Tuesday, November 06, 2012

teringat satu kisah


Assalamualaikum semua...dan selamat sejahtera semua..harap semua sihat belaka la yea..
Hari tu ada tengok kat TV pasal tarian Walinong Sari..dulu time sekolah rendah memang rajin saya join la pasal menari ni.. negeri Pahang memang kaya dengan budaya warisan tu yang saya suka.. begini nak dijadikan ceritanya..

tempat kejadian : bilik latihan

waktu tu cikgu suruh berlatih sendiri nak bagi sama, ingat rentak untuk persembahan seterusnya. Lepas tu, kawan saya bersuara, "kita rehat la dulu...cikgu tak de.."

ada yang membalas, "orait gak tu..penat dah berlatih pun"

tarian masa tu Tarian Gamelan, semua sekali ada 12 orang serentak dengan berlatih untuk Tarian Harmoni Jiwa Bangsa..

"aku ada cerita seram nak cerita ni, sape nak dengar?" ada sorang yang memberi cadangan.

"orait la..cerita je la.." hampir semua yang setuju tapi tidak pulak saya kerana risau digelar pengecut, beranikan diri untuk turut sama dengar cerita.

"okay..aku cerita korang nak tahu sekolah kita ni tempat *cerita mula kabur dan saya tak ingat*"

semua time tu dah seram sejuk... "Tiba-tiba" dia sergah.

semua dengan muka saspen. "pintu tertutup dengan sendiri.." BAMMMM!!! 

"uihhh apa tu...macam mana pintu tu tutup.." 
"TIDAKKKKKKKK!!!" semua jerit... 
"cuba bukak pintu tu...bukak la.." kawan sorg ni pun bukak...

marah salah seorang dari kami kepada yang cerita, "weiii asal cerita macam tak nak real pulak...dah-dah jom berlatih balik"

sejak hari tu tak ada sape berani cerita macam tu lagi kat bilik tu.. ada yang kata mungkin tu sebabnya kami curi tulang dengan alasan dah 'banyak berlatih' dan ada yang kata pintu tu tertutup sendiri disebabkan angin.. 


curi kat google..tarian Gamelan..


pernah mengalami macam ni? cerita la jugak...


8 comments:

  1. angin kot? atau mungkin...hehehe. mana kita tahu kan?

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  2. seram jguak ni!

    ReplyDelete
  3. sekolah dan peristiwa saspen...memang pernah berlaku dlm hidup remy.....

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post