Showing posts with label onlineshopping. Show all posts
Showing posts with label onlineshopping. Show all posts

Wednesday, January 17, 2018

Stok Genki Tape untuk 2 bulan


Hi semua. Tajuk memang straight forward je. Kebiasaan kalau dah ada anak kecik akan ada perbelanjaan untuk pampers. Last time beli stok pampers bila sale 11/11 haritu. So, ni kiranya kali kedua beli pampers guna shopping online.

Nak dijadikan cerita, hari tu beli hari Selasa kalau ikut calculation sampai hari Khamis atau Jumaat. Iyelah beli dari 11 Street kali ni, biasanya tak ambil masa lamakan.. Stoknya tak sampai hari yang sepatutnya. Jadinya, kena beli dekat Kota Bharu - balik kampung mertua.


Tak apalah, rezeki beli sana agaknya. So, apa jadi dengan beli kat 11 Street tu..
Ehh dapat je, cuma lambat sikit la. Lepas balik dari kampung tengok kat meja office ada la sekotak gedabak ni. Jadilah 2 set (beli kat 11 Street) campur 1 set yang beli kat KB. Betul ke boleh tahan sampai 2 bulan. Haah serious boleh. Maira yang sehari kekerapan nak tukar dalam 4 ke 6 kali.

Ada yang tanya

"Best ke Genki ni?"

Jawapan ku - for Maira haah okay dengan dia. Kualiti okay. Tak ada bocor especially waktu malam. Tak ada ruam-ruam (melainkan tak tukar lebih dari 8 jam, confirm ruam kalau pakai mana-mana pampers sekali pun).

Kalau ada yang plan nak try pakai, leh la cuba. Haritu try Genki Pants, boleh kopak $$$ hahaha...

yang ni ada 2 set je

 


Saturday, November 18, 2017

Hasil 'tangkapan' online revolution


Baru-baru ni ada online revolution. Korang taw kan? Alaaa yang 11.11 tu.. 11hb November.. haa ingat dah kan.. jadinya Nisa dengan husband pun tak ketinggalan. Kami lebih pada play safe, iyelah yang kuat shopping Nisa...jadi kali ni Nisa cuma cakap - ok atau tak... husband yang purchase kan.

Bahaya kalau Nisa yang pegang, rasanya akan banyak beli nanti.. Jadi apa yang kami beli dari Shopee?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sebelum di buka isinya

tadaaaaa...Genki tape saiz M - 75pcs

Berapa harga dapat? Tak ingat exact amount..untuk 1 set ni kitaorang dapat RM80++ which harga asal RM118 gitu. Genki Tape ni memang susah sikit nak cari. Hari tu pergi tesco ioi city mall, putrajaya pun dah licin satu rak. Barang Maira la jawapannya. Stok buat 2 bulan. Hopefully..

Wednesday, November 08, 2017

3 Tips membeli dari online seller dengan cara jimat


Memandangkan Nisa pun kira selalu jugak shopping online dan pada masa yang sama, online seller...jadi tak salah nak share tips nak membeli ni. Nisa boleh kongsi dari point of view from online seller. Boleh berkongsi dengan yang lain, sekiranya ada manfaat.



1. Grab bila ada promo atau free postage.


Kat sini korang akan dapat penjimatan yang berbaloi-baloi. Postage ni yang selalu kita caj untuk pos laju, eacy parcel dan seangkatan dengannya.
So, rajin jenguk bila ada ni offer ni. Promo pun sama, akan bagi jimat dari pembelian biasa.
Biasanya ada timeline, kalau kena budi bicara boleh aje online seller nak extend..tapi kalau dah offer pun lama berlalu tapi kita tak boleh nak grab, tak apa let go dulu. Uruskan mana yang penting dulu. Nanti insyaAllah akan ada yang lain.

2. Kongsi postage dengan kawan-kawan


biasanya bila kita beli lebih dari satu item, so dah boleh jimat situ. so nanti tanya kat kawan-kawan,
"Nak beli jugak ke...jom join postage sama.."
Advantage kalau satu tempat kerja ataupun rumah dekat-dekat. Nanti bila dah tengok beli benda yang sama, pastu "Alaaaa nape tak cakap nak beli jugak, kalau tak boleh join postage..."
Tak apa inform pada kenalan, sama-sama untung pulak tu. Nisa selalu buat dengan mommy Nisa, kalau dia nak beli Stokin Soka..sama ada hantar ke alamat kampong atau alamat Nisa.

3. Beli borong atau pukal


Beli sekali banyak selalunya dapat murah sikit. Ikut budi bicara atau SOP online seller tu.
Caranya : kumpulkan order satu office, satu kawasan kejiranan untuk beli barang tu.
Kalau anda kak long atau abang long kawasan lagi banyak advantage disitu. hahaha.. ke arah kebaikan taw. Jangan macam-macam.

