Showing posts with label give away. Show all posts
Showing posts with label give away. Show all posts

Sunday, May 31, 2020

Keputusan Birthday Giveaway Anisa Anuar official blog


Hi semua.. Alhamdulillah selesai sudah Birthday Giveaway yang Nisa buat baru-baru ni. Terima kasih kepada semua yang join simple Giveaway. Sebabkan itu kepada semua yang join Giveaway, Nisa akan letakkan permanent dalam bloglist Anisa Anuar official blog ni.

Sebelum umumkan pemenang Giveaway yang semua orang tunggu, Nisa ambil kesempatan ini menceritakan berkaitan produk NIQA. Kebiasaan Nisa akan perkenalkan NIQA ni, kami pakar penjagaan tudung secara menyeluruh. Ada 3 produk utama kami

  • NIQA Instant Stain Remover - menghilangkan kotoran dengan segera. Dengan mudah diceritakan senarionya, kita dah tak perlu pergi ke sinki untuk bersihkan kotoran sampai basah lenjun baju kita. Cuma gunakan NIQA Instant Stain Remover dan wet tissue (kain basah)
  • NIQA Hijab Wash - semudah rendam, bilas dan sidai. Kita digalakkan mencuci tudung kita dengan hand-wash untuk bagi tudung kita dalam keadaan yang baik untuk jangka masa yang lama. NIQA Hijab Wash juga mampu menghilangkan kesan peluh, kotoran foundation di keliling tudung.
  • NIQA Hijab Awning Starch - biasa Nisa akan cerita ni nak bagi tudung kita 'on-point' dan terletak cantik gitu. Kalau zaman dulu kita letak plastik keras kat tudung tu.
Kami pun ada buat trial pack ni buat mereka nak cuba buat kali pertama

Okay sudah explain pasal NIQA. Jadi Nisa mintak tolong Maira (puteri kesayangan Nisa) yang pilihkan siapa yang menang dalam Giveaway ini. Dengan menggunakan mainan cawan dia tu, kita kumpulkan semua yang join. Jangan risau muat semua dalam tu.

Nape rasa budak ni makin chubby
dan akhirnya dicabut siapa pemenangnya, dipersilakan

maafkan tulisan doktor ku ini..dulu teringin nak jadi doktor tapi takut darah, simpan je angan tu.

2 pemenang Produk NIQA - Instant Stain Remover plus with wet tissue NIQA

Adianiez AIDA

Umi Nazrah

3 pemenang wang tunai RM10 (duit raya alang-alang tu)

Aimi Syahirah

Ombak Bergigi

Silah Hassy


Alhamdulillah kita dah dapat pemenang. Nanti boleh email kepada Nisa (anisaanuar@gmail.com) untuk claim hadiah taw. Terima kasih kepada yang join Birthday Giveway dari Anisa Anuar official blog. InsyaAllah ada rezeki lagi, Nisa akan buat lagi. Mungkin hadiah yang lain pulak.

Lepas ni Nisa akan buat blog review pulak, doa-doa lah ada masa boleh buat tu nanti.

Terima kasih semua.




Wednesday, May 20, 2020

Update Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog


Hi semua. Nisa nak bagi latest update tentang Giveaway yang masih lagi berlangsung. Jadi masih open ea buat semua. Boleh ke post ini taw Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog kepada sesiapa nak join. Simple je Nisa buat sambil tu nak kenalkan produk yang Nisa jualkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan dan boleh kata rezeki PKP, team Nisa makin berkembang dan sama-sama mengambil peluang yang ada untuk jana pendapatan.

Jadinya Nisa dah tengok mana post yang ada dan masih lagi ada tak baca lagi. Maafkan saya sebab ada kerja hakiki, bisnes, family lagi jadi nanti ada masa akan baca selebihnya. Last date untuk buat Giveaway ni 23 Mei 2020 (haah ini malam raya). Nak cukupkan sepuluh raya (hari la... apa raya pulak hahhaa) daripada 13 Mei 2020, gitulah kira-kiranya.

Nisa decide nak announce pemenang pada 29 Mei 2020 (kerja tak berapa banyak hari Jumaat kalau tak ada yang menghalang). Nisa perlukan 5 pemenang untuk Birthday Giveaway ni. Rezeki siapalah ea. Selamat mencuba semua. Penyertaan di kira dengan post dibuat.


