Wednesday, November 01, 2017

Bila Mereka sudah bersedia


Bila kita boleh terap anak kita solat? Jawapan mudah

Bila mereka sudah bersedia

Bukan dalam keadaan memaksa, biarlah secara semula jadi. Boleh mulakan, "Jom solat sama dengan ibu.." atau "Teman ibu solat zuhur sama nak?"

Percayalah mereka cepat belajar dan tangkap pergerakkan kita ketika solat. Maira sendiri boleh tiru saya solat seawal 18 bulan. Aippp, jangan bandingkan taw.  Lain keupayaan anak, lain masanya. Kalau belum lagi, terapkan dan buat konsisten. Tidak mengapa dia duduk di tepi dan akan sendiri duduk sebelah kita.

Mummy Nisa pulak lain kes, "Nisa, kawan mummy tengah cari telekung untuk anak dia..Asyik nak pakai telekung ibunya pulak.."

Jawapan ku "Sikit punya hal, boleh setel. Nanti Nisa suggest set telekung dengan sejadah ea" Hahahaha bukan gitu jawapan ku...tapi lebih kurang la. Tolong orang setel problem ni pun dah jadi satu kepuasan bagi Nisa. Semoga dapat manfaat semuanya.




No comments:

Mood Republik 2019

Hi semua. Nak share lepas join Mood Republik dekat MITEC haritu. Nak dijadikan cerita, Nisa join hari Jumaat. Apply Birthday leave dan maca...