Wednesday, November 14, 2012

Cara mengatasi : Tak ada yang baca blog saya?


Assalamualaikum kepada semua...dengan post yang lalu, Sebab saya tak komen blog awak dapat sambutan saya teruskan dengan masalah bila ada blogger takut tak ada yang baca blognya. Kepada yang masih baru menjejak ke dunia blog atau berjinak dengan nya tak perlu khuatir jika tiada yang baca sebab saya ada jalan penyelesaiannya.. ohh kalau yang nak private kan...tu kes lain pulak..

3 cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini

1. Dapatkan kumpulan kawan anda dan minta mereka komen, jika anda segan untuk memulakan dengan orang yang tak dikenali.

2. Join group mana-mana di facebook atau google+ terutamanya...dan minta mereka komen blog anda secara aktif. Group sebegini akan aktif share entry mereka dan disitu permulaan yang baik.

3. Komen pada blog lain atau orang kita panggil blog-walking. dengan ini secara tak langsung boleh buat blogger lain kenal anda.. tak perlu sombong untuk buat perkara ni.

Update kan blog secara konsisten dan promote blog anda dan secara automatik anda akan generate traffic dan komen. Ada juga yang memilih untuk menjadi silent reader di blog anda dengan itu,boleh perhatikan pada stats. Walaupun mereka tidak komen blog anda tapi yang pasti kamu ada pembaca yang baca blog anda.

Post a Comment

Platemat pinggan untuk kanak-kanak

  Hi semua. Pernah tak korang mengalami,  susah nak bagi si kecik kita makan sebabkan dia nak campak pinggan dia ke bawah? Boleh jadi...