Alang-alang Nisa nak share dalam masa Giveaway ni, Nisa dapat slot tempat dekat salah satu butik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Semua berjalan dengan lancar untuk urusan di sana.




Wednesday, May 13, 2020

BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG

 
Hi semua, Nisa nak launching Birthday Giveaway untuk blog Nisa ni.
Birthday Nisa sebenarnya 14 Mei (yeeeaaaaa)
 
Jadi Nisa rasa ini adalah sebab yang terbaik untuk buatkan Giveaway untuk blog Nisa.
 
Dengan bismillah, giveaway ini akan dimulakan
 
 

 
Syarat - syarat untuk join GIVEAWAY ini adalah
 
  1. Tulis posting dengan tajuk "BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG"

  2. Letakkan banner Birthday Giveaway dan backlink ke post ini.

  3. Follow blog Anisa Anuar official blog dan instagram shop Nisa NIQANYSA (kalau takde instagram, tidak mengapa)

  4. BONUS : Tag 3 rakan blogger yang lain untuk memeriahkan lagi Giveaway ini.
dan "nyatakan jika pernah dengar NIQA. Dimana anda kenal produk NIQA?"



Tarikh untuk join GIVEAWAY dari 13 sehingga 23 Mei 2020.
 
Hadiah yang akan diberi kepada mereka yang bertuah
 
  • 2 pemenang Produk NIQA - Instant Stain Remover plus with wet tissue NIQA

  • 3 pemenang wang tunai RM10

  • Kelima-lima pemenang akan blog review daripada Nisa.

 

Nota : hadiah layak diterima oleh seorang pemenang untuk setiap satu. Contoh, orang yang sama tidak boleh terima hadiah produk NIQA dan wang tunai.

Jika sambutan sangat menggalakkan, Nisa akan tambah lagi hadiah giveaway.
 
 
All the best semua untuk Giveaway ni. Terima kasih untuk support Birthday Giveaway Anisa Anuar official blog.

Thursday, November 30, 2017

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 
 
Hi semua.. ambil kesempatan yang ada nak memeriahkan Giveaway by EmaLisa ni.
 

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
 
 
Cantik hadiah giveaway... siapalah yang bertuah dapat ni ea..
BTW, thank you taw ajak kita memeriahkan giveaway ni..
Semoga bertambah murah rezeki EmaLisa.
 
Jom pakat-pakat join..
 

Tuesday, November 21, 2017

"Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi"

 
It seems like very lonnngggggg time for me not to join giveaway.
So, I must say....lucky for Raydah to have me join your giveaway.
 
 

click here to join giveaway
 
Let's networking among us, okay?
Hope to read more from your blog.
 
I dedicate this post to support you. Fighting!!!


Sunday, January 08, 2017

Dapat Hadiah Penyertaan #tropikacontestselfie


Biasalah bila dah jadi budak sosial media ni, selagi mana boleh join yang buat contest...harus join..
so this time around dari Tropika HQ

Syarat yang ditetapkan baby bergambar dengan si ayah...and mostly yang join of course yang mak-mak... kalau dapat green light dari ayahnya dapat la join, kalau tak...tunggu next contest la kot.

gambar untuk contest and hadiah yang dapat
Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki lagi untuk brand Tropika dan insyaAllah mereka akan membesar di United Kingdom pulak tu. One of the trustee brand for me. Untuk Maira kan, mesti agak picky apa nak gunakan. Yang pasti sebab Nisa suka brand Tropika ni, mesra untuk baby and bau dia wangi sangat. My favorite recommend pada kawan will be Baby Hair and Baby Oil. Boleh tengok post yang Nisa ada review NI

Sesuai untuk kegunaan harian, jadikan hadiah pada kawan yang ada newborn baby. Boleh dapat tengok Tropika dalam Majalah PaMA.. Awesome kan?? Paling impress dah 6 tahun Tropika ni.



For those yang nak tanya lebih pasal ni, boleh terus message Nisa pada email : anisaanuar@gmail.com
InsyaAllah Nisa akan recommend kan yang terbaik.