 

Selamat berbelanja dengan cara bijak ea semua.

Wednesday, October 18, 2017

Top 5 : Kenapa best online shopping?


Sekarang ini sudah tidak asing lagi untuk online shopping. Tak kira umur, jantina mahupun kawasan kita, semua orang boleh online shopping. Jadi Nisa nak senaraikan kenapa kita online shopping.. Jom sama-sama kita tengok, adakah kita pun sama juga.

gambar dari google

1.    Mudah untuk membeli. Kita tidak perlu cari parking, bersesak di kedai hanya untuk membeli barang yang kita mahukan. Jimat masa, ruang dan tenaga kita. Kita cuma perlu pilih, klik,klik mana yang kita nak. Letak dalam cart dan bayar. Tunggu barang-barang kita sampai terus ke rumah.

2.    Kita sudah tahu mahu beli apa dan agak susah untuk beli yang kita tidak mahu. Jika kita beli ke kedai, kemungkinan besar akan tambah item yang lain. Opppsss over-spending pulak jadinya. Betul kan?

3.    Promosi, promosi dan promosi. Kebiasaannya boleh gunakan promo code dan dapat lebih murah. Jimat, berbaloi-baloi la senang cerita. 

4.     Diskaun barangan yang kita suka. Siapa tak suka diskaun ye dak. Apa lagi, time tu banyak kita shoppingnya.

5. Dapat cashback bila kita online shopping guna ShopBack - banyak online shopping yang best dalam tu : Lazada, Zalora, HERMO, 11Street. Jadinya kita tak rugi, dapat duit balik. Contoh kita spend dalam RM100 dan dapat offer dalam 3% cashback masuk dalam akaun kita. Siapa nak bagi kan. Percent tu bergantung pada online shopping kita guna taw. Tak semua sama.

Cukup la sebab ini dulu, kalau ada nak tambah boleh aje nanti. Online shopping ada baik dan buruknya. Buruknya bila kita tak pandai kawal, sama je bila kita shopping di kedai. Berkaitan servis tu, masing-masing akan alami mungkin yang OK atau pun tidak. Apa-apa pun, kalau yang tidak biasa tu, boleh minta kawan yang biasa shopping online. 


Selamat bershopping online.

Monday, August 21, 2017

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest LAZADA

 
Hello everyone. I will take this opportunity to say that
 I am excited to be part of this contest from Lazada.
 
so,
What do you love about being Malaysian?        
 
To me, I love the culture, our diversity and the outcome when we are in a team.
I can relate to this from my work environment.
We are so passionate to make sure everything in place and work efficiently.
When one of us need a hand of help, there will be other hand that help it without ask anything.
 
 


My favorite local product that Lazada have - Huggies .

 
use it since new born


I will be supper excited if buy my daughter's pampers received free gift - Baby wipes.



Up until now, I am not able to purchase online from Lazada
due to technical error (there's one time) but later, I will do it.
I just active purchase Lazada, a few weeks back.
For Merdeka! Merdeka! Sale must be a good opportunity for me
to shop wisely especially for Huggies brand.

To all bloggers, let's take this opportunity to be part of cool contest
who knows that you might be the lucky winner.
 



100L Large Oxford Cloth Dual Opening Foldable Spring Blossom | Lazada

 
Hi guys.. My online shopping review is back.
This time around I use Shopback apps - search for Lazada.
I was looking for storage for my daily shirt to be kept.
I was hoping to find it in Lazada.
After I find this, I directly order and this time
I was using Cash on Delivery, for the first time.
 
I got the parcel 2 days after I make the order.
For me, still consider early but the delivery guy said, "usually can get early than that..."
After I do the payment, and yes I am ready for my parcel.
 
after get the parcel from delivery guy

as soon as I open it
 
I was like woahhhh, beyond my expectations from what I've been see at the picture.
I asked my husband, "Can you guess how much is this?"
 
and he boldly said, "RM50"
 
I was giggled to his answer, "It was below than that.. the price is below RM25"
 
Right away I put our clothes in the storage...ohh before that, my daughter
try to be in that storage and she understand very quickly that is not her toy.
 
Since I mention that I use shopback apps to buy this, and I do receive cash back from
amount of what I have purchase. How cool is that, right?
 
If I want to buy again, I know where to find it...hehehe...
 
 

Saturday, July 08, 2017

Shoe Rack | Lazada


Kali ni nak share Nisa ada beli shoe rack dari Lazada. 
Asalnya Nisa ni jenis tak rajin nak bukak Lazada pun, 
tapi sebab bapak yang rekomen kan untuk Nisa. 
Biasanya apa bapak rekomen, dengan cepatnya Nisa beli tanpa ragu-ragu.


Ada 6 level shoe rack ni. Itu pun banyak space lagi kan?

