Saturday, October 17, 2020

Pengalaman Diving (Open Water)

Hi semua. Dah lama tak menulis dalam blog. Hari ni ambil kesempatan nak tulis pengalaman diving yang Nisa buat bulan September lepas. Lama kan peram ceritanya. To be honest masa nak pergi tu rasa macam nervous yang amat. Perasan yang normal kalau buat sesuatu yang out of our comfort zone kan.

Nisa pergi dengan husband ke Pulau Perhentian. Jadinya Nisa buat Open Water - basic untuk nak buat lesen diving dan husband pulak buat Advanced. Sebab husband dah buat Open Water tahun lepas. Kenapa tak buat sama-sama je?

Well, time tu husband pergi dengan kawan dia. Nisa pun macam "It's okay you go first. I jagakan Maira..." yes gunakan anak untuk escape gitu. Walaupun tak dijangka husband pulak ajak untuk buat tahun ni. Ikutkan juga patut bulan April 2020 haritu tapi yelah waktu tu tengah 'panas' kes covid19 ni. Sekali lagi rasa macam another escape lagi. Extend lagi. Iyelah penakut air kalau boleh taknak pergi. 

Dah sampai sana pada hari kejadian, well tak banyak cakap...risau ke lebihnya berfikir benda yang macam-macam. Haihh, itulah perempuan over-thinking kan. Dah masuk tu sebenarnya okay je. Seronok bila dapat buat. 

Ada je difficulty dia, lagi-lagi masuk dalam D'Lagoon. For first time in my life, dive under the water 12 meter. Seriously almost give-up, tapi dalam hati "Dah sampai in the middle of the sea, rugi tak masuk dalam tu tengok ikan dan creature under the sea... kena jugak masuk dalam tu.. no matter what.."

Lepas tu beritahu kat instructor, "Sorry tadi macam like tak ready. Now like this is real.. I am in the middle of the sea... Kita turun bawah.."

"Betul ni? Kalau taknak, kita naik boat dulu.."

"Takpe, ready kita turun.. Rugi dah jauh tapi tak turun.. tapi takpe kan ambil masa sendiri..."

"Mestilah.. Kita turun sama-sama..."

Mostly sebabkan equalizer. Nak seimbangkan tekanan dalam air kan. Dah masuk dan ambil masa untuk balance kan, akhirnya dapat menikmati permandangan dalam air. Tengok ikan nemo dan macam-macam lagi. 

Akhirnya settle open water dengan ada drama. Apa-apa pun Nisa belajar untuk kenal diri kita, berani cabarkan diri untuk keluar dari zon selesa. Selagi kita tak cuba, kita tak tahu keupayaan kita. Rugi kalau tak cuba langsung.

Sekian, nukilan dari penulis blog Anisa Anuar official blog.





4 comments:

  1. bestnyaa. saya pun teringin nak cuba diving or even pergi pulau. haritu dah plan dgn kawan-kawan nak pergi pulau perhentian masa cuti tp tu la covid tengah panas dan pkp pulak so terpaksa la cancel huhu

    ReplyDelete
  2. oh my teringinya! boleh tak share pakej yg diambil tu, tringin nak ambil jugak sbb mmg suka gila dgn laut ni..

    ReplyDelete
  3. hebatnya! hebat sebab walaupun oiverthinking, tapi akhirnya berjaya buat! ;)

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah Nisa. Saya ni berenang pun tak lepas walaupun suka air dan suka snorkelling. Good job, awak memang berani

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Jalan-jalan Cari Makan @ Ayang Cafe, Kota Bharu

  Hi semua. Post kali ni cerita jalan-jalan cari makan di Ayang Cafe, Kota Bharu. Walaupun sekarang dengan covid-19 ni, Alhamdulillah berpel...

Popular Post