Tuesday, May 29, 2018

Stokin Soka sebagai hadiah


Hi semua. Assalamualaikum. Anyeooonggg~~

Nape tiba-tiba berbahasa Korea ni? Okay macam ni.. Nisa ada kenalan di Korea - kawan kerja. Speaking Korea ke dengan diaorang? Ehh Tak adalah. Speaking English lagi, ada la sikit-sikit cakap Korea atas ajaran dan fokusnya bila tengok K-drama. Boleh sebut "Kamsamida", "Arasso" - basic perkataan.

Nak dijadikan cerita, kawan kerja lain stream datang PJ minggu lepas. Mereka pun bagi hadiah untuk kami. Facial mask, makanan la..macam-macam bagi. Murah betul rezeki diaorang, suka memberi ni. Dah mereka memberi, kita balas memberi jugak kn.. bukan selalu pun. Nisa pun mengambil kesempatan nak beri something jugak.

Fikir punya fikir apa la nak beri kat mereka. Tanya direct kat diaorang, dijawabnya taknak apa-apa. Aihhh mana boleh. Malu kot nak meminta. Kalau Nisa pun jawab taknak apa-apa walaupun dalam hati kata nak. Clishe complicated nya seorang perempuaan. Apa lagi, mulalah sel-sel berhubung untuk cari idea sambil mengaru-garu kaki yang bersarungkan stokin soka favorite pair - plain grey.

Tingg!!

"Laaaa...apa susah stokin Soka kan ada..diaorang pakai pun selesa bila time sejuk ke..dalam office ke..lain dari yang lain jugak.. ada corak-corak..stokin bukan aurat semata-mata tapi untuk keselesaan jugak.." bermonolog sorang-sorang di meja office.


"Hi...can you give this to the Output team.. Say that it is from Anisa.. Thank you.." tersipu-sipu nak bagi beg comel penuh dengan stokin Soka ni. Nervous tu macam nak jumpa buah hati pula.

Alhamdulillah tercapai hajat, bila dapat tahu stokin tu dah selamat sampai dengan diaorang semalam.
Tak kira apa jua hadiah kita nak berikan pada orang lain, yang penting ikhlas dari hati. Itu lebih bermakna. Tak perlu mahal, tak perlu terlalu exclusive tetapi cukup hadiah itu sendiri ada added value nya yang tersendiri.
Post a Comment

PENCARIAN BLOGLIST DECEMBER 2018 OLEH AIRAH SYAHIRAH

Hi semua. Hari ni ada kesempatan nak join bloglist. InsyaAllah ada kesempatan lagi Nisa akan blog-walking la ea. Nisa dapat tahu pun dari b...

Cerita Panas Blog Minggu Ini