Hi semua.. Apa khabar? Hope semua sihat je. So tengok tajuk pasal berjinak dalam dunia business. Siapa?? Of course me!!
Well basically, tak suka business sebab tak ada bakat and memori dapat C+ subjek Marketing bertambah penguat tak nak involve business. Jadi kenapa business?
Simple. Nak duit lebih, jalan yang jelas dengan perniagaan. Lagipun 9 daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan. Business jugak la career Rasulullah, Siti Khadijah, Saidina Usman bin Affan.
Tapi pendapat peribadi saya, bila kita business di situ kita akan kenal siapa diri kita. Bila rejection adakah terus down atau akan lagi bangkit.. Banyak kenal pencipta kita, Allah s.w.t.
Bagi saya kepada golongan yang cuba down kan orang lain berniaga sama ada 1) dia golongan yang pernah tidak berjaya dan merosakkan orang lain yang ada semangat berniaga 2) tak reti pun nak berniaga tapi cakap power semua benda.
Nasihat saya sebelum nak berniaga mula sekali ada ILMU. Tak ada ilmu, tak usah nak berniaga. Jangan berlagak tahu semua benda. Orang yang sudah buat jualan bulanan jutaan ringgit pun masih mencari ilmu.
Lepas tu, kalau tak pandai buat produk.. Guna produk orang lain. Belajar macam mana packaging, cara pembuatan, khasiat, dan bahan digunakan. Cara yang sama Pengasas D'herbs, Alif Syukri gunakan. Follow page dia untuk tahu perjalanan dia dalam dunia business.
Nasihat yang lain, hati kena kental dan ada sikap cukup - cukup mahu. Walaupun hampir setahun dah ceburi, perubahan ketara saya sudah hati kering dengan alasan dan apa sahaja orang cakap kan. Sebab orang tak faham apa kita buat, memang akan cakap apa yang dia sahaja yang betul. Surrounding semua kena orang positif.. Mesti, mesti dan mesti..
Cukup la dulu, setakat ini.. Kalau ada umur panjang mungkin saya akan ceritakan journey saya. Itu pun kalau ada yang mahu membacanya.
Salam maju jaya dari penulis,
Anisa Nadhira Binti Anuar
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more