Monday, February 04, 2019

Bising dalam group dapat lucky gift #SuperbUltimateteam



Tengok heading pun macam biar betul ni..kan kan...
Nisa ni jenis agak susah sikit nak bising dalam whatsapp group lebih-lebih lagi dalam tu kita tak kenal orang sangat dan ada a few yang kenal melalui facebook.

Setiap task dalam group try jugak buat. Nak commit tu memang kena struggle sikit.
Nak jaga anak lagi, ada nak uruskan hal rumah sikit.
Bila bagi reponse dalam group, Nisa a bit extra bisingnye. Dengan fikir bila lagi nak orang kenal.
Fikir untuk belajar. Tambah lagi ilmu didada ni. Iyelah masih berakit-rakit dalam bisnes ni.

Bila kelas dah habis, rasa puas hati sebab belajar benda baru.
Dalam fikiran, "Aku kena konsisten share produk best ni.. Kau pun tahu produk ni terbaik..Be proud to be part of it.."

Dihujung waktu kelas online tu ada kata nak bagi hadiah untuk next task. Dalam hati, "InsyaAllah kalau ada rezeki ni tak kemana la..dapat hadiah ni..." 
Iyelah siapa yang tak suka hadiahkan. Lepas dah umumkan yang bertuah menang untuk special task nama tak sebut. Sebab special task tu buat sedikit lewat. Ada tanggungjawab di tempat kerja.
Ucap tahniah yang menang.. Doakan kepada yang bertuah tu.

Selang beberapa ketika tu ada announcement kata ada special gift untuk yang paling kecoh dalam group. Nama Nisa disebut. I was like, "siyes la ni...betul dah tag nombor kita..Syukur yang amat.."


Disebalik kita bukan buat untuk harapkan balasan dan bersungguh buat untuk upgrade kan diri. InsyaAllah pasti ada rezeki buat kita.
Tak rezeki dari segi customer berdunyun-dunyun, mungkin ilmu, adab (hormat orang yang memberi pendapat mahupun tunjuk ajar kepada kita) & kawan baru kita dapat tu boleh jadi rezeki buat kita juga. Semoga Allah sentiasa limpahi kita rezeki yang tak disangka-sangka buat kita.
Kita sebagai hambanya perlu sentiasa mengingati Allah biar waktu susah mahupun senang.
InsyaAllah.

Semoga Nisa terus maju dalam team yang sangat awesome ni.

Daripada, Anisa



2 comments:

Abam Kie said...

Alhamdulillah. Kalau dah rezeki x ke mana. Tahniah! Done follow back...

PeRdU cINta said...

Rezeki tu. Syukur.

#68 WORDLESS WEDNESDAY