Tuesday, May 01, 2018

Projek Photobook - Gambar 4R



Hi semua.. Dah lama nak bercerita, jadinya inilah masanya untuk ceritakannya (motif sangat nak habaq mai busy yang amat hehe)

Asalnya projek Photobook ni buat gara-gara mummy ada promo code untuk Gambar 4R ni. Dalam hati, cantiklah dapat less price. Sebenarnya code tu boleh dapat free je untuk projek Nisa buat ni. Tapi sebabkan Nisa request high quality paper - tup,tup kena la bayar. Ada la dalam RM20 lebih gitu.

Pastu nak kena buat tak berapa banyak dan tak berapa sedikit. Orang kata sedang elok untuk orang yang tak berapa rajin macam Nisa ni. Alhamdulillah tak tunggu lama pun projek yang terhasil tu dah sampai ke tangan ku.

Nak dijadikan cerita, projek Nisa ni macam 'terpanggil' untuk berbakti (as part of decoration) masa Birthday Maira, 14 April yang lepas. Cantik betul Allah susunkan aturan ni. Ada la a bit of sentiment value kat situ.


Moral of the story?

Kita mampu merancang dan buat sehabis baik, tapi Allah dah rancang far better for us.
Asal buat sekadar suka-suka & ada sebab tersendiri lepas tu yang kita sendiri tak boleh nak jangkakan.

Post a Comment

Ter-pelajar kah mereka?

Hi semua. Biarkan Nisa buat bebelan untuk hari ni. Setelah sekian lama, Nisa rasa perlu ada tindakan.Perkara ini berlaku di kawasan diman...

Cerita Panas Blog Minggu Ini