Soalan ni lately menjadi persoalan untuk diri sendiri sejak Nisa dah mula tambah ilmu kewangan.
Nisa ni book-lover, jadinya kadang-kadang terhad expenses bila nak upgrade lagi buku yang ada.
Alhamdulillah ada officemate pun yang suka membaca...so selalu la share apa buku yang dia baca.
Lepas tu, terus sesi bertukar-tukar buku. Ni pun cara mudah dan jimat. Win-win situation untuk
kami.
Beli pre-loved - beli dari orang yang dah ada. Kita ni jadi second owner.
Sebelum membeli, kita kena faham pre-loved itu condition buku yang kita dapat tu mungkin bukan 10/10.
Ada kemungkinan juga ada terlipat sana sini bukunya. Jika anda dapat buku yang kulitnya dibalut baik, dijaga rapi..Anda dikira bertuah untuk jadi owner kedua.
How To Talk So Kids Will Listen (exchange dengan Momen2 Matlutfi di Carousell) |
Sebab owner pre-loved buku mereka
a) Owner nak let go buku yang dia dah baca (ataupun belum baca lagi).
Ada juga kes dimana owner terbeli dua, tersilap beli. Kalau dapat less pun boleh dapat less RM1 atau
RM2 dari harga asal.
b) Owner perlukan duit untuk sambung belajar atau clear kan barang untuk mudah pindah rumah
contohnya. Jadi, kita yang bakal jadi owner kedua boleh tolong owner buku tu.
c) owner nak beli lagi buku. Sebabkan space dah tak banyak jadinya last choice to let go dan pre-loved buku yang diaorang ada.
Kenapa beli pre-loved?
a) Harga jauh lebih murah dan kadang-kadang tak masuk akal. Satu buku boleh jadi RM5.
Harga asal RM25.
b) Masih boleh digunakan - dijaga baik dan rapi oleh owner lama.
c) Buku dah lama tak publish dan ada owner yang nak let go, rezeki tuuu..
Kenapa beli buku baru?
a) Ada yang lebih suka beli baru. Kulit belum terusik, muka surat tidak kelepet lagi.
Mahu menjadi orang pertama baca untuk buku itu.
b) Buku yang kita nak tu limited edition. Best lagi kalau beli kan?
c) Pengarang kesukaan. Tanda support pengarang yang kita suka. Beli baru lagi OK, jika mampu tiada paksaan.
Apa-apa pun, pre-loved atau beli sekali pun janji banyakkan baca buku taw kawan-kawan.
Tak semestinya buku novel sebab sekarang banyak dah cerita beri inspirasi macam Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan ataupun Hipster Hartanah. Sebab semua tu saya dah baca, hasil exchange dengan kawan dan ada jugak beli taw.
Tengah tunggu buku pre-loved sampai ni. Buku Enam Tahun Menjelang Dua Puluh, rezeki beli pre-loved sebab tak sempat nak grab masa Terfaktab buat sale baru-baru ni. Selamat membaca ea semua.
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more