Monday, May 06, 2013

"Mega GiveAway By Adam Faiz"



ramai betul yang join Mega Giveaway ni..
mana tak banyak betul hadiah untuk dimenangi..
memandangkan keadaan internet dalam keadaan stabil ambil kesempatan nak join sama..

Tamat Tarikh 25 Mei 2013

harap dah memenuhi kesemua yang dinyatakan..
 Good luck pada yang join..kepada yang anjurkan sama ada sponsor dan Adam Faiz sendiri,
good luck..hope ramai yang join giveaway ni..

 


Blogging Contest by Tumtum Shop

 
TumtumShop mengadakan 'blogging contest' bermula hari 1 April 2013 sehingga 15 May 2013(tarikh tutup) dan TumtumShop menawarkan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM350  untuk menjadi rebutan semua blogger. 



klik SINI untuk terus ke contest

Tumtum shop memiliki koleksi terkini,cantik dan berkualiti dengan harga yang sangat affordable. Terutamanya sesuai untuk golongan wanita untuk bergaya dengan lebih feminine. Boleh juga kaum Adam membelinya..contohnya sebagai hadiah untuk orang tersayang..jadikan hadiah convocation pun okay jugak..


Pelbagai yang dijual di Tumtum shop seperti tees, jegging, legging, tribal kimono, fishtail peplum, skirt, palazzo, cardigan, lace, shawl, scarf, paisley dan macam-macam lagi.
Mengikut trend terbaru dan citarasa remaja khususnya.

senang sangat beli online di website tumtumshop.com

butik TumtumShop di Seksyen 7, Shah Alam. (dekat dengan tempat belajar dulu..)
Jangan lupa follow blog INI dan submit form anda berbentuk link ke SINI

Cara yang terbaik untuk buat pelancaran blog.. Jom la join sekali.. Kalau bertuah dapat hadiah dari Tumtum shop mesti antara hadiah birthday dan convocation yang terbaik la...sebab tak ingat bila manjakan diri dengan pakaian feminine macam ni.. Good luck pada yang join sama... Jom la memeriahkan bersama..


Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin


Assalamualaikum semua.. Jom join giveaway ni..
perghhh giveaway nak bagi Canon Camera, biar betul ni *terbeliak bijik mato den*

tujuan GA : menggalak untuk menabung..yeahhh
want a common thing for me to do it..
kalau nak join...meh la KLIK ni..comel banner untuk contest ni..

Sebab untuk menang giveaway ni?

Saya mahu menang giveaway ni sebab saya nak tambahkan koleksi tabung saya yang sedia ada..
Tabung yang sangat awesome ni..mesti membuat diri ni rasa nak menabung lagi..
mungkin ada yang tak tahu, saya ni memang gila dengan duit syiling.

cukup tak sebab musabab ni...hehehe..tapi memang dari hati yang luhur ni..ecewahhh..

for now, tak mention lagi tarikh tutup GA...dengan target sampai 300-400 penyertaan..
harap ramai yang join...simple giveaway..
kepada empunya giveaway, good luck taw untuk giveaway yang simple and comel ni..

Tamat GA ni 6 Mei 2013 (baru update)

Friday, April 05, 2013

"Giga Siblings Birthday Giveaway by Arya Addin"


Assalamualaikum...dan salam jumaat dari saya..
Pagi-pagi lagi dah join giveaway ni..tengah rajin..ecehh angkat bakul sendiri..

klik banner ni kalau nak join..

Sweet Bitter wishes pada adik-adik Aya

kalau tengok gaya dia, rasa macam anak sulung...macam saya..
so senang saya buat sweet bitter wishes pada semua adik Aya,okay?

Kepada adik Imah, adik Apit dan adik Adam,
first akak nak pesan belajar rajin-rajin taw..belajar sampai pandai..
bila belajar jangan pernah putus asa...cakap berdasarkan pengalaman sendiri..

yang kedua, suka kan menabung..tu la perkara paling akak suka buat dari kecik..
nak kata akak banyak duit kat bank, tak tahu menahu la pulak..
sebab..tahu kumpul je..kumpul untuk kegunaan masa depan..

yang ketiga, dengar pesan orang tua..
andai kata kalau nasihat pada mulanya tak masuk akal,
restore dulu..ohh simpan dulu..nanti lambat laun mesti akan paham jugak akhirnya..

okay tak sweet bitter wishes ni..
kalau boleh akak pun nak adik-adik akak sendiri yang baca ni..
jadi kakak kepada empat orang adik-beradik memang banyak ragam nak kena layan..
pape pun, diaorang la penyeri hidup...suka dan duka..
aisehh, macam sayu je pulak tiba-tiba..

untuk Aya empunya GA,
good luck dengan first GA ni...semoga ramai join GA ni..
 