 Price beli waktu ni tak sampai RM30 and free shipping. 
Dari segi nak tunggu delivery, tak lama pun..order weekend, isnin dah sampai.
Ada 3 kaler..dan kaler grey ni jadi pilihan.
Ada beli extra haritu sebab murah kan, tapi kalau letak 2..jadi banyak pulak.
On-hold dulu lagi satu ni..


Thursday, November 24, 2016

Cepatnya response bookcafe

Bila dapat buku yang kita beli dengan online,  tengah belek-belek lepas tu nampak Ada blank pages. Apa korang akan buat?

Untuk kes Nisa, pergi tanya terus kat bookcafe. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dan paling best, sekejap je diaorang setelkan. Fuhhh impress sangat-sangat. Dah la beli very good price, service tiptop... Aishhh memang patut beli lagi ni.

Boleh direct pergi ke FB Bookcafe untuk pinangkan mana-mana buku yang korang berkenan. Kalau nak Nisa jadi personal shopper pun boleh, roger aje..

Wednesday, October 19, 2016

Khimar TheBungaa

Hajat nak pakai khimar akhirnya tercapai apabila Nisa sendiri Sampaikan perasaan terpendam dengan owner TheBungaa.

Mulanya scroll instagram tengok ramai ceritakan pasal khimar. Sekali pandang memang dah jatuh cinta. Love at first sight. Lepas tu Ada bagi hint pada encik husband,

"Cantikkan khimar ni u.. Kalau I pakai cantik tak.. "

"Apa yang u pakai cantik di mata i"
Macam tu Ayat Dia lebih kurang. Terus berbunga hati ni bila dengar.
Boleh katakan tiap hari tengok khimar.. Nak sangat tapi ada benda lagi penting, terus abaikan je dan cakap pada diri sambil berdoa, "Ada rezeki ni Nisa akan pakai jugak khimar ni... "

Alhamdulillah rezeki Dari Allah dapat khimar yang diidam-idamkan. Rasa Sayang nak pakai pulak...sebab cantik.
Dan Nisa pilih Hari Ahad baru ni masa meeting untuk next project dengan pakaikan khimar TheBungaa.

Siap macam biasa, tiba-tiba encik husband pandang semacam. Terus buat-buat sibuk siapkan barang anak. Terkeluar dari mulut dia,
"Sayang...nampak cantik sangat pakai khimar ni... "

Memang tersipu la.. Ingatkan nak cakap apa, muka comot ke apa ke.. "Thank you... " tu je mampu cakap sebab speechless..

Sampai meeting, antara yang perasaan (selain Maira, baby girl ku yang berusia 6 bulan tu) Ada yang tegur khimar tu.
"Cantik design yang ni... Comel pakai.. "
Nak tulis bab puji ni memang tak pandai tapi tu yang nyata..

Paling obvious, bila Maira nak tidur. Selalunya dia akan meronta nak pusing kepala sebab tudung Nisa pakai macam menganggu tapi lain pulak ceritanya bila dengan khimar ni. Letak je, terus lelap dan nak bagi dia susu pun tak perlu nak risau bab covered.

Boleh cari di instagram @TheBungaa untuk tengok sendiri design khimar yang ada. Ohhhh Nisa kasi payung sikit gambar Nisa pakai khimar.

Friday, December 27, 2013

Terbantut shopping online bila...


Hey semua.. Post ini hanya lah luahan dari saya pengguna yang baru nak berkecimpung dengan ber-shopping online.. Jika post ini membuat ada yang rasa kurang senang, harap maaf.

Seronok rasa bila tengok shopping online kini makin berleluasa dan memudahkan penggunanya..tetapi bila si penjual mula menggeluarkan notis, "Kami hanya memberi layanan kepada yang serius ingin membeli barangan kami.." hati ni terus terbantut..mahu tahu kenapa?

Hati mula bersangka buruk, "Awal-awal lagi dah menakutkan customer.."
"tak mesra pelanggannya.."
akhirnya mula tukarkan mindset dan berfikiran secara rasional, "mungkin banyak kali mereka kena tipu dek customer yang hanya mempermainkan..siapa tak benggang kot"

tapi ikhlas dan jujur, notis sebegitu memang menakutkan saya..lantas buat saya rasa tidak mahu berurusan dengan mereka.. yes, memang kita mesti ada rasa marah yang customer mula-mula nak membeli...pastu last minute cancel pembelian.. tapi..itu lumrah bila buat business..kerenah customer yang pelbagai ragam..memang kena lalui..
Bila notis sedemikian ada...memang berkerut-kerut je baca...kalau notis itu sekali sekala tidak mengapa lah...tapi almost everyday..tak seronok pulak rasanya nak shopping online..

Luahan ikhlas dari pengguna yang baru hendak berkecimpung dalam shopping online,
ANISA ANUAR


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post