezeki.

Alhamdulillah berjaya beli dan dapat email untuk self-pick up. Alamak!! Suami tak boleh nak pergi ambil dan tak ada back-up siapa boleh tolong ambilkan. Gagahkan hati email balik kat Bookcafe.com dengan menyatakan saya tak dapat ambil kerana berpantang. Hari yang sama jugak, dapat response (waktu tu hari Isnin). Hari Rabu pada minggu yang sama, saya dah dapat semua yang saya order. Terbaik!!! Effisyen dan teratur.

Okay la dah cerita banyak ni, anak pun dah tidur... Saya nak sambung baca buku "I Moved Your Cheese"


Sunday, May 08, 2016

Mother's day promotion

Selamat Hari Ibu!!
Hari dimana kita sebagai anak memberi sesuatu untuk hargai mereka. Sempena hari yang istimewa ini, Rahsia Kekal Remaja ingin memberi tawaran istimewa:

Setiap pembelian 3 kotak Yerba Mate (atau lebih) akan dapat PROMO CODE untuk pembelian seterusnya.

Sekarang, anda dan ibu anda akan boleh minum Yerba Mate untuk kekal sihat bertenaga.

Nak ORDER?? PM je.

Whatsapp 0136436218
Whatsapp 0136436218
Whatsapp 0136436218

(T&C Apply)

Sunday, February 21, 2016

Charity For Beauty 3.0


Charity For Beauty (CFB) 3.0 kali ni diadakan di Taman Layan-Layang, Kepong pada hari Sabtu yang lalu. Untuk CFB 2.0, saya melibatkan diri sebagai volunteer yang sama-sama memeriahkannya. Kali ni ambil challenge untuk jadi sebahagian dari pihak penganjur, Millionaire Mentor Group (MMG) - sekumpulan belia yang bergerak aktif dalam keusahawanan & aktiviti dekatkan dengan sosial.

Objektif CFB adalah memberi awareness kepada warga kota terutama di sekitar Lembah Klang betapa penting meluangkan masa fokus untuk sihat, disamping meluangkan masa dengan orang yang tersayang. Ramai yang terlepas pandang untuk kekal sihat boleh juga dibuat dengan santai tambah luangkan masa sebaiknya dengan anak-anak & kawan-kawan.
Turut memeriahkan CFB, Syuk dari program Maharaja Lawak Mega yang berkunjung di CFB 3.0 kali ni. Sporting Syuk sama-sama support CFB 3.0.


Bergambar dengan Syuk MLM

Orang ramai di sekitar merasakan keajaiban teh hijau Yerba Mate dengan direct beli Yerba Mate dan sebahagian dari pembelian akan disalurkan ke charity yang terpilih. Ada juga sudah mencuba time CFB 2.0, datang memberi support untuk CFB 3.0.

Diharapkan initiatif Menderma untuk Cantik akan memberi kesedaran dan sokongan dari ramai pihak bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Thumbs up kepada organizer Millionaire Mentor Group. Dengarnya ada lagi akan datang, kat mana pulak lepas ni? Jom sama-sama,be a part of this awesome team!!!

Credit picture from : Facebook page Journey To Beautiful Skin

Salah satu booth yang ada disana

Sunday, January 31, 2016

Teh Hijau Yerba Mate



Hi semua.. Dah lama tak update blog? Sekarang saya banyak aktif dalam Facebook & Instagram je. Jadi fair kalau nak lama-lama tulis blog ni. Kalau ada yang pergi profile Facebook saya banyak cerita pasal best nya teh hijau Yerba Mate ni. Kalau perasan sekarang pun banyak yang dah buat inovasi kearah teh hijau. Coklat campur teh hijau, produk penjagaan rambut dan lain-lain.

Alhamdulillah ramai yang sudah tahu kenapa mereka perlu minum teh hijau Yerba Mate ni. Kadang-kadang kita cuba kawal pemakanan atau kesihatan kita untuk terus keep fit. Tapi dengan adanya teh hijau Yerba Mate ni, boleh melengkapkannya. Banyak khasiatnya, antaranya :



Banyakkannnn...sebab tu teh hijau dari Argentina ni memang thumbs up dari saya. Highly recomended. Ramai yang asal nak cuba-cuba, jadi repeat beli la. Nah saya nak belanja satu testimoni yang saya suka nak share dan mana tahu korang pun macam "eeh...macam aku je ni..."