Tuesday, April 02, 2013

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com

p/s: ramai yang join...jom la sempat lagi ni hehehe...
 

Sunday, February 24, 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"


Assalamualaikum semua..
Wahh...dah 2nd year dah...ingat lagi tahun lepas saya join 1st give away anniversary..
tahniah yea remy... Jadi...nak tunjuk sokongan padu nak join la..


fuhhh...nasib baik sempat lagi nak join.. tengok ramai yang join..
lagi la rasa nak join...cepat kalau yang tak join tu tarikh last 28 Feb pada pukul 2359

kesempatan join give away nak ucapkan terima kasih pada remy,
sebab tak putus-putus singgah sini...walaupun blog ni
agak sepi sejak kebelakangan ni...
good luck pada remy...dan pada yang dah join atau bakal join..
rugi tak join give away yang ohsemm ni...hehehe..
*tiada unsur-unsur bodek di sini...*

Wednesday, February 13, 2013

BIG GIVEAWAY BY CIKGU FIZI, FIZGRAPHIC, EMASPUTIH, DUNIASHIDA & AIMANCOOL


Assalamualaikum semua.. Wahhh..giveaway baik punya laa..
terima kasih encik e'raz sebab tag...segan pulak rasanya sebab jarang online dan update blog..
 

nak join?? klik pada banner atas ni... 
hadiah pun menarik taw... senang je caranya, ikut je apa syaratnya..
Memandangkan keadaan internet tidak la berapa tenat, syukur dapat join giveaway ni..
Mana la tahu rezeki kawan-kawan di luar sana..
Best kan... Jom semua... 
Saya nak tag :  miZ ruHa dan Razil To The Block

Nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan sponsor..
Moga dapat sambutan dari sahabat blogger..

 

Wednesday, December 26, 2012

Giveaway Mialiana.com | Smile...Smile...Smile


Assalamualaikum semua.. wahh tirai 2012 bakal berlabuh tak lama lagi la..
Sempena itu, saya Anisa Nadhira nak join segmen Kak Mia sebagai tanda sokongan dari saya..
dah macam bunyi formal la pulak..ops sorry ter-over sikit..


klik banner ni kalau nak join..

Saya paling suka entri Banner untuk Jue dan Anisa di mialiana.com kerana
buat pertama kali saya dapat banner yang sangat cantik dan tepat dengan apa yang saya nak..
saya pun belum ada kesempatan nak cakap terima kasih sebab buatkan nya..
Jue punye pun cantik jugak..hehehe sesuai dengan diri dia..
dah macam kenalan rapat pulak Jue ni.. 
banner ni akan jadi sentimental value buat saya dalam dunia blog ni.. 

Mialiana.com antara blog yang saya selalu kunjungi..


Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang bertuah untuk Kak Mia jugak..
tabik spring dengan Kak Mia sebab dapat award dari Open University
siap masuk paper pulak tu.. suka-suka..

nak tag Jue, Fendy dan juga Hatimi
kalau yang tak ditag tu nak join, jom la memeriahkan sama..
The more the merrier.. Mana la tahu rezeki korang kan..



Sunday, December 02, 2012

Mini Gempak Giveaway by Mibz,Amercorner,EzzatieBrahim


Assalamualaikum semua...dipelawa lagi oleh Amer untuk Mini Giveaway 

klik banner ni untuk terus join

tengok hadiah kat giveaway ni...memang sesuai untuk saya..
dah lama nak...sebab selalu jogging mesti dengar lagu..
dulu ada beli yang macam tu jugak...tapi akhirnya rosak..
sedih rasanya...kalau dapat ni...terasa la terubat rindu dengan Sport MP3 

banyak lagi la hadiah yang menarik..

nak tag Eraz dengan Hairy la..boleh tak...
kalau ada yang berminat, alaaa boleh je join...cakap saya yang tag korang,pe macam?

jom jom... the more the merier..


