jangan 'down'kan orang lain


Assalamualaikum semua..konvo UiTM dah nak dekat dah..pasti ada yang mencari kerja atau pun dah dapat kerja.. Rezeki dia murah dia dapat dulu daripada orang lain...tapi seharusnya kepada yang dah dapat kerja tu, jangan 'down' kan orang lain..kesian kawan kita yang belum lagi yang dapat kerja tu...


saya tahu saya belum layak nak cakap apa-apa sebab masih lagi dengan internship ni..

Saya kagum dengan kawan saya ni, tak pernah kenal erti penat lelah.. Walaupun di sudut hati dia kecik hati, 'down' dengan kata-kata kawan yang dah berkerjaya ni tapi saya beri kata-kata semangat sekadar sokongan daripada saya..

kata-kata terakhir bila saya berjumpa dengan dia, 


"aku...tak nak apa-apa dari kau...apa aku buat tu aku tak nak dibalas dengan duit tapi ko janji dengan aku satu benda...dapat kerja yang baik dan halal...tu cukup untuk aku..."

harap apa yang dia tempuhi.. segala interview menjadikan perkara pahit manis masa dia dapat kerja yang akhirnya dia dapat nanti.. Doaku sentiasa mengiringi kejayaan mu sahabat..

p/s: untuk diri ni jugak yang kadang-kadang lupa diri..
p/s kuasa dua : ini adalah autopublish post dan post yang ke 600 untuk blog ni
7 comments

Popular Posts