Saturday, July 20, 2013

Cerita Si Pemandu Teksi


Setelah sekian lama...akhirnya dapat update blog...rindu wooo ~~
Apa cerita pulak kali ini...Semuanya bermula semasa nak pergi interview kerja tempoh hari.. Sebab tak berapa familiar dengan jalan di Kuala Lumpur, teksi adalah jalan terakhir untuk tiba disana..
Sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju dapat la advice yang menarik. Mungkin terlalu jelas terpancar dari muka ni tak biasa dengan KL..

"Adik, kalau dah duduk kat KL ni...pandai cari kawan. Kawan makan kawan tu banyak. KL ni kebanyakkannya rosak dah.." 

saya angguk tanda paham apa dikatakan oleh si pemandu teksi tu.

Situasi seterusnya dalam teksi jugak cuma lain pemandunya,destinasi yang sama ditujui..

Sedang saya tengah memegang dompet di tangan,terus si pemandu teksi menegur ku

"Adik, lain kali jangan pegang dompet macam tu yea..."
cepat-cepat masukkan dompet dalam beg.. "kenapa pulak.." tanya saya dengan penuh hairan.

"Bukan apa...sekarang orang dah tak baik macam dulu..Pegang nasi lemak kat tangan pun orang boleh kebas...apatah lagi dompet penuh dengan duit tu.."

Terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi yang bantu saya dalam memudahkan urusan saya disana..
Nasihat ada saja yang diberi... Nampak sangat datang dari kampung, banyak asam garam dunia tak diterokai..



3 comments:

  1. Hidup ini kena sentiasa peka, berita sentiasa memaparkan kejadian. Belajaer dan ambil iktibar. Mujurlah masih ada orang yg baik sudi memberi nasihat. Lain kali hati2 ye...

    ReplyDelete
  2. Bgus pemndu tksi tu..agknya dia pon ada anak kot..

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post