Monday, February 11, 2019

Maira adventure #3 Petik Buah Di Kebun



Dah lama tak cerita Maira adventure, kali ni nak cerita pasal Maira first experience petik buah kat kebun rumah atok. Maira sendiri memang penggemar buah. Setakat ni durian je Maira macam kureng sikit sebab bau dia..tapi the best thing is masa dekat kebun rumah Atok, dia makan durian tapi 2 ke 3 suap je. Comel je bila cakap, "sedapnyaa.."


Ohh, berbalik cerita Maira nak petik buah ni - Al-kisahnya kena nyakat dengan Atok sedare dia ni "Kalau nak, poie potik sendiri.. amik kat baldi tu 50 sen sebiji.."
Maira pun onzzz je okay. Dia lagi suka makan yang dia petik kat pokok. Pastu sempat brag bila bawak balik buah-buah ni kat rumah, "Ni maigha (cannot say R properly - like her mother) yang amik..."


Dia boleh makan rambutan dengan manggis lebih 15 biji rasanya time tu. Pastu berapa kali round tah petik.. Tiba-tiba rasa nak lagi, "Nak amik lagi..untuk Cik Izy, Cik Lyn" 
Ingat kat makcik dia yang kat KL tu ambilkan untuk diaorang. Of course kita layankan, sebab nak kena dukung dia punya pasal, sado dah tangan ibu ni.


Seronok tengok dia petik and makan..bila nak je, "Bukak kan ni..please.."
Macam biasa bila ibu dia nak extra kasih sayang, ibu dia request nak peluk la, cakap I love you, buat bentuk heart guna jari or tangan.. Ngada sikit ibu dia ni..



4 comments:

  1. Bestnya petik² buah di kebun. Budak memang suka petik sendiri. Bagus si Maira suka makan buah. Banyak pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya petik buah dekat kebun. I think ramai je budak-budak yang tak berpeluang untuk pergi ke kebun buah-buahan

    ReplyDelete
  3. yupp tu kalau best kalau diaorang sendiri ada experience..

    ReplyDelete
  4. anak2 sekarang jarang dpt peluang sebegini melainkan mak ayah mereka sukakan nature... bgs utk anak2 peluang mcm ni

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post