Memandangkan Nisa pun kira selalu jugak shopping online dan pada masa yang sama, online seller...jadi tak salah nak share tips nak membeli ni. Nisa boleh kongsi dari point of view from online seller. Boleh berkongsi dengan yang lain, sekiranya ada manfaat.
1. Grab bila ada promo atau free postage.
Kat sini korang akan dapat penjimatan yang berbaloi-baloi. Postage ni yang selalu kita caj untuk pos laju, eacy parcel dan seangkatan dengannya.
So, rajin jenguk bila ada ni offer ni. Promo pun sama, akan bagi jimat dari pembelian biasa.
Biasanya ada timeline, kalau kena budi bicara boleh aje online seller nak extend..tapi kalau dah offer pun lama berlalu tapi kita tak boleh nak grab, tak apa let go dulu. Uruskan mana yang penting dulu. Nanti insyaAllah akan ada yang lain.
2. Kongsi postage dengan kawan-kawan
biasanya bila kita beli lebih dari satu item, so dah boleh jimat situ. so nanti tanya kat kawan-kawan,
"Nak beli jugak ke...jom join postage sama.."
Advantage kalau satu tempat kerja ataupun rumah dekat-dekat. Nanti bila dah tengok beli benda yang sama, pastu "Alaaaa nape tak cakap nak beli jugak, kalau tak boleh join postage..."
Tak apa inform pada kenalan, sama-sama untung pulak tu. Nisa selalu buat dengan mommy Nisa, kalau dia nak beli Stokin Soka..sama ada hantar ke alamat kampong atau alamat Nisa.
3. Beli borong atau pukal
Beli sekali banyak selalunya dapat murah sikit. Ikut budi bicara atau SOP online seller tu.
Caranya : kumpulkan order satu office, satu kawasan kejiranan untuk beli barang tu.
Kalau anda kak long atau abang long kawasan lagi banyak advantage disitu. hahaha.. ke arah kebaikan taw. Jangan macam-macam.
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more