Hai semua. Assalamualaikum. Hari ni dah 33 hari berpantang dan lahirnya puteri kesayanganku, Maira Arissa. Dan lagi beberapa hari cukup anniversary perkahwinan kami. Rezeki memang tak boleh jangka sejak berkahwin sampai sekarang.
Of course life changes, lebih-lebih lagi sekarang seorang ibu.
Bangun tengah malam, sudah menjadi kebiasaan sekarang ni. Anak nak kena tukar lampin, lapar nak kan susu. Betul orang cakap bila sendiri rasa baru tahu penat ibu bapa kita dulu.
Perbelanjaan dulu masa bujang dan berkeluarga lagi banyak bezanya. Alhamdulillah semua dah plan sejak mula bekerja di Kuala Lumpur. Bagi yang rasa selesa sangat dengan diri sekarang, saya nasihatkan buat sesuatu atau back up plan untuk hari mendatang. Kalau diri sendiri dah selesa, tengok sekeliling..keluarga kita.. Buat demi mereka. Buat terbaik untuk diri sendiri & keluarga.
Saya memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja nak dibuat. Charity, pergi hadirkan diri ke kelas untuk upgrade kan diri, jumpa orang & buat apa sahaja tapi harus ada aktiviti. Anda pula macam mana?
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more