Kawan kita seorang ni memang dilema sikit bab nak kuruskan badan. Sekarang maintain aje. Dulu katanya badan pernah sangat besar, so tak tahu nak percaya tapi dia memang bersungguh cakap macam tu. Berhasrat nak minum teh hijau Yerba Mate ni tak perlu rasa badan besar lagi.

Macam mana rupa teh hijau Yerba Mate ni? 

Very good question you guys. Meh nak belanje gambar teh hijau Yerba Mate secawan. Jangan terliur naaa, tenung gambar lelama tu.


Sambil borak dengan kawan dah lama tak jumpa, boleh la pekena teh hijau Yerba Mate ni.
Seronok bila minum ramai-ramai taw.

Nak testimoni atau lebih banyak tips, boleh melawat Facebook page Journey To Keep Fit atau Rahsia Kekal Remaja. Kepada yang nak mencuba, boleh whatsapp ke 013-6436218 dan sendiri jadi sebahagian dalam testimoni.

Monday, November 23, 2015

Promote Page Rahsia Kekal Remaja


Wahhh, wahhhh... Nama facebook page curlass taw jah.. Hahaahaha of course siapa yang tak nak maintain nampak teenager kan.. Dah rasa cukup la panggil abang atau kakak yang buat kita rasa tua.. Boleh hilang feeling mood kita bila ada yang buat kita rasa tak berapa teenager ni. 

Apa? Sedar la diri? Memang la sedar.. Umur tu cuma nombor tapi penampilan nak rasa muda & energetik gitu. Tu boleh buat kita feel great taw.. 

Dalam page ni, banyak bagi tips dan boleh kongsikan idea. Ada jugak update apa-apa event admin buat yang kaitan dengan kekal keremajaan. Beberapa produk juga disarankan untuk tambahkan  lagi value teenager dalam diri kita. Lagipun kita ni kena sentiasa ingat-mengingati. Bila sudah dijadikan tabiat, dengan sendirinya keremajaan tu terserlah tanpa kita sedar.

Jom like & share page ni.. Biar semua kawan-kawan dapat manfaat bersama. Boleh share kat kawan, family, housemate, kawan kerja siapa-siapa je la yang nak rasa maintain teenager..

Facebook page link


Sunday, November 08, 2015

Promote Fan Page "Journey To Inspire"


Hi semua.. Ahad yang indah ni apa plan semua?
Saya? Spend masa dengan blog dan duduk rumah je.

Nak promote Fan Page Facebook "Journey To Inspire"
seperti yang saya pernah cerita dalam post yang lepas.

how the page look like
Dalam Page ni, banyak yang dikongsikan oleh Admin dan pengguna yang lain
dengan menggunakan hashtag #JourneyToInspire .
Kita ada banyak benda yang hendak dikongsikan boleh jadi sumber inspirasi orang ramai.

Dalam seminggu bermula 1 November yang lalu,
sambutan amat menggalakkan.. dan projek diteruskan dengan
"Journey To Keep Fit" dan "Journey To Beautiful Skin".

Semua boleh tengok sendiri dan kongsi berkaitan JourneyToInspire

Selamat berkongsi ea semua.

Hasil nukilan,

Anisa Nadhira Binti Anuar

Sunday, October 18, 2015

First time beli di Carousell

Hi semua. Sihat ke tu? Jaga diri taw semua cuaca sekarang tak menentu. Berbalik dengan tajuk post, saya nak ceritakan pengalaman pertama kali beli barang di Carousell.

Apa tu Carousell? Satu aplikasi saya tahu daripada Facebook dalam suggestion application. Pada mulanya hanya install aplikasi tu dan tak berniat hendak menjadi user.

Dalam email, pihak Carousell tanyakan soalan untuk feedback dari customer buat saya selesa nak menggunakannya.

Terniat di hati mahu beli CD cerita jepun. Jadi nampak ada yang bagi offer sangat best price dalam harga rm10. Saya cuba tawar menawar harga dapat harga sangat baik.

Jadi saya sudah buat pembelian dan mungkin lepas ni saya ada jual barang saya dalam aplikasi tu.

Go check it out okay semua!!! Chaio~~

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post