Friday, November 30, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE


Assalamualaikum semua...seperti yang dijanjikan oleh Hairy nak buat contest,
saya datang nak support!!! *semangat*

klik header untuk terus ke contest..

sekarang Hairy tengah masyuk pasal BoxCreative dia.
Tengok banyak jugak hasil dia buat..dan dia tengah baik hati nak bagi 
kalender 2013.. tak kan korang tak nak kot...blogger retis ni..


tarikh contest ni 12/12/2012
cantik tarikh ni...sape punye besday jatuh tarikh ni..hehhe

kalau dapat kalender ni, memang show off sikit kat orang la..
motif?? hahaha saje...ohh tak boleh ek?
aah la..bongkak pulak nanti..okay..simpan elok2..
nak kasi bulat semua besday kawan, keluarga..

pakat memeriahkan contest Hazwan Hairy



Thursday, November 29, 2012

2012 GIVE AWAY BY IRAARINA & IZZAHLT


Hello everyone... I was been tag by Farisha for this GA..
Well, it's YEAR END GA...just like YEAR END SALE (Y.E.S)

click this banner for more detail

Wow there's a lot of sponsor involve in this GA..
The prizes to be won also look interesting..

I would like tag Miz ruha and Amercorner.com

It seems most of the blogger are kind to do their own GA...
Impress with you guys..because I really want to do my own GA...
just...someday...

just want to try write GA in English, I hope you don't mind...

Monday, November 26, 2012

Nabila Medan Giveaway


Assalamualaikum semua...setelah puas blogwalking,
tiba-tiba nampak kena tag oleh
encik E'raz Fadli (saje nak bunyi formal,tiada apa-apa maksud lain ea)
dan...dulu saya pernah join segmen Nabila Medan dalam Segmen Tangkap Follower Sebanyak Mungkin
yang telah menaikkan blog Anisa's Corner lebih ramai pengunjung.

kali ni datang nak support giveaway..

klik banner ni untuk join

ramai sponsor yang terlibat..wahh..meriah ni..belum join lagi?
alaaaa jom la join sama..

kepada Nabila, dikesempatan ini saya nak ucap bebanyak terima kasih untuk segmen sebelum ni..
dan sekarang untuk giveaway ni...good luck!! fighting!! (^_^) 
tag miz ruha dan jue jaynee sebab mereka antara yang sering datang Anisa's Corner.

Thursday, November 22, 2012

Di mana kedudukan blog ni (SEO Extravaganza)


Assalamualaikum semua....tadi saje la pergi check, mana la kedudukan Anisa's Corner 
untuk Contest SEO Extravaganza ni..


klik untuk besarkan image ni

jadi tak ramai pun girls yang join...Saya jauh ketinggalan..
Baru tahu tahap blog ni memang jauh lagi untuk menempuh dunia blog.
Hebat betul contest ni...apa-apa pun I'm glad to be part of it..

2012 Tahunku Yang Cantik | Anisa's Corner

ada rezeki ada la... kata pun niat nak try aje..
benda baik kan...tak salah try..hihihii..
kalau nak borak terus boleh la guna twitter saya @nysa14
mention saya taw..bye guys!!!

Wednesday, November 21, 2012

Mina's Giveaway


Assalamualaikum semua... nak join Mina's giveaway



cik Mina, saya follower #501 awak..caya lahhh...

sponsor untuk giveaway ni pun banyak la...terbaik la awak Mina..
nanti ajar la saya dapat sponsor banyak gini

saya dah selesai follow blog yang sponsor-sponsor tu..
facebook...ehehe...macam tak boleh nak like..
sebab kat office ni...ehh jangan risau saya tak curi tulang pun...
kerja semua dah settle baik punya...tu yang join nieh..

apa lagi korang...sementara sempat ni join la..
hadiah semua memang best-best la..
saya ni...kalau ada rezeki, ada la..sekadar nak support giveaway yg giler cool ni..

tamat giveaway ni 22/12/12 waktu tempatan 0000
cepat korang....mana tahu rezeki korang dapat hadiah-hadiah ni..

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post